Puan Siti Nor Yuwana menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 dengan mempertaruhkan resipi arwah ibu dan masakan ciptaan sendiri

Orang kata "tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang yang tahu". Sememangnya sudah tertulis rezeki Puan Siti Nor Yuwana Zulkifli, 35 yang telah menjadi Juara didalam Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 baru-baru ini. Lebih menarik Puan Siti telah mempertaruhkan resipi arwah ibunya iaitu Kari Ayam Warisan Bonda dan juga dua hidangan ciptaannya sendiri.


Pengendali makanan dari Kuala Lumpur ini juga menyediakan hidangan Masak Lemak Daging Salai Berapi dan Ayam Masak Kicap Cara Saya untuk mendapat perhatian para juri dan berjaya memenangi hadiah utama berupa pakej umrah untuk dua orang bernilai RM25,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 dan hamper.

Siti Nor Yuwana berkata: ”Saya juga harus berterima kasih kepada suami saya kerana mendaftarkan saya dalam pertandingan ini dan saya tidak sangka saya akan menang sehingga kami berdua dapat menunaikan Umrah bersama-sama dan juga menikmati hadiah lain!”

Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 2016, acara anjuran Unilever Food Solutions ini memberi tumpuan kepada masakan Melayu yang berkuah dan 70% daripada hidangan adalah dari jenis masakan kari, kicap dan masak lemak.

Pengarah Urusan UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata: “Oleh kerana kini terdapat satu trend menggunakan perasa ayam juga untuk menambahkan lagi selera, Unilever Food Solutions memberi pengiktirafan terhadap usaha masakan menggunakan Serbuk Ayam Knorr."
“Tahun ini, kami telah berkalaborasi dengan NSK Trade City, pemborong yang terbesar di Malaysia. NSK Trade City terkenal dengan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi dan harga berpatutan seperti tin makanan, minuman, produk penjagaan badan dan bahan pencuci."

Para juri yang dilantik adalah seperti chef selebriti Mohd Johari Edrus (lebih dikenali sebagai Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan pengarang dari majalah masakan Saji iaitu Puan Rosmarlinda Kamarudin. Permakahan mengambil kira kriteria-kriteria seperti kebersihan, penampilan dan rasa hidangan.


Cabaran Raja Kuah Knorr dibuka penyertaannya kepada semua rakyat Malaysia. Caranya sangat mudah yang mana peserta haruslah menghantar 3 jenis resepi hidangan berkuah yang terdiri daripada masakan berkuah jenis kari, kicap dan lemak (kunyit dan santan) dengan menggunakan Stok Ayam Knorr. Seramai 10 penyerta dari seluruh Malaysia, termasuk 1 peserta dari Negeri Sembilan telah dipilih untuk bertanding dalam peringkat akhir hari ini.

Pemenang bertuah lain yang telah memenangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 seperti:

- Naib Johan Fazerina Ibrahim, 34 dari Selangor menerima tunai RM10,000 beserta hamper
- Pemenang ketiga Ali Zainuddin Adnan, 39, mendapat tunai RM6,000 dan hamper
- 7 pemenang saguhati menerima tunai RM1,000 beserta hamper.

Unilever Food Solutions dijangka terus berkembang sehingga mencecah 800 juta pengguna setiap tahun. UFS juga berhasrat mencapai matlamat ini dengan memberi penumpuan kepada empat bidang di mana UFS boleh membuat perbezaan: memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan, meningkatkan keselamatan makanan, mengurangkan pembaziran makanan dan mencari sumber yang mampan.


Makanan hebat sememangnya melangkaui sempadan geografik dan budaya. Makanan boleh menyatukan masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia. Kita boleh menikmati hidangan dalam suasanan harmoni biarpun budaya berbeza.

Puan Siti Nor Yuwana menangi Cabaran Raja Kuah Knorr 2018 dengan mempertaruhkan resipi arwah ibu dan masakan ciptaan sendiri Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 11, 2018 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.