Ziarah Antara Aktivti Yang Seronok Ketika Menyambut Aidilfitri | Jom Ke Rumah Terbuka MKH Berhad Ada Banyak Hidangan Tradisi Menanti


Perkara yang menjadi kemestian saya setiap kali di Aidilfitri adalah seperti:-

✅ Melaram baju baru dan berOOTD
✅ Bersalaman saling meminta kemaafan
✅ Memasak makanan wajib seperti rendang dan ketupat (wajib ada)
✅ Ziarah saudara mara dan rakan-rakan

Paling happy di pagi Aidilfitri, kita akan beria pakai baju baru  dan berOOTD.

Saling bermaafan dan kalau dapat duit raya bertambah keseronokan :-)

Juadah wajib dimasak untuk santapan di Aidilfitri... rendang!!!


Namun antara 4 aktiviti di Aildilfitri ini, acara saling berkunjung antara yang paling saya sukai. Selain dapat menjamu tetamu dengan juadah yang biasanya dimasak sendiri, kata orang tua-tua kehadiran tetamu ke rumah sebenarnya juga dapat membuka rezeki yang baik-baik. 

Oleh yang demikian tidak hairanlah kenapa saya begitu mengambil berat dalam keputusan untuk membeli rumah. Antara perkara yang memang saya pertimbangkan adalah lokasi, jenis pemilikan rumah, jenis kediaman (teres, kondo dan sebagainya), nilaian beli (harga yang dijangkakan pada masa akan datang), pemaju dan syarikat jualan serta banyak lagi. 


Menyebut tentang pemaju memang adalah kriteria yang penting sebelum membuat keputusan membeli rumah. Ini terutama kita perlu lihat daripada sejarah projek pembinaan rumah yang pernah dilaksanakan sebelum ini (track record).

Dan antara pemaju yang memang saya percaya perkhimatan terbaiknya ialah MKH (Metro Kajang Holdings) Berhad. Sebuah syarikat pemaju elit yang sememangnya telah 36 tahun mencipta kecemerlangannya dalam industeri ini. Paling menarik, pelbagai anugerah yang telah diraih sepanjang tempoh itu. Antara projek perumahan MKH Berhad meliputi di kawasan Damansara, Bangsar, Mont Kiara, Shah Alam, Cheras, Petaling Jaya dan beberapa kawasan strategik di Kuala Lumpur.



Untuk pengetahuan semua terutama yang sedang mencari-cari (survey) untuk membeli rumah,  MKH Berhad kini telah mengadakan Kempen Jualan Raya. Terdapat pelbagai hadiah yang ditawarkan termasuklah menerusi Cabutan Bertuah* (Facebook Live Coverage).

Antara hadiah yang lumayan ditawarkan seperti :-
  • Harley Electric Scooter @ RM2000 x 5 
  • LED TV 40’ @ RM2000 x 3 
  • GoPro Hero5 Black @ RM1100 x 5 
  • HuaWei P10 Lite @ RM900 x 5 
  • Garmin Watch @ RM1000 x 5
 *Ini adalah untuk pembelian bermula 1 Jun sehingga 31 Julai 2018) 

Terdapat juga rebat khas sempena Promosi bulan Raya ini tau! Iaitu diskaun sebanyak 2% daripada harga SPA (tidak termasuk harga projek istimewa ya!).

So, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kediaman yang ditawarkan oleh MKH Berhad jemputlah datang ke rumah terbuka anjuran MKH Berhad. Alang-alang berjalan, jom beraya di Rumah Terbuka MKH Berhad :-)

Terdapat 3 lokasi iaitu :-

MKH's Salam Aidilfitri Open House (Hillpark Shah Alam North)

MKH's Salam Aidilfitri Open House (Old Klang Road)

MKH's Salam Aidilfitri Open House (Kajang)


Pelbagai juadah enak disediakan terutama hidangan tradisi melayu seperti Lemang, Rendang, Ketupat, Kuah Kacang, Ayam Goreng Berempah, Satay, Kurma dan pelbagai lagi. Selain itu terdapat juga Kambing Bakar, Biskut Raya, ais krim dan air jus buah detoks. Nyum nyum nyum

Keterangan lanjut boleh layari :-)
https://www.facebook.com/mkhbhd/


Jom korang ke rumah terbuka MKH Berhad...

Comments

Popular Posts