Mendekati Dunia Masyarakat Kurang Pendengaran di Starbucks Signing Store Di Bangsar Village II

Starbucks Signing Store di Bangsar Village II merupakan outlet yang pertama yang menawarkan perkhidmatan pesanan didalam bahasa isyarat. Dan hampir ke semua pekerjanya adalah golongan OKU yang kurang pendengaran/bisu. Apa yang lebih menarik, Starbucks juga berkerjasama dengan SID (Society of Interpreters for the Deaf) untuk menganjurkan beberapa siri bengkel secara percuma kepada pelanggannya. Terdapat 3 jenis bengkel yang diadakan iaitu:-
  • The Personal and Professional Development Workshop
  • The Deaf Empowerment and Awareness for Youth Workshop
  • Signing Workshop

Untuk dua bengkel diatas (yang pertama dan kedua) adalah terbuka kepada mereka yang kurang pendengaran/bisu bagi menggilap 'soft skill' yang mereka ada, ianya bertujuan sebagai persediaan untuk memasuki dunia pekerjaan. *Manakala "signing workshop" adalah bengkel untuk pelanggan yang bertujuan untuk belajar bagaimana berkomunikasi dalam bahasa isyarat. *Untuk bengkel dalam masa terdekat akan diadakan pada 22 September 2018 (Sabtu) dan 29 September 2018 (Sabtu) di Starbucks Bangsar Village II. 

Dan hari ini saya dan beberapa rakan lain telah berpeluang menghadiri "signing workshop". Memang menarik, apabila kami telah diajar dengan beberapa asas bahasa isyarat dan bagaimana hendak membuat pesanan air minuman di Starbucks. Contoh seperti Latte, Cappucino, Frapucino Ice Blended, Green Tea dan pelbagai lagi. Ini termasuklah saiz yang diminta samada small, medium dan venti. Paling best saya juga belajar "greeting" samada waktu pagi, tengahari dan  malam. Unik dan cukup simbolik


Ianya seronok sebab ianya sesuatu yang baru bagi saya. Selain itu, ianya memudahkan saya untuk mendekati dan bergaul dengan mereka yang memang berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Menerusi bengkel ini juga kita boleh belajar secara praktikal "signing" sambil diberi tunjuk ajar oleh guru dan juga staff Starbucks sendiri :-)

Saya suka dengan apa yang dkongsikan oleh salah seorang staff Starbucks yang sudah lama bekerja disitu dan telahpun menerima"Coffee Master certification program" tentang apa itu "A Passion of Coffee"...

Coffee..boleh dinilai melalui:-

Aroma - kita perlu hidu dan rasai sendiri bau kopi tersebut. Samada spicy, bitter, sweet and sour.
Rasa - deria lidah sangat memainkan peranan. Dan kopi sebenarnya pahit.

Gabungkan dengan hidangan lain - Contohnya biskut/cookies, yang sememangnya sudah ada rasa coklat, manis, kacang dan sebagainya


Celup biskut/cookies dengan kopi. Dan rasai kenikmatannya. Gabungan rasa yang cukup sempurna, manis, pahit  cukup serasi.

Berada di Starbucks Signing Store, kita pasti akan terbiasa bagaimana hendak mentejemahkan kopi melalui aroma dan rasa dengan menggunakan bahasa isyarat yang mudah. Paling tidakpun hati kita akan terusik dengan cara pekerja di sini menyambut kedatangan dengan penuh sopan menggunakan bahasa isyarat mereka yang unik. Disediakan juga kertas untuk kita catatkan pesanan bagi memudahkan barista menyediakan air minuman Starbucks yang dipesan.

Oh ya! Pada sesiapa yang ingin menyertai bengkel yang dianjurkan secara percuma ini bolehlah email kepada wonder@sid.org.my. Keterangan lanjut boleh layari www.starbucks.com.my  :-)

Comments

ina azlina said…
best ada penerangan macam ni.Sekurangnya golongan istimewa ini tidak diketepikan.Sama rata jer layanan. tahniah starbucks!! Tak de kat lain servis cemni
Hasif Hamsyari said…
Bagusnya! Tahu ada Starbucks ni tapi belum berkesempatan lagi untuk berkunjung. Memang menarik. Sekurang-kurang golongan ini diberi peluang untuk mencari duit sendiri selain orang awam pun boleh belajar memahami mereka. Tahniah, Starbucks!
Kak Su @Kak Su said…
Bestnya dapat hadiri workshop sebegimi. Akak pun teringin sangat nak belajar bahasa isyarat ni.

Tips Dan Panduan Untuk Mulakan Bisnes Homestay

Amanda Suria said…
Sektor perkerjaan perlu bg peluang mereka yang kurang uaya ini untuk mennjana pendapatan kan..bagus di ajar bahasa isyarat..at least kita semua pun boleh belaja benda yang baru...bagus starbucks..terus rasa nak cari kopi..
Kylie Cre8tone said…
dah lama i tak pergi starbuck.. haha~ Ayu, u nampak slim down a lot... :)
Jane Chua said…
Good workshop so that we could learn how to communicate with all these sign languages. Good job to Starbucks for organising all this.
Mama Ee said…
Saya paling suka minum Kopi. Selalu check in Starbuck juga.
indeed a nice event to join. Good to know this is my favorite Starbucks coffee that I like to drink.
Fadzi Razak said…
Dulu pernah jugak belajar bahasa isyarat ni tapi guna buku je. Dalam bahasa melayu punya. Rupenya lain bahasa isyarat dalam bahasa melayu dengan bahasa inggereis
Dulu I ada belajar bahasa isyarat dengan adik i. Dia belajar mana tah....i tahu serba sedikit. Bagus juga kalau tahu ni u at least boleh communicate dengan mereka. Else, mereka senyap je la takut nak cakap guna isyarat tangan kat kita...takut kita tak faham. Pastu ada sekali baru ni orang minta sedekah 2 orang. Dia guna isyarat tangan tapi bila i guna isyarat tangan Assalamualaikum, dia tak faham. Nampak nau TIPU u....
mama tisya said…
sekali skala dpt pengalaman join workshop camni mmg lain juga kn ..bole sama2 belajar bahasa isyarat atleast kita tau la nk berhubung bila kita berdepan dgn org OKU camni kn..bgs juga kerjasama starbucks dengan SID tu
Ibu Syurga said…
Jenama kopi yang ini Ibu tak kenan sangat nak minum sebab harganya mahal sangat. Dan memang penyumbang tegar pada zionis.
Dunia Farisya said…
Bagus jugak sebenarnya dia buat signing store macam ni.Setidaknya golongan OKU pun boleh merasa minuman sebegini kan.Harganya bagi Amni tak mahal sangat .Ada je yang murah.
Says pernah singgah Starbucks ni kat Bangsar, suka konsep dia untuk memberi peluang pekerjaan kepada OKU dgn menyediakan semua kemudahan untuk ordering dan ajar cara utk operasi satu bisnes dgn sendiri. Terima kasih Starbucks Malaysia! Good value for community.
Abby Onety said…
Waahh... ternyata Starbuck Coffee ada dimana mana. Di Makassar Abby sering nongkrong minum minum sama teman saat jeda kerja di kantor. Asyik juga ya buat bengkel
Lia Hasty said…
Signing language ni bahasa Yang lia nak belajar jugak. Untuk knowledge sendiri. Kat luar negara, starbucks dah amalkan. Kat Malaysia baru bermula. Atleast tak terlambat kan diberi pendedahan.
Bagus sekarang kurungan yang kurang upaya ini mendapat perhatian untuk kerja sama macam orang lain dan harap semua syarikat akan buat macam ni untuk bagi peluang pada mereka sama rata baru adil...
Sebrinah Yeo said…
That is so cool! I respect Starbucks for this! Their initiative on the sign language steps for customers to order is really cool and unique!
Aisasue said…
Love the initiative & saya memang peminat starbucks! Good job bebehhh

Popular Posts