Manhattan Business Hotel TTDI | “Best Business Hotel” Yang Menawarkan Penginapan Terbaik Untuk "Business Traveller"

 
Jika kita perlu keluar kerja di luar kawasan (out station) dan lokasinya terletak di Lembah Klang pastinya kita  memerlukan tempat penginapan yang selesa, bersih, selamat, pelbagai fasiliti kemudahan termasuklah pengangkutan awam dan paling penting harga yang ditawarkan perlulah sangat berpatutan.

Dan Manhattan Business Hotel TTDI adalah hotel yang saya sangat rekomenkan kepada  mereka yang mencari tempat penginapan yang terbaik. Dekorasi berkonsepkan kesibukan dan kecantikan bandar Manhattan, keluasan pula seakan butik hotel ini sangat sesuai untuk 'business traveller' dan juga buat mereka yang mempunyai famili yang kecil.

Di kaunter penyambut tetamu sangat ketara dekorasinya yang menggambarkan stesen keretapi Manhattan yang sangat unik dan cantik. Sepertimana yang kita ketahui tujuan hotel ini dibangunkan  adalah khas untuk business traveller yang boleh kita gambarkan mereka ini sebagai orang yang sentiasa sibuk dan begitu menjaga/mengejar masa. Jadi kita boleh kaitkan bagaimana kesibukkan stesen keretapi Manhattan dengan konsep dekorasi dan fasiliti yang disediakan oleh hotel.

Berada di hotel ini memang kita akan kerap bertembung dengan pengunjung yang kebanyakannya kaki 'traveller' ataupun didalam trip bisnes. Menariknya kemudahan asas seperti set sofa dan kerusi meja yang sesuai untuk kita duduk dan berdiskus ataupun sesi santai bersama rakan trip dan klien memang ada disediakan.

Untuk pengetahuan semua, hotel ini dibina atas usahasama sekumpulan rakan baik yang juga terlibat dalam bidang kontraktar pembinaan. Mengambil kira banyak elemen seperti konsep minimalis dan artistik maka terbina Manhattan Business Hotel TTDI yang mempunyai 6 tingkat dengan 58 bilik yang mana setiap satu aras (level) mempunyai tema uniknya yang tersendiri.

Paling membanggakan biapun baru beroperasi selama setahun, Manhattan Business Hotel telah berjaya memenangi anugerah yang cukup berprestij iaitu “Best Business Hotel”  bersempena dengan Prestigious Developer Awards 2018 anjuran Property Insight.

Melangkah di ruang koridor di setiap aras (level) Manhattan Business Hotel TTDI, kita akan terpana dengan elemen dekorasi yang dipertonjolkan. Menggambarkan seperti suasana di dalam kabin tren moden. Cantik!

Laluan ke bilik penginapan. Cantik, bersih dan sangat sejuk mata memandang :-)

Mari saya kongsikan beberapa jenis bilik yang ditawarkan di Manhattan Business Hotel TTDI. Ianya bergantung kepada kekosongan juga ya.

Antara bilik yang ditawarkan adalah katil jenis Deluxe Twin, Deluxe Queen dan Deluxe Single                                                                                                                                                                                               
Katil Deluxe Queen (Tanpa Tingkap)

Bukan main seronok, Afiq dan Ameer bila berada di sini. Empuk betul tilamnya. Memang ada kelas yang tersendiri. Tidak seperti hotel bajet yang lain, Manhattan Business Hotel ini tampil lebih esklusif.

Katil Deluxe Single

Katil Deluxe Twin

Katil Deluxe Queen (Ada Tingkap)

Keempukkan tilamnya memang ketara, kebersihan memang sangat terjaga!

Manhattan Business Hotel TTDI menyediakan semua kelangkapan asas untuk pelanggan hotel mereka. Antaranya seperti tuala mandi, kopi, teh, air mineral, berus gigi, tisu, sabun mandi dan juga shampu. Dan di setiap bilik juga telah dilengkapi dengan penghawa dingin, televisyen, wifi berkelajuan tinggi, peti ais mini, cerek elektrik, pengering rambut, peti simpanan dan pintu elektronik untuk keselamatan sepanjang berada di sini.

Sebagai 'business traveller', meja peribadi didalam bilik tidur memang sangat diperlukan!

Sterika juga disediakan bagi mereka yang memerlukan. Dan ianya terletak di  hujung koridor setiap aras.

Setiap pelanggan hotel juga akan diberikan sarapan percuma setiap hari yang bermula daripada jam 7 pagi sehinggalah 10 pagi. Kawasan cafe hotel yang sederhana luasnya, namun ianya cukup menarik dengan dekorasi yang memberi sentuhan warna segar seperti hijau dan putih.

Sudut ini benar-benar mencuri pandangan mata :-)

Sarapan pagi yang disediakan adalah didalam bentuk set. Kita perlu order di kaunter dengan membuat pemilihan menu yang ditawarkan. Saya difahamkan, menu akan sentiasa bertukar dan tidak akan sama bagi mengelakkan kebosanan pengunjung yang terpaksa menikmati hidangan yang sama setiap hari.

Dan untuk hidangan di atas disediakan untuk pelanggannya dan ianya 'free flow', heheheh :-)

Makanan untuk 2 orang. Mewah korang! English Breakfast namanya, heheh

Di satu sudut disediakan komputer dan pencetak bagi kegunaan pelanggannya yang mungkin memerlukan. Dan ianya adalah percuma.

Biarpun hanya semalam, saya begitu berpuas hati menginap di sini. Dengan fasiliti superb, kemas dan bersih, selain daripada lokasinya yang begitu strategik iaitu berdekatan dengan kedai makan, bangunan pejabat, pengangkutan awam (MRT), shopping mall dan pelbagai lagi.

Kiranya kalau nak berjalan kaki ke stesen MRT yang berdekatan iaitu MRT TTDI, kita hanya perlu berjalan kaki tidak sampai 5 minit. Servis GRAB juga sangat mudah untuk kita dapatkan di sini.

Sekiranya korang nak lebih jimat dengan tawaran diskaun 20%-25%, bolehlah membuat tempahan menerusi laman web di www.manhattanbusinesshotel.com.my. Oh ya! Manhattan Business Hotel TTDI juga menawarkan kadar istimewa untuk syarikat (Corporate Rate). Untuk keterangam lamjut dan sebarang tempahan khas boleh hubungi Manhattan Business Hotel TTDI di talian +603-7732 2226.

Menyingkap misteri kesibukan bandar Manhattan,
Menerusi dekorasi artistik yang cukup mempersonakan,
Di Manhattan Business Hotel TTDI merealisasikan impian,
Bersih, cantik, fasiliti superb pada harga yang cukup berpatutan!

Cikedaut gaiss!






+603-7732 2226 / +603-7733 2232


Comments

Naz said…
sesuai sangat untuk menginap di hotel ni kan, segala kemudahan ada dan paling penting bersih dan mesra dompet hehehehe
menariknya Hotel manhatan ni..semua kemudahan ada,jadi memang sesuai untuk menginap di sini...nak bookmark dlu..mana tau akan ke sini nanti
Nurmisnan said…
Love d last one picture tu.. so romantic lor..
kalau bercouplelah.. anyways vkew places so cool
lepak2 rehatkan minda bagua le sini. lagi2 ada
next business trip boleh stop and stay.. thanks mami
Mama Hakim said…
Hotel tu dah cantik sanagt, tapi view kat tingkap tu gambar je kan. Hehe. Hampir tertipu tadi. Lawa memang lawa tempat ni
Hilmaslife said…
utk business travellers mmg senang sgt la hehe..tp sye stay kat shah alam je..slalu luar KL la yg sye dok mencari hotel semua haha..but nice enviroment dekat dgn MRT mmg sgt easy access..
Ibu Syurga said…
Masuk dalam hotel ni ala ala hotel di manhattan ney york kan. Nampak lain, hiasan dalaman hotel ni pun nampak kemas
JMR said…
menariknya hotel ni..pemandanga Manhattan city kat atas kepala katil tu yg unik..terasa dok hotel kat sana je kan hehe
Rodiah Amir said…
Wah cantik la decorasi dan juga bangunan dia. Ni bukan sekadar urusan business je ni, kalau short trip nak berjalan tukar angin sesuai datang sini. Pemandangan pun cantik. Biasa kalau bercuti anak2 paling teruja
Rawlins GLAM said…
Mesti Ayu fefeeling bekerja kat Wall Street kan. Memang nampak menarik hotel sebegini. And Rawlins pun memang menetap bilik sebegini masa ke Tokyo tempoh hari. Basic sahaja kan. Hehe
yaya_flanella said…
Bestnya hotel ni. Terasa macam kat luar negara :D Cantik sangat dekorasi dan hiasan dalaman yang ditonjolkan hee
Khairul Zamri said…
Menarik betul interior hotel ini, boleh jadikan persinggahan nanti kat hotel ni. Paling menarik decoration bilik tidurnya unik dan kreatif.
Fadzi Razak said…
Saya tak berapa faham sangat pasal breakfast tu. Kite kena order dekat kaunter cafe dulu then akan dihantar ke meja ke? Then kalau nak makan lagi, kite kena order lagi sekali dekat kaunter. Macam tu ke?
Zharif Azis said…
Wahhhh fancy nya hote nie !! Hopefully harga dia berpatutan. Tp apa boleh cakap, facilities dan interior design dia cantik dan eksklusif betul. Memang sesuai dijadikan tmpt utk menginap.
Auni Sofea said…
Wau..exclusive betul hotel ni. Memang patut menang award Best Business Hotel. Tengok gambar je pun dah rasa menarik, kalau sampai sana tentu menyesal tak check in.
Lia Hasty said…
Eh lia penah stay lah hotel ni masa gi KL haritu. Lia stay sana sebab ada event Butterfly Project. Memang hotel in simple, cozy & lawa. Hotel baru Yang serba lengkap. Breakfast pun sedap Dan menarik.
Cantik dan selesa bilik di sini. Untuk staycation pun sesuai. Nanti kalau ada masa bleh la pi menginap di sini. Kawasan ni ada apa-apa menarik tak kak? Kalau bawa anak, mesti nak swimming pool atau ada taman tema berdekatan. Nanti akak bg tau ruby k.
Wawa Ashihara said…
Bestnya hotel mantattan ni.. Kita pernah survey hotel ni dlu.. Tp xjadi sbb urusan cancel... Kalau x dah merasa duduk dlm hotel ni.. Tgk feedback rmi kata ok dan bg rating tinggi..lps ni kalau ke area sini boleh la book lagi... Bila dia simple tp exclusive design dia..
Kak Su @Kak Su said…
Woww.. tengok pics aja dah teruja dah, bila lah agaknya ada peluang nak bermalam di situ agaknya.
By the way, pic terakhir tu, yang belah kiri tu.. siapa ya, she looks so familiar, macam kenal gitu


8 Cara Buat Duit Dengan YouTube
Emily said…
This is such a classy hotel. There is also a Manhattan Hotel in Ipoh, at first I thought both are owned by the same boss but the logo tak sama.
Mek Onie said…
Perghhhhhhh!Rupanya cantik gila interior design dia.. selama ni lalu je hotel ni, memang ada juga niat nak stay sini...tapi tak kesampaian lagi... Mewahhhhhh rekaan dalam bilik tu...cantik ;D
Mawardi Yunus said…
Cantik hotel dia kak. Nampak exclusive sangat. Bestnya dpt stay sini

Popular Posts