Produk Kesihatan dan Ubatan Yang Halal Sentiasa Menjadi Pilihan Saya dan Keluarga

Isu mengenai status tentang sesuatu produk samada ianya HALAL sering menjadi topik utama dalam setiap pembelian barangan di pasaran. tidak kira samada golongan muslim mahupun bukan muslim,. Dan ternyata masing-masing memilih produk yang telah mendapat status HALAL.

Apatah lagi ianya berkaitan dengan produk kesihatan dan ubatan biasanya kita memang akan mencari ramuan kandungan yang berstatus HALAL. Ini kerana kita sedia maklum produk HALAL biasanya agak mengandungi bahan yang tidak merbahayakan, lebih semulajadi dan selamat. Namun yang demikian hasil penemuan dari kajian makmal Pharmaceutical Science Studies Centre Universiti Sains Malaysia's (USM) pada bulan November 2009 mendapati hampir 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang telah diuji di makmal adalah tidak halal. Kajian terperinci telah dilakukan dan mendapati terdapat kapsul daripada produk kesihatan dan ubatan yang telah diuji mengandungi gelatin yang tidak halal.

Jadi sebagai pengguna yang bijak, kita perlu memastikan produk kesihatan yang diambil benar-benar HALAL dan selamat dimakan. Antaranya langkah-langkah yang boleh diikuti seperti:-

1. Beli dan Guna Produk dari Jenama Yang Dipercayai
Jenama yang terkenal dan dipercayai biasanya tidak akan mendatangkan keraguan terhadap pengguna. Ini kerana jenama itu sudah tersohor menjaga reputasinya dan biasanya mereka akan melalui peringkat-peringkat kelulusan yang dibenarkan termasuklah mendapatkan pensijilan HALAL. Antaranya seperti produk dari CCM Duopharma yang cukup terkenal sebagai pembekal ubatan dan produk kesihatan yang berstatus HALAL.

2. Pastikan Produk Tersebut Mempunyai Pengiktirafan HALAL daripada Jakim
Seperti yang kita ketahui untuk mendapat pengiktirafan HALAL ianya perlu melalui proses standard mengikut kepiawaian yang tinggi mencakupi kebersihan dan keselamatan sepertimana yang telah syaratkan oleh pihak Kementerian Kesihatan, JAKIM dan Sijil Halal Malaysia.

Sijil Halal yang boleh dilihat sendiri daripada laman web 


Membawa nama pembekal ubatan dan produk kesihatan HALAL yang cukup popular  CCM Duopharma sentiasa memastikan produk yang dibekalkan kepada masyarakat memberi banyak kelebihan penjagaan kesihatan terutamanya ianya perlulah berasaskan bahan semulajadi, suci dan selamat diambil oleh pengguna. Nah! Tidak hairanlah mengapa produk dari CCM Duopharma begitu dipercayai dan menjadi pilihan pengguna mulsim mahupun bukan muslim.



3. Kesedaran mengambil produk HALAL intu adalah wajib
Melihat perlunya ada kesedaran mengambil produk kesihatan dan ubatan yang HALAL, CCM Duopharma telah melancarkan beberapa kempen kesedaran antaranya adalah menerusi perkongsian mengenai info mengenai produk kesihatan dan ubatan di laman web www.myh4p.com.



Sebagai ibu, saya sentiasa mahukan yang terbaik buat keluarga. Dalam memberikan yang terbaik saya sentiasa memilih produk yang HALAL dalam penggunaan seharian. Apatah lagi apabila melibatkan produk kesihatan dan ubatan.


Pastinya produk dari CCM Duopharma sentiasa didalam senarai produk kesihatan keluarga, ini kerana saya begitu mempercayai keluaran dari pembekal ini adalah 100 peratus HALAL dan terdapat pelbagai pilihan ubatan dan produk kesihatan yang ditawarkan. Ini bagi memastikan ahli keluarga saya mendapat nutrien yang diperlukan setiap hari sekaligus mengekalkan kecergasan serta kesihatan yang cemerlang. 

"Mencari yang Halal itu adalah Fardhu ( Wajib ) bagi setiap umat Islam" .

Comments

Hanny Abdullah said…
Terima kasih atas perkongsian. Risau jugk kan nak ambik sebarang ubat ubatan ni..sb tu lh kena teliti dulu sebelum membeli atau terus aje ambik dr doc yang sudah semestinya tahu pasal ubat ubatan ni.
Setuju kak. Kena betul-betul semak kat laman web deorang. Produk sekarang susah nak percaya, bnyak scammer.
Marilah kita sama2 menggunakan ubat yang halal. Dulu kan masa arwah papa I sakit....Dr ada tanya pendapat adik beradik nak bagi papa I satu ubat ni tapi kulit luar ubat tu diperbuat daripada bahan tak halal. Kami adik beradik tak setuju bagi papa ubat tu. Apa yang kita makan akan jadi darah daging kan...
Auni Sofea said…
Saya memang yakin dengan produk CCM sebab dah lama dalam pasaran..btw thanks berkongsi :)
tenku butang said…
yup.. penting untuk kita yang beragama Islam memastikan dahulu kandungan ubat-ubatan itu halal atau tidak.. sebab jadi darah daging nanti..
Aliff Zainal said…
Itulah sekarang ni, ubat ubatan pun kena pasti halal dan selamat. Kalau tak buruk padah badan yang mengamalkannya. Kalau nak selamat beli shj ubat2 di farmasi atau terus ke klinik yg sememangnya ada pakar yg akan consult kita kan! ��
Nina Mirza said…
Setuju... Ubat ubatan pun kena ada kesedaran bab halal. Kalau kat klinik, boleh jer tanya doktor ubat apa yang akan diberi. Kadang ada pilihan lain atau doktor pun leh suggest beberapa jenama pilihan. CCM memang bagus! Alhamdulillah klinik yang selalu pegi guna ubatan dari CCM
Mama Hakim said…
Nak makan ubat ubat mesti yang selamat baru boleh bagi anak anak makan kan. Itulah tanggung jawab jadi mak ayah sebab nak anak anak sihat sentiasa
Jane Chua said…
The word Halal is indeed important for all the Muslims. Hope more products will get the halal certificate for variety of food.
Mazni Azmi said…
Maznee memang mementingkan soal halal dan haram untuk keluarga sebab darinya akan tumbuh daging dan mempengaruhi hati.

Ubat ubat kalau ada yang halal memang wajar di beri keutamaan.

Nak komen leceh lah kena verify tiap kali. Kalau buat moderate moderation saja tak boleh ke sis?
Cerita Huda said…
Wah bagus info ni. Kadang2 amik jer ubat, status halal pun x tahu. Skrg dah tahu la nak pilih ubat brand apa yang dijamin halal.
ccm ni antra brand yg da established..
Saya pun bagi anak makan yg vit c dr CCM tu...
Berselera skit tgk dia mkn
Anonymous said…
Bagus info ni,kak sendiri tak beranak nk beli sebarang ubat klu xda Sunil halal
JMR said…
mencari yang halal itu wajib..itu keutamaan yang sepatutnya kan. terima kasih utk perkongsian ini
Betty Liew said…
Agree with the statement. choosing the right products is important. As a smart consumer you need to know the product that we buy and certified Halal. This website is useful.
Emily said…
I can just imagine how difficult it is for Muslims to verify the Halal status of the many products on the market. This website is useful and handy. Need to be more careful and alert.
Mawardi Yunus said…
Saya setuju dengan akak. Ramai yang ambil remeh ttg halal haram ubat ubatan mereka.
Sharon Lee said…
Can share this info to my Malay friends! Love your insightful sharinf about Halal, especially for those supplement!
rubydotmy said…
Sebagai pengguna, kita pun kena pandai baca label. Malah kena tahu apa isi kandungan dan tujuan penggunaan. Sebab tu saya suka pi farmasi dan sembang dengan staff bertugas. Kalau halal produk dah disahkan dan boleh beli secara online memang bagus. Boleh cari produk yang kita dah biasa beli. Jimat masa.
tq you for all comments :-)

Popular Posts