Jenama penjagaan kulit New Zealand, Essano dilancarkan di Malaysia

Essano, produk organik nombor satu New Zealand adalah jenama penjagaan kulit baru dilancarkan di Malaysia. Acara pelancaran telah berlangsung di Forum, Sri Hartamas, Kuala Lumpur telah disertai oleh pengasas bersama jenama itu sendiri iaitu En. Anthony Gadsdon.


Essano adalah jenama penjagaan kulit semula jadi yang paling laris di New Zealand. Dihasilkan daripada bahan semulajadi, dan telah disahkan oleh badan pemeriksaan dan pensijilan terbesar di dunia - EcoCert.

En. Anthony Gadsdon menyatakan bahawa nama "Essano" berasal dari gabungan Essence dan Sano. Kata Essence mewakili "intipati alam semula jadi" manakala Sano adalah perkataan Latin yang bermaksud "semula jadi" dan "sihat".


Essano telah diperkenalkan oleh En. Shane Young dan Mr. Anthony Gadsdo pada tahun 2013, dengan menggunakan kebaikan bahan dari alam semula jadi Diilhamkan dari tumbuhan liar, mereka membuat keputusan untuk mencipta produk penjagaan kulit organik yang dapat menyuburkan dan mencerahkan kulit selain dapat memberikan hasil yang menakjubkan.Tiada bahan pengawet, tiada pewarna tiruan, tiada wangian, tiada minyak mineral, tiada bahan tercemar dan tiada pengujian terhadap haiwan.


Pelancaran ini juga dirasmikan oleh wakil Guardian Malaysia dan New Zealand Trade & Enterprise (NZTE) melalui acara memotong reben selepas menyampaikan ucapan masing-masing.


Produk  dari Essano, termasuklah Rosehip Oil, Collagen Repair Serum, Rosehip Miceller Water, Rosehip Clay Mask dan lain-lain kini sudah boleh didapati di Guardian Malaysia.
 
Jenama penjagaan kulit New Zealand, Essano dilancarkan di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 26, 2018 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.