Mural Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah Serta Pemimpin Negara Lain Di CAROUSELL “SAYANGI MALAYSIAKU” Pameran Seni LEGO Di SUNWAY PYRAMID


Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-61 kemerdekaan negara, Carousell, Republik of Bricks (ROB) dan Sunway Pyramid Mall telah mengadakan pameran mural yang dibina daripada LEGO wajah-wajah pemimpin negara seperti Tun Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah dan para pemimpin negara yang lain. Untuk pengetahuan semua pameran, ini bermula 30 Ogos 2018  sehingga Ahad, 2 September 2018 di LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid.

Antara yang menarik lego yang memaparkan wajah Tun Mahathir jika dilihat dari kiri.

Dan sekiranya dilihat dari arah kanan ianya adalah wajah Tun Siti Hasmah.

Menarik bukan?

Terdapat 18 mozek LEGO unik dipamerkan, yang menampilkan momen, budaya dan pemandangan Malaysia yang menarik. Peminat LEGO khasnya boleh berhubung dengan pengumpul LEGO di seluruh Malaysia melalui Carousell.

"Para pembina dan peminat LEGO telah lama berdagang dan bertukar idea melalui platform kami dan kami memberi tumpuan kepada mewujudkan hubungan yang sahih dengan komuniti kami. Sememangnya, Merdeka adalah peluang yang sempurna bagi kami untuk melibatkan masyarakat peminat LEGO sambil meraikan 61 tahun kebebasan sambil menonjolkan kreativiti yang ada didalam diri mereka, "kata Tang Siew Wai, Ketua Negara Carousell Malaysia.

Siew Wai turut menjelaskan bahawa penggemar dan peminat boleh membeli koleksi LEGO eksklusif di Carousell. "Setakat ini, kami mempunyai kira-kira 1 juta jenis LEGO di Carousell."
"Memadankan kepingan-kepingan LEGO yang berbeza untuk membina mural ini menyerupai kepelbagaian budaya dan kaum kita yang hidup bersama dalam kerukunan dan harmoni. Mural tersebut dibina oleh ahli ROB dalam usaha memperomosikan kreativiti yang dapat dihasilkan melalui pembinaan lego. Carousell dan Sunway Pyramid telah menjadi rakan sokongan dalam menjayakan projek ini dan kami juga berharap melalui inisiatif ini akan lebih banyak peminat lego untuk mengikuti dan mengembangkan minat mereka dengan menyertai komuniti LEGO kami di Carousell" kata Zen Chan Yang Shan, Presiden ROB.





Sejumlah 166,888 LEGO digunakan untuk potret yang dipaparkan pada acara itu, dengan 9,216 LEGO digunakan untuk dinding M Tun M dan Tun Siti Hasmah yang dibina oleh anggota ROB.

ROB adalah kumpulan peminat dan kumpulan peminat LEGO yang memfokuskan kepada projek, acara dan pameran LEGO di Malaysia. Selama bertahun-tahun, kumpulan itu telah mengumpulkan para peminat LEGO di seluruh negara untuk berkongsi minat membina lego. Pada masa ini, kumpulan ini mempunyai lebih daripada 1,000 ahli yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Antara wajah pemimpin negara lain yang telah dibina secara kreatif menggunakan lego seperti:-

*Kalau korang terror boleh teka nama pemimpin melalui muiral yang dikongsikan di bawah :-)




Cantik, unik dan kreatif bukan?

So, korang kalau nak tengok secara dekat bolehlah datang ke pameran ini ya!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Carousell di www.facebook.com/carousell.my, atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store atau Google Play Store.
Mural Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah Serta Pemimpin Negara Lain Di CAROUSELL “SAYANGI MALAYSIAKU” Pameran Seni LEGO Di SUNWAY PYRAMID Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 31, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.