Menu Istimewa Bulan Kemerdekaan Di Restoran Kluang Station Heritage


Bersempena dengan bulan Kemerdekaan iaitu bulan Ogos, Restoran Kluang Station Heritage telah memperkenalkan dua hidangan yang cukup istimewa dan betul dekat dengan jiwa rakyat Malaysia. Mengambil inspirasi daripada masakan autentik kegemaran masyarakat Malaysia seperti nasi lemak dan laksa, kedua menu ini telah diolah kepada hidangan fusion iaitu burger nasi lemak dan juga Kluang Laksa Goreng (Fried Kluang Laksa).

Apa yang menarik hidangan ini bukan sahaja ditawarkan secara ala-carte bahkan ianya juga didatangkan dalam set kombo. 

Kluang Laksa Goreng (Fried Kluang Laksa) - Pertama kali saya merasainya sudah mula rasa jatuh cinta. Jika biasanya kita merasai hidangan laksa secara berkuah tetapi kali ini ianya didatangkan secara kering. Namun begitu rasa kuah "laksa" itu tetap ada.

Apa yang menarik kuahnya agak pekat, rasanya seakan kuah laksa masak lemak dan paling best keharuman hirisan daun pudina dan bunga kantan menjadikan hidangan ini tampil lebih unik dan begitu menyelerakan.

Hagra ala- carte : RM12.90
Harga combo : RM14.90

Burger Nasi Lemak - Kelainan yang dipertonjolkan adalah hidangan nasi lemak dijadikan berger. Ianya ditawarkan seperti dalam set berger yang biasa kita order iaitu berger bersama kentang goreng. Cuma untuk hidangan Burger Nasi Lemak dari Kluang Station Heritage, ianya juga didatangkan bersama sayuran salad. Menjadikan ianya satu hidangan yang lengkap, ada karbohidrat, protein, zat galian dan sayuran.

Secara ringkas ini adalah ramuan (yang biasanya didatangkan dalam satu pinggan nasi lemak) yang digabungkan menjadikan ianya satu Berger Nasi Lemak yang ohsem!

Hagra ala- carte : RM13.90
Harga combo : RM15.90

Dalam set kombo ini juga ditawarkan dua jenis minuman sejuk iaitu jus ambra bersama assam boi ataupun 3 layer sirap bandung. Kita boleh pilih salah satu. Untuk merek ayang sukakan rasa masam-masam manis bolehlah mencuba jus ambra bersama assam boi.

Harga untuk setiap minuman adalah RM7.90

Menarikkan set istimewa Merdeka yang ditawarkan :-)

**********************************

Saya juga ada merasai beberapa hidangan lain yang tidak kurang hebatnya dan ianya sentiasa mendapat permintaan pelanggan yang datang ke Restoran Kluang Station Heritage. Antaranya seperti:-

Kluang Mee Siam bersama Rendang Ayam 

Kari Laksa 


Roti Bakar

Sago Gula Melaka 

 Durian Crepe

Minuman Cham yang menggabungkan rasa kopi, teh dan susu. Memang sedap!

Sebenarnya banyak lagi menu-menu yang hebat ditawarkan di sini, Dan pastinya semua hidangan memberi jaminan rasa yang enak dan berbaloi pada harga yang ditawarkan. Setiap hidangan akan diberi sentuhan terbaik oleh chef terlatih dari dapur Restoran Kluang Station Heritage.

Dan saya sendiri begitu teruja dengan menu istimewa bersempena merdeka iaitu Burger Nasi Lemak dan juga Kluang Laksa Goreng. Sedap hoi! Dah cuba pasti puas hati, gerenti repeat order bila kembali makan ke sini. Perlu diingatkan ianya adalah menu esklusif untuk masa yang terhad! 

Comments

Sally Samsaiman said…
MasyaAllah..burger Nasi Lemak pulakkk..hahahaha...sedapnya nampak kak...sebab ade nasi tu yg dijadikan "bun"..ade laksa...fuhh!
Fadzi Razak said…
Laksa kering? Pelik tu. First time saya tau ada laksa kering. Nampak makanan yang lain macam best best jugak tapi yang durian crepe tu macam telur dadar lipat pulak saya tengok
Precious Cla said…
Burger nasi lemak ? 1st time dengar. Pasti sedapkan ! kalau area tu dekat dengan kita bolehlah juga try :)
adianiez AIDA said…
alamak. best nyer. kluang station.
ari tu member baru share dia ke sana.
aida tak pernah ke sana lagi. teringin.
tgk la, bebila anak2 free, nak ajak mr.asben turun johor.
johor memang sgt kaya dgn makanan sedap.
CikLily Putih said…
laksa goreng? sedap ke? aku belum pernah rasa lagi ni. tapi kat area umah aku tak de plak hah
Amanda Suria said…
Pernah makan laksa goreng..sedap giler..makan kat sini la..pas tu suka dia nyer roti bakar dia jugak..nak merdeka ni banyak restoran buat promosi kan?
mama tisya said…
1st time dgr menu laksa goreng...pernh juga singgah kluang station ni tp lama dlu la...mcm2 menu skarang..dessert tu pn menarik nmpknye
Nadia Johari said…
Laksa tanpa kuah..huishh unik ni..tapi aklau masih ada rasa laksa ok jugalah ye..ingatkan tu berger, rupanya nasi lemak..macam aman nasi tu dibentuk macam tu..hehee..
Aliff Zainal said…
Banyaknya orderrr!! That mee siam dgn rendang ayam nampak samgat sedappp adui dah lah hantu rendang 🤣
Maha Mahu said…
Kita suka nasi lemak burger tu memang menarik dan sedap hehehe bestnya korang semua kena cuba kita pun baru datang makan sekali rasa nak datang banyak kali hehehehe...
iffah hussin said…
Nampak Laksa Goreng tu macam sedapjer, bolehlah cuba nanti, sebab tak pernah cuba makan menu laksa goreng! mana tahu kena dengan selera..he he he
Hanny Abdullah said…
Uittt menarik tengok makanan kat sini. Tak pernah lagi sis makan kat sini, nampak gaya memang kena terjah kat tempat ni..kena rasa semua makanan dia
ArylJe said…
Nasi lemak burger! yezza...
walaupun ada yang cakap, nasi lemak takkan mungkin jadi benda lain, tapi konsep diorang ni bagus, ikut trend semasa...

Mcd pun buat nasi lemak burger, ye tak? Hehe...
Cuma haritu, masa makan dekat outlet tropicana city mall, macam dah kureng la makanan dia... atau, mungkin outlet tu je kot...
Mimi Azirah said…
Kalau singgah Kluang boleh datang makan dekat sini. Semua makanan nampak sedap dan menarik je. Adoii kecur pula air liur tengok menu yang dihidangkan
Sampai sekarang tak pernah try burger nasi lemak hahah. Kebetulan tgh makan roti bakar ni hehehe. Harga dekatsitu pun nampak murah and affordable je.
Sedapnya..laksa goreng ty mesti sedap n unik kan...
Teringin nak rasa...tpi mcm xdak ja kluang station ni kat penang
dah lama dah teringin nak makan di kluang station ni.. ni ada menu baru. ala2 mcd plak tu.. hhehe
Halimah Muhiden said…

Bestnya kalau dapat makan laksa goreng, first time dengar..tgk semua sedap2 belaka
The Fool said…
Nampak ramai jugak yang buat review pasal tempat ni, mungkin ken try dulu kot

Popular Posts