MAJLIS PRA PEMBUKAAN PUTRADE ALLSUITES AT ROYAL PERAK GOLF CLUB


Putrade Allsuites at RPGC menerima kehadiran 18 tetamu pertama pada hari pembukaannya hari ini. Terletak di lokasi strategik yang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike, Putrade Allsuites at RPGC dilengkapi dengan prasarana yang serba lengkap. Kelebihan-kelebihan ini telah menjadikan Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club (RPGC) menjadi pilihan utama pelancong dalam dan luar negeri Perak terutama sekali di kalangan penggemar sukan golf tempatan.

Terdapat 36 buah unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang sofistikated diyakini mampu menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini. Antara kemudahan yang disediakan di dalam setiap Suite termasuklah jaringan internet tanpa had, peti keselamatan elektronik, sistem kad berkunci, penghawa dingin, mini bar, perkhidmatan makan di dalam suite, IDD telefon, televisyen satelit, katil tambahan, dan banyak lagi. Selain itu juga, Putrade Allsuite at RPGC turut menyediakan perkhidmatan concierge dan kawalan keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan penghantaran / pengambilan ke lapangan terbang Sultan Azlan Shah, perkhidmatan dobi dan ruang letak kederaan.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata, Putrade Allsuite at RPGC menawarkan tiga jenis bilik iaitu 2 unit apartment 3 bilik dengan keluasan 1208.87 kaki persegi, 12 unit apartment 2 bilik dengan keluasan 906.55 kaki persegi dan 20 unit apartment 1 bilik dengan keluasan 604.44 kaki persegi. Kadar bayaran untuk Pakej Penginapan Peribadi satu malam dengan sarapan adalah minimum sebanyak RM390 dan maksimum sebanyak 590 untuk apartment 3 bilik.

Tahniah diucapkan buat Encik Mazlan, tetamu pertama yang menginap di Putrade Allsuites Royal Perak Golf Resort

Selain itu, pelbagai pakej menarik telah disediakan oleh pihak Putrade Allsuites at RPGC bagi memenuhi kehendak pelbagai kategori tetamu. Antaranya ialah pakej penginapan seminar untuk dua hari satu malam turut disediakan di sini dengan kadar bayaran sebanyak RM220nett seorang dengan syarat minimum penyertaan sebanyak 40 orang pada sesuatu masa. Pakej ini disediakan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa syarikatsyarikat korporat, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang acapkali menganjurkan bengkel, kursus dan latihan untuk kakitangan masing-masing.

Antara VIP yang hadir bergambar kenangan bersama Encik Mazlan.

Tetamu yang menginap di Putrade Allsuites at RPGC juga boleh beriadah dan bersukan di sini. Kemudahan seperti 18 Hole Championship Golf Course, Driving Range, Gelanggang Tenis, Gelanggang Squash, Kolam Renang beserta Jakuzi, gymnasium dan banyak lagi kemudahan lain turut disediakan di sini untuk memberikan jaminan pengalaman yang terbaik kepada para tetamu yang menginap di sini.

Selain daripada penginapan apartment, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang menyelerakan di Fairway Restaurant yang terletak di Aras 1, bangunan utama Kelab Golf DiRaja Perak. Restoran ini menyajikan makanan yang dijamin 100% halal dan bukan sahaja menyediakan selera makanan tempatan malahan juga makanan antarabangsa. Chef yang berpengalaman telah ditugaskan khas untuk memastikan makanan yang disediakan di Fairway Restaurant ini mampu memenuhi citarasa tetamu yang berkunjung.


Dewan yang cukup luas dan cantik

Kemudan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis juga turut disediakan. Dewan yang boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa ini dilengkapi dengan kemudahan dekorasi dan penataan cahaya yang pastinya mampu memikat hati tetamu yang datang. Dewan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat majlis perkahwinan, persidangan dan acara acara besar yang lain.


Dengan inovasi dekorasi baharu dan fasiliti yang terkini, Putrade Allsuites at RPGC mampu menjadi salah satu daya tarikan baru dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempatnya khususnya di negeri Perak.


Antara media yang hadir ke majlis pra pelancaran



Dan boleh juga membuat tempahan atas talian melalui wakil agen atas talian; Agoda, Expedia dan Traveloka.

MAJLIS PRA PEMBUKAAN PUTRADE ALLSUITES AT ROYAL PERAK GOLF CLUB Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 18, 2018 Rating: 5

27 comments:

  1. Macam best je kalau nak gi bercuti kat sini. Harga pun not bad, tak terlampau mahal. Lagipun dekat dengan airport kan? Nanti boleh suggest kat member-member dari indonesia in case dorang cari accommodation

    ReplyDelete
  2. Harga dia boleh tahan la...reasonable..masih ok lagi...boleh la SA suggest kat kawan2 atau client company kalau ada yang tanya

    ReplyDelete
  3. Menarik juga percutian kat sini. Harga masih ok bagi I. Dewan pun dihias cantik. Perak kaluuuu I balik kampung la sekali. Hehe. Boleh try usha percutian kat sini pulak. Terletak kat Lapangan Terbang tu memang lokasi strategik.

    ReplyDelete
  4. Not bad harga tu..tapi tengokkan fasiliti kat sini, kiranya berbaloi la kan..boleh try nanti ni

    ReplyDelete
  5. Another options kalau ke Perak ni. Harga pun menarik gak. Fasilitis pun mesti masih baru lagi. I love new places.

    ReplyDelete
  6. Wah.. kalau buat Mesyuarat Agung ke atau Kursus ke memang sesuai tempat ni kan.. luas pun luas.. lengkap dengan bermacam-macam kemudahan.. kalau TB masih bekerja di pejabat lama dulu mesti dah cadangkan Putrade Allsuites ni..

    ReplyDelete
  7. Kalau buat family day ni best kan..boleh sewa dewan utk aktiviti2 semua kt dalam tu..harga utk penginapan pun not bad

    ReplyDelete
  8. Alamak nak komen bahasa Arab tak pandai lah hehehehe.. Tapi jauhnya pergi sampai ke Perak tu tempat menarik dan besar boleh lah buat open house kat sini hehehehe giler jauh sampai Perak huhuhuhu...

    ReplyDelete
  9. Menarik tempat dia. banyak kemudahan, besar pun ye. Bolehla suggest dekat kawan-kawan yang nak buat aktiviti apa-apa..tengok boleh muat ramai orang ni

    ReplyDelete
  10. Harga not bad lah kan..kemudhn pun berbaloilah gan harga.
    Nanti boleh suggestkn kat kengkawan yg dok sana atau nak ke sana buat aktiviti.

    ReplyDelete
  11. nama tempat ni bunyinya macam tempat orang kaya. hehe.. tapi bagus la kalau lengkap dnegan segala kemudahan.

    ReplyDelete
  12. Harga yg ditawarkan berbaloi dgn apa yg bakal diterima. Mmg sesuai betul dijadikan loksi utk majlis2 di dewan tu. Nampak cantik dan selesa betul. Boleh lah consider tmpt nie majlis kahwin nanti. Eh

    ReplyDelete
  13. This golf club looks great and nice... there's a saying golf is for rich people.. but this price is worthy!

    ReplyDelete
  14. cantik dewan tu, next time kat sana boleh book kat hotel ni kan. Rugi tak dapat turut dalam majlis ni sebab ada hal keluarga kalau tak dapat info untuk ajak en suami ke sini..hehe

    ReplyDelete
  15. First time dgr royal perak golf club ni.. Sbb kita xpenah lagi jejak kaki ke perak ... Tapi tmpt dia nmpk menariklah.. Nak buat meeting ke dinner 0on boleh kt kat sini? Banyak juga kemudah2an yg ada kan?

    ReplyDelete
  16. Do you get to try the place? How is the room? It seems attractive place to stay and suitable for family gateway as they offers apartment.

    ReplyDelete
  17. Ada pernah dengar pasal Royal Perak golf Club ni tapi tak sampai lagi sana. Hope 1 day dapat tengok sendiri tempat ni. Banyak kemudahan kat sini sesuai untuk buat event kat sini.

    ReplyDelete
  18. Of course, you'll probably have to pay the celebrity a good deal of money to play, but if you believe it would worth it, then shelling out the money may not be a bad idea. Hole in one insurance

    ReplyDelete
  19. Golf fitness exercises can be extremely beneficial for the senior golfer. Unfortunately, the aging process lowers our levels of flexibility, muscular strength, and power. All of which are necessary for an efficient golf swing. Learn how golf fitness exercises can assist in returning your levels of flexibility, strength, and power for a more efficient and powerful golf swing. All Golf Reviews Buying Guides

    ReplyDelete
  20. Golf fitness exercises can be extremely beneficial for the senior golfer. Unfortunately, the aging process lowers our levels of flexibility, muscular strength, and power. All of which are necessary for an efficient golf swing. Learn how golf fitness exercises can assist in returning your levels of flexibility, strength, and power for a more efficient and powerful golf swing. Golf Matsuyama

    ReplyDelete
  21. Just, in case you will purchase a golf bag – stand or convey – you need it to be waterproof. Consequently, you ought to be focusing on the texture it's produced using and seeing if it has fixed creases and zippers. Playing golf in wet climate is testing enough without managing soaked holds and spongy gloves https://golfgeeky.com. Waterproof golf bags can truly help you adapt better to extreme conditions and there are some incredible choices presently available, both stand and cart/streetcar bags.

    ReplyDelete
    Replies
    1. APL Apollo Tubes Limited (APL Apollo) is one of India's driving makers of marked steel items. APL Apollo's multi-item contributions incorporate more than 1100 apl apollo steel of MS Black lines Galvanized Tubes Pre-Galvanized Tubes Structural ERW Steel cylinders and Hollow Sections.

      Delete
  22. In the gaming world, there are several options to choose from when it comes to the platform the game is being played on. There are PC games, and there are console games. The difference lies within the way the game is played. https://kingboost.net/

    ReplyDelete
  23. Video gameplay generally falls into two categories: single-player gaming and MMOGs (Massive Multiplayer Online Games.) Single player gaming is the most traditional form of gaming and what most people remember during their childhood. real money block puzzle

    ReplyDelete
  24. Initial Coin Offerings (ICOs) are a hot trend in today's cryptocurrency ecosystem. New blockchain-based digital assets and applications are using ICOs to quickly raise funds for their development. If you're wondering what is an ICO, we'll discuss that in detail, as well as some successful and relevant examples. best euro stablecoin

    ReplyDelete
  25. Beware of plumbing service advertisements as most are not legitimate licensed plumbers. Fake companies and lead generators dominate sponsored ads and on-line contractor directories. It has gotten so bad that Amazon is now advertising plumbing services! Landscaping Cranbourne

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.