Biskut PinPin dari Upin Ipin Yang Comel dan Sedap!

Peminat cilik siri animasi Upin Ipin pasti teruja bila dapat menikmati biskut PinPin. Apatah lagi dengan kehadiran 5 variasi varian biskut pelbagai rasa yang begitu memikat selera si cilik. Ameer anak saya bila melihat sahaja kotak biskut PinPin terus sahaja menjerit "Mummy biskut Upin Ipin, nak nak nak please" . Teruja betul dia :-)

Ramuan yang digunakan semuanya sesuai dan selamat untuk anak-anak kita. Dan paling penting ianya HALAL!

Untuk pengetahuan semua, terdapat 5 varian biskut yang ditawarkan. Jadi kita boleh pilih mengikut kegemaran anak-anak. Bagi saya sendiri semua varian adalah sedap. Kudapan ringan yang comel dan memenuhi citarasa si manja.

Kotak berwarna kuning jingga ini adalah biskut berperisa mentega. Tidak terlalu manis memang sesuai untuk kanak-kanak.

Bagi yang menggemari rasa coklat, bolehlah mencuba biskut ini. Biskut ini menjadi feveret my Ameer.

Ini pula adalah snek jagung (wafer) dengan isian vanilla. Bagi saya daripada kita memberi jajan yang tidak sihat adalah lebih baik kita memberi snek jagung ini.

 Snek jagung (wafer) dengan isian strawberi. Ini pula menjadi snek kegemaran my Yara. Makan 2 kotak hanya untuk dia sorang, hokeh :p

Anak-anak biasanya suka rasa coklat. Jadi bolehlah mencuba snek jagung (wafer) dengan isian coklat didalamnya. Setiap gigita terasa keranggupan dan isian coklat tu akan terus cair (melting) didalam mulut. Memang terbaik!

Bila tengok anak-anak teruja menikmatinya, kita pun turut rasa bahagia... chewahhh..Makan penuh nikmat :-)

Saiz biskut yang sangat comel. Sesuai untuk sekali ngap buat si cilik. Kita tidak perlu risau jika tercekik atau sebagainya. Dan biskut ni masuk dalam mulut memang cepat terus 'melting (lembut). 

Di belakang kotak juga ada disediakan aktiviti untuk anak-anak. Contohnya seperti mencari perkataan sembunyi. Jadi sambil anak menikmati biskut mereka juga boleh membuat aktivti secara santai.

Ini pula aktiviti mencari perbezaan berdasarkan 2 gambar yang diberikan. 

Oh ya! Didalam setiap kotak permainan biskut PinPin ini juga didatangkan dengan permainan lego.

Permainan lego ini boleh menguji daya kreatif anak-anak dalam membina sesuatu. 

Didatangkan juga dengan kertas rujukan yang menunjukkan arahan bagaimana untuk membina lego yang disertakan.

Tadaaaaaaaaa!!! Comelkan Mr. Snowman. Berjaya juga Ameer membuatnya sendiri (psst dengan bantuan mummy juga ya, hehe)

Alololo comelnya 2 permainan lego yang dihasilkan. Dan tidak nafikan lego ini memang berkualiti juga tau. Puas hati! Kita boleh dapatkannya melalui pembelian biksut PinPin sahaja.

Biskut PinPin ini telah berada di pasaran sejak tahun 2018 lagi tau. Dan kita boleh dapatkan di beberapa pasaraya terpilih seperti Mydin, BHP Petrol, KK Mart, 7 Eleven dan sebagainya.

Pesanan Ameer!!

Hai aunty, uncle dan kawan-kawan sekalian...

Biskut PinPin ada..
Pelbagai pilihan rasa memikat hati si manja,
Mainan percuma diberikan juga,
Membentuk kreativiti menguji minda,
Dapatkan Biskut PinPin hari ini ya!

Comments

Hanny Abdullah said…
Wahhh nampak menarik betoi biskut ni..bukan budak-budak je yang suka..aunty pun tengok suka gak. Nanti aunty nak try lah..hehehe.
Shesyira As said…
nampak sedapnya yang wafer isi coklat tuuuu airah memang suka biskut jenis ada isi coklat macam ni rasa best bila gigit haha. kalau bagi bebudak lagi la diaorang suka kan
Kylie Cre8tone said…
pin pin nampak comel sangat... nak try try biskut ni.. nampak cute sangat..
comelnya biskut pin pin ni , siap ada mainan lagi. Mesti anak-anak suka.
Mawardi Yunus said…
memang menarik biskut ni. saya pun tak sabar nak cuba nanti. baru je sampai ni. menarik untuk budak-budak sebab siap ada mainan percuma ha
CikLily Putih said…
aku makan yang coklat tuh, sedap gak wei. saiz kecik-kecik plak tuh senang nak masuk mulut sekali ngap je
Fadzi Razak said…
Ni kalau beli ni, bukan budak je suka. Mak bapak budak pun suka kot. Banyak jugak pilihan dia kan. Dah lah bite size. Senang nak makan
Mommy Jane said…
The biscuits look so cute. I'm sure my children want to have it too. Getting few packets for them later.
Mrs Fuzy Hamid said…
Upin dan Ipin ni memang semua budak suka kot sampai kekadang mak bapak pun teruja. Ada 5 perisa rupanya...sah yang coklat tu memang laku sakan la
Rawlins GLAM said…
Disebabkan ada mainan, no wonder anak saudara Rawlins minta belikan banyak-banyak PinPin katanya hehehe
ai said…
Best pula ada free lego tu. Ni kalau anak-anak buah nampak mesti nak grab punya.
Zharif Azis said…
Wahhh nampak menyelerakan betul biskut pin pin nie. Mesti budak2 suka. Dalah pantang nampak gambar upin ipin. Eh eh siap ada free gift lahi. Wahh bestnya !!
anak buah selalu beli biskut ni.. sedap jugak rasanya. saya pun termakan sekali hehe
Kin Naz said…
Seronoknya Ameer makan biskut upin ipin. Ni kalau anak dara kinah nampak ni mau dia mintak borong ni. Siap ada mainan lagi ni. Bolehlah kot cari nanti
Lia Hasty said…
Wah siri animasi Upin Ipin pun dah ada keluarkn biskut sendiri. Lagi bertambah seronok lah kanak-kanak makan biskut kartun favorite dorang.
Cindyrina Rina said…
They have their biscuits now? Diversified of business now. kids will love it.
Eh eh, teringin nak cuba yang ada isian kat dalam tu. Best mainan macam ni siap ada dapat.

Popular Posts