Altuz Academy Pusat Pembelajaran Terbaik Buat Anak Yang Mempunyai Masalah Disleksia

Baru-baru ini saya telah menghadiri sesi pengenalan Academi Altuz yang terletak di Solaris Mont Kiara. Akademi ini dibangunkan oleh Dr. Choy Su-Ling dengan bantuan beberapa tenaga pengajar khas yang terlatih untuk anak-anak disleksia. Apa yang menarik, kaedah dan pengajaran yang diperkenalkan adalah yang terbaik dan sangat disyorkan oleh Persatuan Disleksia Antarabangsa (IDA).

Seperti yang diketahui kurangnya bimbingan dari pakar serta kaedah khusus untuk menangani permasalahan kesukaran membaca bagi kanak-kanak yang menghidapi disleksia akan mengakibatkan mereka ketinggalan di sekolah biasa dan seterusnya boleh membawa kepada kemudaratan kekal, kurang keyakinan diri dan menyebabkan jurang perbezaan yang semakin ketara.

Ianya boleh mengakibatkan komplikasi ke arash sosial negatif dan adalah amat penting bagi ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka yang menghidapi disleksia mampu untuk membaca dengan lancar  (terutamanya) bagi menjamin kualiti hidup yang lebih baik.


Kaedah Orton-Gillingham – kaedah berstruktur yang berasaskan-bukti ini diperakui oleh Persatuan Disleksia Antarabangsa (IDA), kini boleh diperolehi di Malaysia dengan pelancaran Akademi Altuz pusat pembelajaran unggul bagi menangani disleksia.

Semua Pakar Akademik Terapi Bahasa di Akademi Altuz telah menjalani pembelajaran lengkap serta latihan amali yang dipantau oleh penyelia bertauliah dan diperakui oleh Orton-Gillingham Practitioners and Educators (AOGPE) dan IDA.

“Adalah amat penting bagi pakar pemulihan, pendidik serta guru yang membimbing pelajar disleksia untuk dipantau, dan dilatih pada tahap tinggi mengikut kaedah berasaskan-bukti. Latihan celik huruf seharusnya dikendalikan secara menyeluruh, dan diperakui oleh organisasi antarabangsa termasuk ketika menjalani tempoh latihan amali. Pembangunan tahap profesionalisme yang berterusan juga harus ada demi kebajikan kanak-kanak yang akan mereka didik nanti,” 
Pengasas Akademi Altuz, Dr Choy Su-Ling.

Dr Choy bersama dengan pengurus pusat pembelajaran Yap Jo Ling, telah melakar sejarah dalam komuniti disleksia antarabangsa selaku dua orang pakar akademi terapi bahasa yang pertama dari Malaysia menjalani latihan di AOGPE. Mereka akan terus dipantau dan diaudit oleh AOGPE demi memenuhi dan mengekalkan standard pengajaran yang tinggi.

Dr Samuel Orton

Kaedah Orton-Gillingham telah diperkenalkan pada tahun 1920 oleh Dr Samuel Orton, doktor pertama yang menemui disleksia, bersama dengan Anna Gillingham, seorang pakar psikologi dan guru yang berbakat. Kaedah ini diperkukuhkan lagi melalui lebih 10,000 kajian saintifik selama lebih 70 tahun yang membuktikan bahawa kaedah membaca mesti merangkumi lima prinsip utama: kesedaran fonemik, fonik sistematik, kelancaran, perbendaharaan Bahasa dan pemahaman.



Di tangan tenaga pengajar mahir, kaedah pembelajaran yang amat berkesan ini mampu memberi manfaat kepada pelajar pada pelbagai peringkat umur dan tahap kemahiran serta ia akan menjadikan pembelajaran sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. Ciri utama kaedah ini adalah melibatkan multisensory, turutan, peningkatan, pertambahan, mengikut individu, berasaskan kepada phonograms dan jelas



Keterangan lanjut, boleh layari:-



Halaman Web:

Alamat:
Altuz Academy
Unit 9, Level 3, Block A, Jalan Solaris, Solaris Mt Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
 03-2389 2265


s

Comments

adianiez AIDA said…
sememangnya kanak-kanak ni perlu ada pendidikan yg memenuhi kekurangan mereka.
then, baru mereka dpt berjaya selari dgn anak-anak yg normal.
kekurangan mereka tu bukanlah satu kecacatan pada aida. ia sesuatu yg unik dan istimewa.
bagu usaha ni. terbaik.
Fadzi Razak said…
Serius saya ingatkan budak budak yang dyslexia ni susah nak belajar sebab nampak perkataan terbalik. Awal awal aneeq menulis dan tengok huruf saya risau jugak sebab dia asyik terbalik b dengan d tu
CikLily Putih said…
memang patut adanye pusat pembelajaran sebegini, dpt membantu parets yang mempunyai anak2 segini
syiera firdaus said…
Bagusnya ada pusat pembelajaran macam ni. Sangat membantu kanak kanak yang sebegini. Parents pun rasa lebih terjamin bilanya pakar yang boleh membantu proses pembelajaran anak2
tenku butang said…
TB baru tahu tentang masalah dyslexia ni.. serius.. TB ingatkan itu perkara biasa.. bagus juga ada platform macam ni .. boleh bantu parent yang ada masalah macam ni
Rawlins GLAM said…
Bagus sebab ada pusat sebegini. Rawlins berharap agar tenaga pengajar khas sebegini dapat ditempatkan di lebih banyak sekolah sebab ramai guru dan ibu bapa yang tidak menyedari kekurangan anak mereka dan menggelarnya lembap atau malas belajar.
Bhanu Anasamy said…
Great effort to help kids with dyslexia. They deserve a normal learning experience like other kids too and this programme is a good one for them.
Bgus ada tmpt mcm ni utk ank2 disleksia..satu supaya diirg tak rendah diri dan tersisih dari orang lain kan...
Harap banyak lagi pusat2 macam ni akan dibuka di seluruh negara kita
Lia Hasty said…
Selepas ni xpayah risau lagi jika ada anak2 yg alami disleksia. Ibu bapa dah boleh cari Altuz Academy untuk membantu anak mereka yang mengalami penyakit ni. Ada harapan baru untuk anak dan ibu bapa.
yaya_flanella said…
Bagus sangat bila ada kemudahan tempat untuk rujukan ibu bapa bawa anak mereka yang ada masalah disleksia. Dalam masa yang sama boleh latih anak2 mereka untuk lebih maju dan pandai menguruskan diri
Hanny Abdullah said…
Bagus ada tempat mcm ni kan..atleast dpt jugak bantu anak2 yg alami masalah penyakit mcm ni. Harap banyak lg tempat mcm di diadakan di serata negeri agar anak2 sebegini dpt pembelajaran yg betul
Ainyy Zain said…
akademi yang baik untuk bantu tingkatkan kelebihan anak-anak. supaya tiap kelemahan dalam diri tu dapat diperbaiki dan diatasi dengan baik dari kecil lagi. ainy baru tahu ada akademi macamni untuk anak-anak. good job lah altuz academy!
Wawa Ashihara said…
Bagus ada pakar ni sbb sgt2 membantu kanak2 yg alami masalah lambat baca..ibubapa kdg2 takde masa nk ajar anak2.. Kdg2 pengasuh pon kurg peka tntg hal ni.. Plg tidak adanya kaedah mcmni bantu kanak2 cpt tangkap membaca...
Jia Shin Lee said…
Thanks for sharing,I was there too and I've learned so much about being dyslexic, it's not easy but with proper help it can help ease their journey.
Mazni Azmi said…
Anak anak dyslexia memang lain sikit dari anak anak normal. Sebab cara mereka melihat dunia dan belajar pun tak sama
Ibu Syurga said…
Mak ayah yang mempunyai anak anak yang berbeza seperti dyslexia, down syndrome dan austisme memang perlu banyak usaha untuk bantu anak anak mereka. Selamat berjuang
rubydotmy said…
Bila anak dah ada disleksia, itu bermakna dalam keturunan kita ada ahli keluarga yang mempunyai disleksia. Cara nak handle kena lain skit. Sebab dia nampak tulisan terbalik, nombor tak tersusun. Apa yang penting parent kena kreatif utk terus berusaha mendalami anak istimewa ni. Jangan stress kan budak tu bila kita sendiri tak boleh handle. Hantar ke sekolah khas. Anak belajar, ibu bapa pun belajar.
Sukanya kat Malaysia dah ada kesedaran tentang Dyslexia. Bukan benda remeh ni. Banyak orang tak tahu.
Mimi Azirah said…
Baguslah ada tempat untuk anak anak disleksia belajar. At least rakyat Malaysia sedar akan jeoentingan mendidik anak anak disleksia nih

Popular Posts