Caroma Teh Halia Dari Bentong Kini Boleh Didapati di Village Grocer Cyberjaya

Baru-baru ini saya berkesempatan ke Village Grocer yang baru dibuka di Tamarind Square Cyberjaya.  Hari pertama dibuka memang ramai pelanggan yang datang. Ini berikutan daripada pelbagai promosi menarik yang ada ditawarkan.

Pertama kali saya ke sini sememangnya membuatkan saya teruja. Dengan lokasinya terletak di bahagian atas premis yang dikellilngi tumbuhan hijau dan paling best parking yang disediakan cukup banyak. Jadi kita tidak perlu risau tentang parking kereta jika ke sini.


 Sebenarnya saya datang Grocer Village Cyberjaya untuk mendapatkan produk Caroma Teh Halia dari Bentong. Produk ini agak esklusif. Untuk pengetahuan semua terdapat 3 varian teh halia yang ditawarkan iaitu Teh Halia Bentong (original), Teh Halia Bentong Bersama Madu dan Teh Halia Bentong bersama Madu serta Lemon.

Teh sendiri sudah mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Selain daripada kaya dengan anti-oksida, aroma teh juga boleh dijadikan sebagi terapi. Manakala halia juga memberikan pelbagai khasiat. Namun yang paling ketara ianya dapat membuang angin dalam badan.

Untuk produk Caroma istimewanya ianya dihasilkan dari tanaman halia di Bentong yang menggunakan kaedah penanaman ENE (Environment Natural Element). Jadi tanaman halia yang dihasilkan ini lebih pedas dan wangi.

 Jom dapatkan produk ini di Village Grocer Tamarind Square Cyberjaya sebelum ianya kehabisan stok


Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-

Caroma Teh Halia Dari Bentong Kini Boleh Didapati di Village Grocer Cyberjaya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 18, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.