Filem Operasi X 2018 Bakal Meletop di Pawagam Pada 1 NOV 2018

Masa mula-mula tengok tajuk filem ni..terfikir juga kenapa diberikan judul OPERASI X, tidak OPERASI Y mahupun OPERASI Z....Kenapa mesti X? Hahahahhaahhaha

..
..


Random


..
..



[X] ini satu huruf yang dapat mempertejermahkan sesuatu yang suspen, ingin tahu sepertimana yang sering kita gambarkan kepada perkataan Xtrem, Xtra, Xplode, Xploitasi, Xperimen dan banyak lagi. 


Sejujurnya saya memang teruja untuk menonton filem Operasi X ini. Dengan membariskan pelakon lama yang cukup dikenali sehingga kini seperti Dato' Awie dan Dato' Aaron Aziz. Kehadiran Datuk Yusuf Haslam yang cukup senonim dengan watak Ketua Polis secara tidak langsung menjadikan filem ini antara Filem Terbaik 2018. Antara pelakon lain yang turut menjayakan watak didalam filem aksi ini seperti Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Gbob, Rahim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah,Rafizah Shima dan Zaidi Omar. Dan untuk pengetahuan korang semua, Operasi X adalah sebuah filem aksi terbitan Dream Pictures Production dibawah arahan pengarah Sandosh Kesavan.

Filem ini mengisahkan seorang Assistant Superintendent, iaitu ASP Redzuan yang mula hilang kepercayaan terhadap pasukannya apabila dia menyaksikan sendiri di depan mata kematian rakan baiknya, Inspektor Aman. Lebih menyedihkan kawan baiknya itu dipercayai telah dibunuh oleh pihak polis. Redzuan seterusnya membawa diri dan tidak berhubung dengan sesiapa. Beliau telah tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Atas arahan ASP Redzuan kemudiannya telah ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. 


Jika biasa kita melihat watak Awie sebagai seorang pemuda naif, kelakar dan jiwang, namun untuk filem ini Awie memegang watak antigonis iaitu Belut. Melihat karektor Belut mungkin juga kita boleh bayangkan beliau seorang yang sangat berpengaruh sebagai taikun. Sentiasa segak berpakaian kemas dan mempunyai sifat keprihatinan yang tinggi seolah kita boleh gambarkan ianya seperti watak Godfather, ketua mafia yang disegani.

Biarpun sudah berlambakkan naskhah di layar perak berkisarkan dunia jenayah, polis dan sebagainya tidak menghalang keterujaan saya untum menonton Operasi X. Ini kerana filem ini turut mempertengahkan isu kekeluargaan, cinta, persahabatan dan paling utama adalah kisah semangat pejuangan yang tinggi. Boleh dikatakan intipati cerita yang mampu memberi inspirasi serta motivasi kepada masyarakat secara amnya.


Saksikan trailer Operasi X  Filem Terbaru 2018 yang memang gempak! Penuh aksi dan debaran yang membariskan pelakon hebat lama dan baru. 


Filem Terbaru 2018 dari Dream Pictures Production bakal melancarkan Operasi X pada 1 November 2018. Dan saya pasti akan menontonnya bersama keluarga!

Keterangan lanjut mengenai filem Operasi X, boleh layari:-

Facebook

Instagram

Twitter
Filem Operasi X 2018 Bakal Meletop di Pawagam Pada 1 NOV 2018 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 31, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. its important to go for entertainment, glad that you are sharing this movie. this movie I no watch yet, got to ask my dear want to watch it or not.
    so fast it's gonna be Nov soon.

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita macam best dan menarik. Memang boleh buat orang tertarik nak tengok ni. Pelakon-pelakon pon semua hebat-hebat. Rasanya tak pernah tengok Awie pengan watak jahat lagi.

    ReplyDelete
  3. Eh besok keluarnya. Tak nampak pulak promosi filem ni. Tengok kak ayu post baru tau ada dieornag nak keluarkan filem ni

    ReplyDelete
  4. Alamak kita baru jer tonton trailer ni hehehe tapi menarik dan gempak gilerrr cuma mungkin ada sikit-sikit tu yang boleh dibaiki tapi gandingan awie dan aaron sangat best...

    ReplyDelete
  5. Wahh awie ke tu?? ni yang buta rasa nak tengok ni.. awie pegang watak gengster ye??

    ReplyDelete
  6. Good for Malaysia Film Industry for producing such a great movie. Can't wait to watch it with my children to support our own industry.

    ReplyDelete
  7. Gempak gila trailer operasi x ni. Nampak menarik untuk ditonton tapi ada beberapa part tengok tu macam tak real kena perbaiki lagi. Tapi so far tengok memnag menarik

    ReplyDelete
  8. Memang nak kena tengok ni sebab semua pelakon hebat-hebat. Harap ada aksi diluar jangkaan hehehe. Hairul azreen pun berlakon best.huhuhu.

    ReplyDelete
  9. Fuhh tengok trailer macam gempak je jugak kan movie ni, lagi2 ada my favourite jugak tu Dato Awie & Aaron Aziz. hehe. Diorang punya lakonan mesti terbaik kan. Nanti nk tengoklah movie ni.

    ReplyDelete
  10. dah lama ye aaron aziz tak berlakon.. sekarang ni banyak filem yang dibintangi pelakon handsome tapi berlakon tak seberapa. hehe.. harap2 filem ni best

    ReplyDelete
  11. wah ade tok wie lah ..

    ReplyDelete
  12. Kalau ada Awie, mesti best filem ni. Tambahan lagi dengan pelakon popular lain. If Dato Yusof Haslam memang selalu amik pelakon yg boleh bawak kutipan ke panggung. Byknye cerita atak sempat tgk lagi. layan trailer dululah.

    ReplyDelete
  13. Operasi X ni action movie ya, rasanya adik sy suka ni. Nnt blh ajak dia tengok skali.

    ReplyDelete
  14. Wowwww, macam gempak je bila tengok trailer dia. Nanti bila dah keluar kat cinema nak pi tengok la. Hihi. Tak sabar pulak rasanya.

    ReplyDelete
  15. This movie sounds really exciting, I'll watch it in the cinema to support our local film makers.

    ReplyDelete
  16. apapun citer, kena tgk pelakon nyer.
    mantop semuanya. tarikan pertama!
    then, harap sgt citer nya pun menarik, kan.
    lama dah tak tgk aaron aziz dipanggung :)

    ReplyDelete
  17. Filem ni 1 November kan kak. Jom tengok kak. Sebab ada pelakon hebat. Saya suka cerita also mcm ni. Harap tak mengecewakan. Sebab saya baru ada mood tengok filem melayu after Munafik dan Paskal. Haha

    ReplyDelete
  18. Mesti best cite lasak2 nice nk tgk awie pegang watak lain plk

    ReplyDelete
  19. great operation? X ni looks mysterious.. looks like it's a great show... jom jom go watch..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.