PPZ -MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat | Skim Thohir 2018

 Thohir membawa maksud pengsucian. Samada pengsucian hati mahupun harta. Sebagai orang Islam kita wajib melaksanakan rukun ketiga dalam Rukun Islam iaitu membayar zakat.

Bagi memudahkan segala urusan pembayaran zakat, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thor 2018) yang akan berlangsung selama 4 bulan bermula dari 1 Juali sehingga 31 Oktober 2018.

Untuk pengetahuan semua, tahun 2018 merupakan tahun ketiga skim ini diperkenalkan khansya untuk mereka yang bekerja di kawasan Wilayah Persekutuan samada di sektor kerajaan mahupun swasta. Dengan ada kemudahan pembayaran zakat ini sekaligus memudahkan masyarakat Islam menunaikan kewajipan mereka tanpa perlu bertangguh bahkan dapat menjimatkan lagi masa.

Pelancaran kempen Skim-Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP iaitu Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Hadir bersama di hari pelancarana adalah Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. iaitu Puan Sharizan Mohd Saad.

Selain itu turut hadir memberi sokongan terhadap Skim Thohir 2018 ini adalah wakil-wakil daripada majikan seperti LHDN Jalan Duta, UTM KL, Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia).

Untuk pendekatan secara menyeluruh terutamanya kepada masyarakat setempat berkaitan dengan kempen yang telah dijalankan, PPZ-MAIWP telah merancang beberapa aktivti untuk turun padang ke beberapa syarikat swasta mahupun badan kerajaan bagi mewar-warkan tentang kempen Thohir 2018. Selan itu aktiviti ini adalah satu platform bagi memaklumkan tentang fungsi utama PPZ-MAWIP yang merupakan agensi yang telah dilantik untuk mengutip zakat di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan. Manakala untuk tujuan pengagihan akan dilaksanakan oleh Baitulmal-WAIWP. Adalah disasarkan seramai 4,000 kakitangan akan menyertai skim ini melalui potongan gaji zakat bagi sepanjang tempoh kempen 2018 berlangsung.

Ada berita baik! Bagi semua kakitangan yang mendaftar potongan gaji zakat untuk Kempen Thohir 2018 berpeluang memenangi hadiah menarik daripada pihak penaja Estec Travel Services Sdn Bhd. Difahamkan sebanyak 10 hadiah yang berjumlah RM28,000 bakal diberikan kepada mereka yang bertuah dan pastinya telah menyertai kempen ini. Para pemenang bakal diumumkan di Karnival Zakat pada bulan November 2018.

Bagaimana untuk mengira potongan bayaran zakat untuk setiap bulan, korang boleh membuat kiraan atau pertanyaan :-
  • Portal PPZ - MAIWP  iaitu www.zakat.com.my
  • Berkunjung ke 11 kaunter Zakat PPZ-MAIWP
  • Hubungi Talian Zakat 1300-88-5757
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
Untuk menyertai Kempen Thohir 2018, caranya membuat potongan gaji zakat ataupun penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Tohir) yang boleh didapati daripada salah satu tempat berikut:-

  • Portal PPZ - MAIWP  iaitu www.zakat.com.my
  • Berkunjung ke 11 kaunter Zakat PPZ-MAIWP
  • Hubungi Talian Zakat 1300-88-5757
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
  • Majikan di syarikat atau organisasi
Jom tunaikan zakat dan kembalikanlah hak asnaf 2.5% daripada pendapatan yang kita perolehi agar mendapat keberkatakan di sisi Allah S.W.T

PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat!
PPZ -MAIWP Melancarkan Kempen Skim Potongan Gaji Zakat | Skim Thohir 2018 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 12, 2018 Rating: 5

5 comments:

  1. bestnya berzakat dan boleh cuba nak menang hadiah. Wishlist kita nak pergi umrah !!!

    ReplyDelete
  2. This is a very good habit of doing zakat as eventually it helps you to do donation to the needs. Keep it up!

    ReplyDelete
  3. Semenjak dah buat skim thohir, memang relax sikit. Tak payah dah nak risau soal zakat oendapatan. Every month dah siap-siap potong dari gaji. Hujung tahun just mintak slip utk claim income tax. Memang memudahkan urusan

    ReplyDelete
  4. Berzakat sambil kita bersedekah dan lebih menarik boleh menang hadiah pulak tu..potongan zakat setiap bulan dgn skim thohir tanpa kita perlu dan mebjimatkan masa kan

    ReplyDelete
  5. The following definitely seems to be positively terrific. Such very little fact is released by using lot from certificates know-how. I just gain doing so a good price.Help Orphan

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.