Jom Berzakat @ zakat.com.my


Korang!!! Nak war-warkan satu berita baik ni :-) Istimewa bagi mereka yang membayar zakat di kawasan Wilayah Persekutuan. Untuk pengetahuan semua Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my.  Di mana setiap orang yang membayar zakat melalui portal PPZ-MAIWP ini berpeluang memenangi hadiah yang cukup menarik. Dan kempen ini adalah berlangsung selama 3 bulan iaitu bermula daripada 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2018.

Melalui pembayaran ata talian ini bukan sahaja memudahkan urusan pembayar bahkan ianya dapat menjimatkan masa. Sekaligus ianya dapat menggalakkan masyarakat awam untuk menunaikan kewajipan berzakat dan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi ramai golongan asnaf.

Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Saya tertarik dengan perkongsian dari Tuan Haji mengenai pembayar zakat menerusi kajian yang telah dilakukan oleh pihak mereka. Dikatakan dari jumlah pembayar zakat yang berurusan di kaunter pada tahun lepas iaitu seramai (lebih kurang) 36,800 orang. Dan daripada jumlah itu didapati seramai 26012 orang adalah dari kalangan mereka yang berumur 51 sehingga 60 orang. Selebihnya adalah dibawah umur 50 tahun. Kebiasaannya mereka yang berumur kurang daripada 50 adalah celik IT. Dengan pengenalan konsep pembayaran secara talian dapat membantu golongan ini berurusan pembayaran zakat dengan lebih, mudah, pantas dan efisien.

Antara objektif lain, kempen ini diperkenalkan adalah untuk menggalakkan peniaga 'online', sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara boleh membuat pembayaran zakat di atas talian.

Bagi memeriahkan lagi kempen ini sebanyak 20 hadiah ditawarkan setiap bulan kepada mereka yang membayar zakat dalam talian menerusi web www.zakat.com.my iaitu pada bulan Ogos, September dan Oktober 2018. Jumlah keseluruhan hadiah adalah 60 hadiah yang boleh dimenangi. sesi penyampaian hadiah akan disampaikan ketika Karnival Zakat berlangsung pada 1 Disember 2018. Oh ya! Ke semua hadiah yang ditawarkan adalah tajaan SeriGroup Global Sdn Bhd.

Jom bayar zakat di www.zakat.com.my

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"

Comments

Yesss.. Kolin suka skrg nak berzakat senang sangat. Klik ajeeeee siap,!
Sally Samsaiman said…
lepas ni dah takde alasan untuk tak membayar zakat. semoga makin byk bantuan utk asnaf di wilayah persekutuan nnt :)
Mama Zharfan said…
i buat potongan gaji bulanan (zakat selangor)

Popular Posts