Karnival #JOMMALAYSIA di Sunway City

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-61 ini, Sunway Group telah menganjurkan karnival #JOMMALAYSIA yang bertempat di hadapan Sunway Resort Hotel & Spa. Terdapat 5 tarikan  yang dibawakan di karnival iaitu:-

  • Flavours of Malaysia (food)
  • Voices of Malaysia (music)
  • Cultures of Malaysia (dance)
  • Arts of Malaysia (arts & crafts)
  • Games of Malaysia (Games)


Apa yang menarik selain adanya pertunjukan drum di atas pentas, terdapat juga booth-booth yang dibuka khas untuk pengunjung bermain dan mencuba sendiri permainan lama seperti congkak, bartu seremban dan pelbagai lagi.

 Kelihatan juga deretan ala-ala edai klasik yang menual pelbagai barangan nostalgia. Terdapat juga gerai-gerai makanan yang menjual masakan popular di Malaysia seperti nasi lemak, kuih muih tradisi dan pelbagai lagi.

 Anak saya turut berkesempatan merasai menaiki beca secara percuma di sini. Pengangkutan awam lama yang sehinggi kini menjadi tarikan rakyat Malaysia.

 Puan Sri Susan Cheah (Ahli Exco Kumpulan Sunway) antara VIP yang hadir memeriahkan acara pembukaan karnival.

Tidak kira muda,tua, pelbagai bangsa semuanya bersemangat melaungkan semangat hari kemerdekaan di Karnival  #JOMMALAYSIA. Meriah betul!

Karnival ini melibatkan ramai usahawan bumiputera dan artis yang masih muda dengan memperkenalkan seni tanahair serta produk Buatan Malaysia.

Selain itu, saya juga sangat teruja dengan pelbagai props serta mural menarik yang boleh kita abadikan kenangan di sini. Semuanya cantik dan menarik.




Sayangi Malaysiaku selamanya.

So korang Karnival #JOMMALAYSIA bermula dari 31 Ogos 2018 sehingga 1 September 2018 bermual jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Jom ramai-ramai datang ke sini,
Bawa famili..
Kita hayati seni, adat, permainan, muzik dan makanan tradisi...
Yang diwarisi bergenerasi :-)

#JOMMALAYSIA
Karnival #JOMMALAYSIA di Sunway City Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 01, 2018 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.