Pengalaman Tengok F1 di Singapura : Part 1

Rasanya semua kenalan rapat saya tahu yang Dedet (hubby) memang gemarkan sukan perlumbaan kereta F1. Jika tahun sebelum ini, Dedet rajin tonton secara live di Sepang Selangor. Tetapi bermula tahun 2018, penganjuran F1 dah tak ada di Sepang. Tapi Dedet ok jer, sebab katanya menonton menerusi TV di rumah pun seronok dan selesa.

Muka excited sampai kat Changi Airport :-)

Kebetulan saya ada ternampak peraduan Menonton F1 di Singapura yang mana semua tiket flight, penginapan ditaja dan saya memang beria nak menyertainya untuk Dedet. Tapi memang saya hantar satu penyertaan, saja untuk cuba nasib. Kena beli produk Glade terbaru dan bergambar dengan produk tersebut dengan kreatif.

Siapa sangka ada rezeki untuk memenangi peraduan tersebut. Alhamdulillah. Tqsm Glade Malaysia.



Kami bertolak hari Ahad 16.9.2018, flight pukul 12pm tengahari. Anak-anak saya dah siapkan semuanya terutama sarapan pagi. Dan tengahari adik saya Hawa akan datang amik anak-anak untuk bermalam di rumah beliau. Anak pun sebenarnya telah disediakan aktiviti (adhoc) seperti mandi kolam, tengok konsert Didi. TQ Mak Bik dan Uncle Pary yang tolang jaga dan melayan anak-anak, hehe. Oh ya! Anaqi sedang dalam minggu peperiksaan percubaan SPM, so beliau dia ada belajar 
secara kumpulan dan saya benarkan beliau untuk tidur di rumah rakannya.

Diberikan 1 malam penginapan di Parc Sovereign Hotel - Tyrwhitt yang bagi saya lokasinya agak strategik untuk orang seperti saya dan Dedet yang suka berjalan-jalan kaki melihat tempat orang,  hahahaha.

 Kami dapat Deluxe Room yang mempunyai balkoni taman.

Memang port best untuk lepak-lepak dambil berOOTD, hehehe.

Pemandangan di bilik bersebelahan. Semuanya mempunyai balkoni garden. Cantikkan.

Keluasan bilik sederhana. Okla untuk kami yang datang berdua, hahaha.

Seperti hotel lain lengkap dengan kelengkapan asas seperti tv, tuala, shampoo, berus gigi, peti ais mini dan sebagainya. Cuma bilik air dia tak adalah hos (getah paip), hahahaha. Orang melayu Malaysia kan jenis bercebok semua. :P

Oh ya! Perjalanan dari hotel memang dah ada orang datang menjemput. Jadi lepas jer check ini, terus kami decide nak cari makan tengahari. Dekat kawasan berdekatan banyaknya gerai dan kedai makanan Cina. Cuma ada satu kedai melayu (jauh sikit) iaitu Mr Melabar Cafe. 

Itupun lepas kami terjumpa dengan penduduk tempatan dan bertanyakan tentang restoran melayu yang berhampiran. Kedai ni biasa jer suasananya cuma tidak nafikan masakan panas dia semua sedap-sedap. Nasi goreng, mee goreng memang cukup rasa dan sedap. Kiranya makan kat situ memang puas hati, harga dalam SGD4.50 sepinggan. 

Lepas makan terus balik hotel. Bersihkan diri dan bersiap-siap untuk pergi ambil tiket F1 dan tonton perlawanan. Bila tengok 'map', bolehah nak jalan kaki. agak jauh tapi kami lagi excited nak berjalan-jalan sambil tengok kawasan sekeliling.

Dan kalau perasan dekat Singapura memang banyak meletakkan basikal untuk kegunaan awam yang kalau nak naik kena masukkan kad/coin (tak sure pulak).

Orang kata bila jauh perjalanan luas pemandangan. Memang  betul korang. Macam-macam jenis manusia kitaorang jumpa dalam perjalanan dan juga variasi bangunan yang sempat kami lihat dan terjah.

Dari Arab Street, jalan...last-last sampai di Bugis Junction. Dekat kawasan ni memang kelihatan ramai pelancong luar negara. Mungkin juga berdekatan dengan kawasan ini terdapat banyak hotel seperti Marriot dan pelbagai lagi (jenis hotel 5-6 bintang).

Kitaorang kena amik tiket ni sebelum pukul 7 malam. Punyalah berlari-lari mencari tempat khas untuk mengambil tiket. Dengan sesat bagai, hahahaha. Tiket kena ambil di Raffles City Convention Centre Swissotel The Stamford.

Lepas dah dapat tiket tu, memang rasa lega sangat :-)

Kemudian kitaorang berjalan-jalan di kawasan perlumbaan F1 yang mana sedia maklum ianya diadakan betul-betul di pusat bandar. Jadi banyak tempat menarik kitaorang dapat lihat dan bergambar.

Orang kata kalau datang Singapura, wajib ke tempat ini. Betulke? Hehehe...

 Kalau waktu malam lagi cantik tempat ini, katanya.

Tiket kitaorang dekat area PADANG Grand Stand. Sampai jer terus Dedet ajak tengok kawasan duduk dulu. Sebab masa sampai tu orang memang dah ramai, nanti dekat-dekat masa mula perlawanan lagilah ramai.

Biasalah kalau di acara F1 memang akan diadakan konsert. Jadi untuk F1 2018, giliran penyanyi hot Dua Lipa membuat persembahan. Memang ramai giler, orang tonton. Paling kagum, Dua Lipa ni boleh menyanyi hampir 2 jam non stop hokeh. Dia punya energi memang mantap. 

 Macam-macam booh ada kat sini. Ada jualan makanan, jualan cenderahati F1 dan pelbagai lagi. Tapi booth paling ramai beratur adalah di sini - Complimentary Tattoo....Huhuhu

Kitarang sempat main pelbagai jenis games kat situ. Lepas main games dapat freebies percuma, hahahaha. Perlawanan start pukul 8.10 malam. Rasanya semua kawasan penuh dengan penonton. Agak sempit jugaklah duduk dekat Grand Stand. Tapi yang meriahnya suasana kat situ. Kita akan lihat masing-masing akan pakaibaju  ikut team yang mereka sokong. Walaupun sokong team berlainan tetapi tetap duduk dan bersorak dalam keadaan harmoni, hahahahaha.  

Seronoknya perlawanan malam dia tak panas sangat kalau berbanding waktu tengahari. Tapi yang kurang best bila perlawanan keliling bandar dia tak nampak secara keseluruhan kereta bertarung antara sama lain di litar. Hanya kita nampak bila dia melalui kawasan kita menonton tidakpun melalui skrin besar yang telah disediakan.

Habis dalam pukul 10 lebih malam, terus kami bergegas pulang. sebabnya kami nak berjalan kaki ke hotel dan  ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit juga. Dengan ramainya manusia di atas jalan yang semuanya berlumba-lumba nak balik ke hotel.

Tapi memang meriahlah dengan kehadiran bunga api yang cantik dan berwarna--warni di ruang angkasa.

Sepanjang laluan balik, saya dapat lihat banyak lukisan cantik dan menarik.

Rasanya ini kedai kamera. Tapi sangat cantik bangunannya. Rekaan seolah-olah sebuah kamera.

Unik juga mural ini. Gambar seorang kanak-kanak dan seekor kucing.

Otw balik lalu di Kafe Mr. Melabar sekali lagi, terus order mee goreng dan roti canai. Sebab perut pun dah start laparkan. Sampai hotel memang kaki kejung giler sebab satu hari berjalan.

Memang malam tu tidur lena habis sebab kepenatan yang amat, hehehe.

Pengalaman Tengok F1 di Singapura : Part 1 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 24, 2018 Rating: 5

18 comments:

  1. Wahhh untung lah Ayu..masuk apa contest kebanyakkan mesti menang, dapatlah tgok FI kat Singapore..fuhh bertuah sungguh, bukan murah weii. Banyak tak shopping kat singapore tu? Sis kalau masuk sana..jarang shpping..mahai, just masuk tok makan n jenjalan je

    ReplyDelete
  2. I just love your blouse jean so pretty! SG long time no go, last time went when I was preg youngest. Hehe.. thanks sharing many pic, love them all.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kakkkkk..tapi akk memang selalu ada luck utk menang apa2 contest kan? Happy tgk akk hehhe..suka la husband akk ek leh tgk F1 live kat singapore..sambil tu leh makan angin bawak anak-anak..

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat sponser macam ni.murah rezeki.bilik hotel dia pun cantik dan nampak selesa.

    ReplyDelete
  5. Murah rezeki akak. Saya tak minat pun F1 ni. Tapi kalau jenis suami minat, kite support je la kan. Teman kan dia.

    ReplyDelete
  6. Jauh berjalan sampai ke singapura untuk tengok sendiri perlumbaan formula satu kan. Wah.. semangat sungguh ya sis. Mesti seronok dapat pergi dengan suami

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnya dapat menang tiket free ke negara org utk melihat formula one. bukan calang2 org boleh dapat peluang mcm nie. tahniah kak ayu !

    ReplyDelete
  8. Ada lagi yer F1 kat Singapore ini ingatkan dah tak ada hehehehe untunglah dapat pergi sana ngan keluarga kita nak jalan sendiri pun tak sempat lagi.. Bising tak akak masa lumba tu maklumlah tak tengok F1 sangat awkakakaka

    ReplyDelete
  9. Looks like an amazing trip you had, I've only been to F1 in Malaysia once, it was real fun back then, will try the Singapore one next year!

    ReplyDelete
  10. baru part 1 da buat aida rasa teruja!
    best la dpt ke sana, hadiah plak tu. beruntung!!!
    aida teringin nak berjalan ke spore.
    uss tu tak minat nak gi lagi, sebab Izzat masih kecik.
    just, masih survey lagi spore tu, boleh ke gi balik hari jer.
    spore is nice. spore is ohsem.

    ReplyDelete
  11. Wahhh beruntungnya kak ayu, menang tiket f1 tuu..lagi syok dapat sposer a to z. Memang teringin nak pergi singapore, sebab negara dia bersihkan..dah pasang niat tapi bila ntah nak sampai huhu

    ReplyDelete
  12. Wow..bestnya..i xpernah sampai spore lagi..mcm best ja kalau ajak husba d pi sana hujung thun ni..tempat akak stay tu bestnya..siap ada balkoni bagai tuuu

    ReplyDelete
  13. wah.. betsnya dapat pi singapore.. TB tak pernah jejak ke sana lagi tapi dengar cerita singapore ni berish sangat.. dah la bersih.. selamat kata diorang.. tak pasti la betul ke tak.. kes kecurian ke takde kan? betul ke? lagi stau nak komen... Deluxe Room ada balkoni taman tu lawa gilerrrrrrr...

    ReplyDelete
  14. Murah rezeki kak ayu..selalu menang contest..gembira husband akk ye dapat apa yang dia nak..hehehe..pulak tu boleh berhoneymoon berdua jalan2 singapore..syokla..hehehe..

    ReplyDelete
  15. Memang best! F1 in Singapore is in the city so you don't have hassle to travel far for the race.

    ReplyDelete
  16. TEringat zaman medical standby dekat sepang dulu.panas ceng2 weh.Tapi tgk kak ayu rilek je p tgk f1 dkt singapore.isss jelesnya hahaha

    ReplyDelete
  17. Wah beruntungnya dapat tengok F1 kat singapore. ni salah satu wishlist Lia gak tau. Tapi harga tiket menakutkan je. takpe mana tahu tahun depan kan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.