Mendidik Anak Untuk Sentiasa Mempunyai Hati Yang Baik

Orang kata keperibadian anak adalah cerminan kita. Sebagai ibu, saya sentiasa cuba memberi contoh terbaik buat anak. Selain itu, saya tidak pernah lupa berpesan-pesan pada anak untuk sentiasa mempunyai hati yang baik dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.

Saya pernah menonton satu rancangan bual-bicara di dalam televisyen yang membincangkan topik "Apa yang kamu beri, kamu pasti akan mendapatkannya balik" - What you give, you will get back. Terutama dalam kehidupan berkomuniti dalam setiap apa yang kita berikan ianya seumpama permainan dominos, ianya akan memberi efek kepada orang lain. Contohnya seperti salah satu kisah yang dikongsikan daripada salah seorang panel, katanya "Saya sekarang sedang menyambung pelajaran peringkat PHD dalam bidang perubatan di UK. Jika dilihat pada sejarah beliau semasa kecil, hakikatnya dia adalah seorang pelajar yang corot dalam kelas dan daripada darjah 1 sehingga 3 diletakkan didalam kelas pemulihan. Tidak pandai membaca, hanya kenal huruf dan tidak pernah lulus dalam ujian mengira. Biarpun pada kosep asas. Namun berkat ada seorang guru yang hatinya sangat baik yang mahu pelajar-pelajar dari kelas mundur ini menjadi "seseorang". Guru ini sanggup menghabiskan masanya selepas waktu pengajaran memberikan kelas insentif secara percuma. Hampir setiap hari, tidak pernah mengalah dan tidak putus asa." Dan efeknya kini salah seorang anak ddiknya menjadi seseorang yang boleh dibanggakan. Bahkan ahli panel itu sendiri ingin meneruskan pengaruh hati yang baik ini dengan berjanji pada dirinya untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tidak kira dari aspek kesihatan dan sebagainya. Nah! Lihatkan betapa perlunya kita mempunyai hati yang baik kerana kesannya sangat hebat.

Berpeluang membesarkan anak sendiri, membolehkan saya meluangkan begitu banyak masa dengan mereka. Saya katakan pada anak untuk berbuat baik sebenarnya sangat mudah. Kita mulakan dengan 3 yang asas iaitu:-

1. Saling hormati dan berbuat baik sesama keluarga, jiran, rakan dan masyarakat setempat

Dilahirkan dalam keluarga yang besar. Memang perhubungan saya dan keluarga sangat rapat. Kami juga saling hormat menghormati dan bertoleransi dalam segala aspek. Dari perkara kecil sehingga besar/berat, kami sentiasa bermuafakat. Dan saya juga menerapkan nilai-nilai baik dalam diri anak saya. Setiap kali mereka menikmati makanan, saya galakkan berkongsi. Sikit sama rasa. Jika bermain ada pertelagahan segerakan berbaik. Diselesaikan secara baik tanpa ada rasa dendam.

Untuk keraian tertentu seperti sambutan perayaan dan sebagainya. Jika berpeluang saya akan membawa anak untuk berkongsi rasa bersama-sama anak yatim, warga tua dan sebagainya. Saya sememangnya tidak akan lepaskan peluang. Selain daripada mengajar mereka untuk lebih menghargai dengan kehidupan yang mereka jalani. Saya juga berharap anak saya dapat bergaul baik dengan golongan yang perlukan sokongan. Didik hati mereka untuk berbuat baik sesama insan.


2. Mencintai dan menjaga alam sekitar

Suami saya memang suka membawa anak-anak 'jungle trekking'. Untuk menghayati keindahan alam sekitar katanya. Saya pula suka mendedahkan anak tentang aktiviti yang kerap saya sertai ketika zaman remaja iaitu membersihkan kawasan tepi pantai, kawasan paya bakau dan sebagainya. Ini bagi memastikan eko sistem alam sekitar sentiasa terjaga dan terpelihara. Moga satu hari saya berpeluang membawa anak-anak saya menyertai program seperti ini.

3. Sayangi haiwan

Anak saya memang sayangkan haiwan jinak. Terutama kucing, arnab, burung dan hamster. Selain daripada faktor fizikal dan karektor haiwan tersebut yang sememangnya manja dan comel. Saya juga sering mendidik anak saya untuk sentiasa ada rasa belas dan sayang pada haiwan ini.

Menjaga haiwan ini dengan penuh kasih-sayang. Dan paling penting jangan abaikan makanan harian mereka.

Gambar throwback 5 dari 7 anak saya ketika mereka masih kecil. Kini semuanya sudah besar, bijak dan pandai membuat keputusan sendiri. Saya juga selalu memberi galakan pada anak untuk ada sikap suka menderma pada mereka yang memerlukan. Jangan tanamkan sifat kedekut dan penting diri sendiri. Sekiranya ada baju masih elok dan tidak mahu diguna mahupun permainan yang elok dan  tidak lagi mahu dimain boleh diberikan kepada rumah kebajikan atau rumah perlindungan yang memerlukan.

Mungkin sumbangan kita kecil, tetapi yang menerimanya sudah merasai besar kenikmatannya.

Jom bawa anak-anak untuk sertai projek-projek amal (volunteer project) yang boleh mendidik mereka untuk sentiasa berbuat baik sepertimana Kidzania yang sering menganjurkan Program Amal sebagai salah satu tanggungjawab sosial terhadap komuniti.
  
Didik hati anak untuk berhati baik pada siapa sahaja,
Kita akan turut berkongsi rasa bahagia.

Comments

mama tisya said…
setuju tu keperibadian anak adalah cerminan kita...nk plak kalo ank ramai..cara didikan sure berbeza2 mengikut ragam ank2 kn..yg penting ibu bapa dpt memberi didikan yg terbaik utk ank2. aktiviti volunteer dr kidzania ni bgs juga bagi ank2 explore
Dunia Farisya said…
betul tu.baik didikan kita,insyaAllah baiklah perilaku anak kita.nak besarkan anak bukan semudah mencurah air kedalam jug.semuanya memerlukan usaha yang berterusan disulami dengan kesabaran dan keikhlasan.
Faries said…
Ibu bapa tu role model kepada anak2. Apa yang mak ayah buat atau ajar itulah yang akan anak2 terapkan dewasa nanti. Sebab tu sejak kecik lagi dh kene terapkan benda2 bermanfaat untuk anak2 sbb. minda tengah berkembang.Bagus perkongsian ni kak ayu.
Shesyira As said…
setuju sangat memang sepatutnya dari kecil dah bentuk keperibadian anak, so besar nanti tak ada la jadi bukan bukan sebab dah boleh fikir dan dah ajar dari kecil
Ibu Syurga said…
Anak anak adalah ibarat kain putih, sebab kita sebagai ibu bapa yang akan menjadikan mereka majusi atau nasrani
Fadzi Razak said…
Bagus jugak kalau dari kecik lagi kite bagi anak-anak join program volunteer macam ni. Banyak yang diaorang boleh belajar
Lia Hasty said…
Bagus semua tips ni boleh saya amalkan dalam kehidupan seharian dan bekeluarga nanti. Yes memang sometime rasa perlu ke buat baik dgn org yg buruk dgn kita. Tapi percaya lah ada balasan baik untuk kita kan
Mama Hakim said…
Senang nak mengajar dan meleter, tapi anak anak memerhatikan tindak tanduk kita lebih dari kata kata kita. sebab tu ada misalan action speaks louder than words kan
sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan. anak-anak mudah mengikut lebih-lebih lagi ketika masih kecil. kita yang dewasalah mengajar mereka untuk memiliki hati yang baik.

www.maisarahsidi.com
Maha Mahu said…
Sebab tu ada pepatah mengatakan melentur buluh biar dari rebung maksudnya didik sifat baik dalam diri anak-anak sejak kecil sebab kita sendiri dah dilatih dalam diri kita sejak kecil jadi bila besar nak buat yang melanggar sesuatu rasa bersalah sangat...
Along Murni said…
AM sangat setuju dgn cara kak ayu mendidik anak2.. nak anak jadi org berguna harus kita menunjukkan contoh dahulu.. setiap tingkah & kata2 kita adalah cerminan ada anak2.. harap anak2 kita menjadi manusia berguna yg akan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara hendaknya.. Insyaallah 💖💖💖💖
Seriwangi said…
Mendidik anak perlulah dgn penuh kasih sayang tp tegas dlm mendidik mereka dari kecil lg.
Nadia Johari said…
Respek dengan kak ayu..anak sekarang dah 7 , kak ayu mampu jaga, didik mereka dengan baik..betul kak ayu cakap, nak anak elok perangai, mak ayah kene tunjukkan contoh..
JMR said…
Wah Kidzania pun ada program volunteer gak ek. Bagus didik anak dengan benda-benda macam ni..at least, diorg dapat something yg berfaedah..sbg makpak pun kenalah support dan tunjukkan diorg perkara elok macam ni kan
idayu nim said…
Betul lah kata orang2 tua, Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Bagus cara kak ayu didik dan pupuk nilai murni pada ank2. Setiap parents ada cara tersendiri untuk mendidik anak2 mereka. Good sharing sis
Hanny Abdullah said…
Ya betul tu..dr kecillah kita kena didik anak2 ni nilai2 murni. Sekurang2nya dorang tahu mana baik n buruk. Org kata melentur buluh biarlah dr rebung. Masih dlm jagaan kita..mmg kena beri perhatian sepenuhnya kat diaorg..dh besar nanti pandailah depa pikir
Mawardi Yunus said…
setuju sangat dengan poin-point tu. nak mendidik anak-anak ni kena dari kecil. salah didik habislahkan. btw menarik betol program volunteer kidzania tu

Popular Posts