Kebaikan Anlene UHT On-The-Go Dalam Kehidupan Aktif Saya!

Setiap hari saya akan buat semakan "to-do list" apa yang perlu lakukan pada hari tersebut. Ini mungkin cara saya yang memang sangat teratur dari segi pengurusan masa dan kerja. Namun yang demikian, antara yang menjadi keutamaan saya perlu lakukan setiap hari ialah "pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat" demi memastikan tubuh saya cukup sihat untuk menyelesaikan pelbagai tugasan termasuklah menjaga keluarga yang tercinta.

Paling penting setiap pagi saya perlu mengambil susu yang kaya nutrisi untuk memenuhi keperluan badan. Apatah lagi dengan peningkatan usia, masalah seperti osteoporosis dan kurang stamina antara isu yang sering dibangkitkan.

Anlene UHT sentiasa menjadi pilihan hati!
Dan saya telah memilih susu Anlene UHT. Mengapa Anlene sentiasa menjadi pilihan? 


Terdapat kepelbagaian pek yang ditawarkan samada dalam bentuk susu tepung (perlu dibancuh sendiri) mahupun pek siap untuk diminum "on-the-go". Sebenarnya Anlene UHT 'on-the-go' ini adalah pek terbaru yang diperkenalkan Anlene bagi memudahkan untuk kita bawa ke mana sahaja dan nikmatinya di mana jua. Anlene UHT juga hadir dengan dua perisa iaitu coklat dan biasa. Kedua-duanya bagi saya rasanya sangat sedap.

Bersempena dengan pengenalan susu Anlene UHT di pasaran Malaysia, Anlene telah mengadakan beberapa kempen dan promosi menarik bagi tujuan pengenalan produk hebat yang memberi 1001 kebaikan kepada tubuh badan. Antaranya seperti kempen Anlene On-The-Go Breakfast Pack yang mengandungi satu kotak susu UHT Anlene dan roti croissant yang dijual pada harga RM1 sahaja. Promosi ini hanya boleh didapati di stesen LRT dan stesen KTM yang terpilih bermula dari tarikh 27 hingga 31 Ogos 2018. Antaranya seperti di LRT/KTM :-
  • Wangsa Maju 
  • Masjid Jamek 
  • Hang Tuah 
  • Ampang Park
  • Bandaraya 
  • Bandar Tasik Selatan
  • Pasar Seni Taman Melati
  • KTM Mid Valley 
  •  KL Sentral


Saya juga tidak mahu ketinggalan mendapatkannya. Beria saya ke  stesen KTM Mid Valley pagipagi bersama si kecil Yara. Dengan RM1 saya sudah perolehi satu pek pemakanan lengkap yang sihat untuk dijadikan sebagai sarapan. Kenyang tau!

Seterusnya saya juga telah mendapatkan produk Anlene dan juga merasai sendiri 'sampling' yang ditawarkan di promosi bergerak Roving Truck Anlene di sekitar kawasan Lembah Klang yang terpilih bermula dari 5 hingga 13 September 2018.  Antara pusat sehenti Roving Truck adalah di kawasan berikut:-
  • Kompleks PKNS Shah Alam 
  • Post Office Taman Sri Muda, Shah Alam 
  • Lot 10 Bukit Bintang
  • Nearby Tesco Rawang 
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI) 
  • USJ Taipan Subang Jaya
  • 101 Boulevard Pucong
Kebetulan saya ternampak Roving Truck Anlene di PKNS Shah Alam dan saya terus ke sana untuk mencuba sendiri rasa yogurt Anlene yang kebetulan sedang diagihkan 'sampling' kepada pengunjung PKNS.

Lebih istimewa untuk mereka yang berkesempatan mendapatkan sampling daripada Roving Truck Anlene di Lot 10 pada 7 September 2018 (dibuka dari jam seawal 9 pagi sehingga malam), bukan hanya dapat menikmati susu Anlene sahaja bahkan dapat bertemu Stacy Anam yang juga dikenali sebagai Ratu Tari Malaysia. Secara peribadi bagi saya Stacy Anam adalah seorang ibu yang penyayang, isteri yang hebat, penyanyi dan penari yang lincah. 

Saya juga berasa kagum setiap kali melihat persembahan Stacy yang cukup penuh bertenaga serta tariannya yang begitu lincah. Mempunyai susuk badan yang cukup ideal, tidak hairanlah surihati penyanyi Akim ini sentiasa dikagumi terutama golongan wanita dan ibu seperti saya. 

Oh ya! Ketika berada di sini kita berpeluang untuk menyahut cabaran Anlene " Stay Active Stay Agile" dengan membuat lompatan tinggi. Dengan setiap lompatan yang dilakukan (Jump Higher) ianya akan dipaparkan di LED Billboard. Menarik bukan? Hehehe.

Dengan pengambilan Anlene UHT, menjadikan saya lebih .....  :-) 

[A]ktif
Saya mampu mampu mengekalkan momentum untuk terus kekal aktif sepanjang hari, lebih fokus dan berkeyakinan tinggi. Tidak ada rasa letih atau kurang bersemangat, paling 'best' saya mudah memberi tumpuan pada kerja.

ber[N]utrisi
Sepertimana yang kita ketahui, susu Anlne UHT dengan rumusan terbaru memberi 50% nutrien. Mengandungi kalogen, protein dan kalsium tinggi! Sekaligus dengan konsisten kita mengambil susu Anlene UHT setiap hari membolehkan kita menjaga tulang, sendi dan otot agar lebih kuat.

[L]ifestyle menarik
Bila kita sihat, perwatakan kita akan menjadi ceria dan semangat. Gaya hidup terbaik adalah melalui pengambilan pemakanan seimbang dan berkhasiat. Kita pasti akan tampil lebih berketerampilan.

[E]nergetik
Menguruskan rumahtangga bermula seawal pagi sehingga malam memang agak memenatkan. Ditambah pula dengan lambakan tugasan kerja luar yang perlu dipersiapkan. Namun jika badan kita cukup keperluan nutrisi, kita pasti berenergi. Dengan Anlene UHT saya mampu menjadi wanita berenergetik setiap hari!

[N]ikmat
Nikmat? Ianya kesedapan air susu Anlene itu sendiri. Seperti yang diketahui terdapat 2 perisa susu Anlene iaitu Putih da Coklat. Dan kedua-duanya sangat sedap. Minum sejuk-sejuk lagi sedap tau.

[E]legan
Orang kata untuk mejadi elegan itu sangat subjektif mengikut pemerhatian mata masing-masing. Namun sebagai wanita, menjadi elegan adalah salah satu kepuasan diri sendiri. Kita yang akan rasa bangga dengan diri sendiri apabila  mampu berjogging berkilometer tanpa rasa letih, membaca buku tanpa rasa penat, menulis cerita pendek dengan idea mencurah-curah, membantu anak dalam menyiapkan kerja sekolah (ingatan masih kuat) dan pelbagai lagi. Bukankan ini daya tarikan @ "elegan" bagi seorang wanita, hehehe.

Apapun susu Anlene UHT ini sesuai untuk lelaki atau perempuan dewasa ya!


Lincah tak, hahahah. Nak juga melompat, hahahahaha.

Keterangan lanjut boleh layari:-

Website: 

Facebook: 


Dengan lebih 50% Nutrien. Kekal Aktif. Kekal Lincah!

Comments

Amanda Suria said…
Anlene sememangnya bagus..dh usia meningkat ni perlu ambil untuk terus sihat especially untuk kesihatan tulang kan..anlene sekarang bukan tertumpu untuk warga tua sahaja..yg muda pun bleh minum dh
adianiez AIDA said…
wow amazing lah lompatan!!!
aida memang beli jugak anlene ni terutama bila ada promosi tau.
prefer yg susu putih dari coklat. coklat tu agak manis bagi aida.
40-an dan osteoprosis. kena cegah sebelum parah!
wajib jaga. tak la nanti da tua terbongkok-bongkok ha ha ha ha in shaa Allah.
Faries said…
Mmg suke produk Anlene terutama yg flavor coklat. Baik untuk tulang dan paling penting banyak nutrisi. Haritu pon dh dapatkan produk Anlene dkt truck di Lot 10.
Jia Shin Lee said…
I love your energy, nampak berseri also, Anelene really suits those who are always on the go, I'll get a packet myself to try out.
qaseh dalia said…
Yeahh suka jugak dengan Anlene , rasa dia boleh masuk dengan tekak , tak terlalu manis .. dah makin berumur ni memang perlu kalsium lwbih
yeah we need keep ourselves healthy always. I like drink Anlene too! I like both flavors vanila and chocolate.
mama tisya said…
Oh susu anlene ada perisa coklat ye skarang.. Biasa tgk yg perisa original yg putih je.. Minum susu ni bagus ..nk2 umur mcm kita ni kn.. Anyway tq share products anlene ni
Fadzi Razak said…
Antara banyak banayk produk susu, saya suka Anlene dan fernleaf. Yang fernleaf tu sebab minum masa kecik. Yang anlene ni sebab bagus untuk kalsium wanita. Tapi saya lagi prefer yang coklat daripada originial
iffah hussin said…
Saya suka minum susu Anlene yang original tu semasa sejuk, Alhamdulillah memang boleh diterima dik tekak saya, minum masa sejuk, sedap sangat.. Susu lain tak boleh diminum pasti akan muntah balik...
Angel Poi Woon said…
My daughter likes to drink milk , so thank you for the sharing and we should try for it since it is good in nutrition and has promotion :P
Mrs Liez said…
Liez suka sbb ada flavor yang sedap vanilla dan chocolate.. skrg ada pulak uht yang boleh dibawa kemana-mana je. Mmg layan sangat.. susu anlene mmg pilihan liez sbb ada banyak nutrisi dan yang penting rasa sedap
Opah Nak Cantik said…
Bestkan sekarang Anlene ada perisa cekelat, my pebret. Memang best lagi sebab Anlene on the go is super conveneint for opah on the go.

Petua Awet Muda Untuk Opah
Bella Enveeus said…
Bella suka minum Anlene ni. Especially since dah masuk umur2 cenggini. Dulu masa kecik2 sedap lah minum Fernleaf. Sekarang dah kedewasaan ni, tukar pulak ke Anlene. Dan memang nampak perbezaan juga. Ye la, kita perempuan ni tiap2 bulan "donate" darah dan akan kekurangan calcium dan zat besi. So bila minum Anlene ni boleh bantu add-on kan apa yang kita hilang tu.
idayu nim said…
Amboi tinggi nyer akk melompat. Dari dulu anlene ni memang terkenal dengan khasitnya. Sekarang pulak ada pack khusus yang lebih bernutrisi. Semakin ramai yang akan sukakan anlene lepas ni.
Tekkaus said…
Memang Anlene telah sangat terkenal kan sejak zaman dahulu lagi. Dengan adanya pek mudah alih lebih senang untuk menikmati kebaikan susu kan.
Along Murni said…
Wah!! Tinggi benor kak ayu lompat!! Terkedu jap bila tgk lompatan setinggi itu.. Baguslah minum susu Anlene utk tulang terutamanya.. AM pun nak melompat setinggi kak ayu!!! 💖💖💖

Popular Posts