Gaya Hidup Aktif Anak-Anak Saya Bersama TOP Odour Buster


Bersenam dan beraktiviti luar rumah merupakan salah satu aspek penting dalam menjalani gaya hidup yang sihat. Dan tidak dinafikan anak-anak apabila mereka dapat bermain di luar terutama di taman permainan, mereka akan kelihatan lebih ceria dan aktif. 

Dan tidak dinafikan setiap kali anak bermain diluar, pakaian mereka akan menjadi kotor dan berbau. Malangnya, walaupun selepas membasuh dengan bahan pencuci biasa, bau peluh pada pakaian mereka masih melekat. 

Kini, saya sudah ada penyelesaian untuk meneruskan gaya hidup sihat dan dapat mengatasi cabaran untuk membersihkan pakaian yang berbau itu.

Kenalkan TOP, jenama bahan pencuci No. 1 di Malaysia dengan varian TOP Odour Buster menggunakan teknologi Micro-Clean Tech™ yang canggih mampu menghilangkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi.

Rahsia kemampuan TOP Odour Buster menghilangkan bau yang tidak menyenangkan ialah teknologi anti-sebum TOP Micro-Clean Tech™. Ia berfungsi menarik keluar kesan peluh, sebum dan molekul-molekul lain yang terperangkap di dalam fabrik. Formulasi yang revolusionari itu turut mengekalkan fungsi bahan pencuci TOP Anti-Malodour dan Anti Debu-hama yang sudah diketahui serta dipercayai oleh rakyat Malaysia.

Kesan peluh dan sebum (minyak badan) serta molekul-molekul lain yang terperangkap menyebabkan warna kuning pada fabrik putih dan berwarna cerah, selain menyebabkan warna fabrik nampak kusam. Sisa peluh dan sebum yang diurai oleh bakteria menjadi punca utama bau kurang menyenangkan pada bahagaian ketiak, lengan dan kolar, walaupun selepas pakaian dicuci.

Hanya dengan satu basuhan menggunakan cecair pencuci TOP Odour Buster diperlukan untuk mengembalikan kesegaran fabrik, walaupun ia dibasahi peluh. Dengan adanya teknologi pencuci Micro Clean Tech™ ini, ia mampu menghilangkan kesan peluh yang terperangkap dan menghalang 99.9% peratus bakteria daripada membiak. Air basuhan akan menjadi lebih keruh kerana bau peluh dan sebum serta molekul-molekul daripada kotoran dibersihkan sepenuhnya.

Jimat tenaga, masa dan juga duit belanja dengan pembelian terbaik sabun Top!

TOP Odour Buster boleh didapati di semua peruncit seluruh negara dalam pek 1.8kg, 2.7kg dan 4kg.

Info: Para peserta acara Score Run, Spartan Race dan Brooks KL City Run berpeluang merasai sendiri keupayaan cecair pencuci TOP Odour Buster, dimana TOP merupakan salah satu penaja perlumbaan larian tersebut dan menyediakan TOP Odour Buster 300g kepada lebih 40,000 orang peserta. Memandangkan para peserta larian akan kuat berpeluh, maka TOP telah menguji varian cecair pencuci Odour Buster ini. Maklum balas yang diterima daripada peserta larian yang telah menggunakan produk tersebut nyata amat positif.

Comments

Popular Posts