Luminata Wangian Terbaru Dari Avon Memang Best!

Pertama kali saya melihat Luminata saya sudah jatuh cinta kepada rekaan bersegi botolnya. Apatah lagi dengan kehadiran loket kristal Swarovski menjadikan ianya wangian yang begitu esklusif. Comelkan :-)

Sedikit sahaja semburan, sudah ketara wangiannya. Gabungan daripada aroma buah-buahan seperti rasberi segar, nota dari bungaan peony kristal putih serta sedikit sentuhan vanilla berkrim menjadikan ianya satu pakej aroma memikat yang cukup sempurna

 Aroma yang memberi inspirasi buat wanita dalam mengharungi dunia yang serba mencabar. Mampu memberi ketenangan dan semangat setiap kali bersama wangian Luminata. Wangian yang terbaru dari Avon Malaysia ini telah dilancarkan pada 1 Oktober 2018 dengan harga RM103.80 untuk Semenanjung Malaysia, RM119.35 bagi Sabah dan Sarawak.

Boleh dapatkan dari wakil Avon di seluruh Malaysia ataupun di Butik Kecantikan Avon ya!

Oh ya! Sempena dengan pelancaran Luminata Eau de Parfum, pihak Avon Malaysia juga bermurah hati untuk memberikan gelang kristal Swarovski (bernilai RM1,000) kepada 10 pemenang bertuah tau. Untuk keterangan lanjut boleh layari ;

Comments

mummy_ayu said…
wah..cantik botol dia. wangi ek? leh try ni..
Anonymous said…
eh serious la ni perfume baru avon? bila baca nama perfume ni awal2 tak expect pun keluaran avon. hehe. emi sejak zaman sekolah memang suka beli barangan avon. sejak dh kerja ni lama dah tak membeli kat avon.
Kelas ada loket swarovski ni. I pun suka wangian ni. I suka pakai waktu nak tidur. Pakai sikit je la u. Lena tidur kemain. Hehe. Kalau nak jalan tu i pakai juga tapi sikit je. Tak mo la dari jauh dah bau wangi. Hehe
adianiez AIDA said…
aida pernah menjadi pengguna perfume avon for years tau.
w.o.e melekat di hati.
just, now ni, da berubah ke wangian yg lain.
avon byk pilihan. sgt best. harga pun affordable sgt sgt.
rohani ani said…
Wow.. cantiknya botol dia siap ada loket lagi. Memang terbaiklah Avon sentiasa mencari dan memenuhi citarasa pengguna masa kini. Barang2 Avon ni kan semua golongan pakai jadi semua peringkat umur sesuai. Nk cuba lah.
Ciklily Putih said…
amboi terus tergoda hati ahkak bile baca review ko ni nokks, avon ni memacam ade ek
Lia Hasty said…
Lama betul tak beli produk Avon. Ingat lagi dulu kalau nak beli mesti kena tengok catalog then order. Memang legend tapi produk ni lama dari dulu lagi. Nak beli & cuba perfume ni pulak
Betty Liew said…
The packaging of the perfume look nice and suitable for a gift. And easy to bring out and use anytime
Nadia Johari said…
cutenya bungkusan dia..mesti bau tahan lama kan..menarik sangat..nanti nak carilah dekat avon..sebelum ni beli syeliner je kat avon..
Rodiah Amir said…
Dah lama tak membeli dari Avon. Dulu selalu kawan-kawan tunjuk katalog lepas tu cium-cium bau dari katalog tu. Hadiah gelang untuk dimenangi tu macam best la pulak. 10 orang tu mana tahu rezeki.
Auni Sofea said…
Baru beberapa minggu lepas saya terima sampel minyak wangi dari avon tapi tak ingat apa nama bauan tu. Wangi dan lembut..nanti kalau dah habis, nak singgah tengok di avon lah..
qaseh dalia said…
rindunya perfume Avon , kalau dulu selalu tengok katalog , yang glemer dulu butterfly hehe nak kena survey gak ni ..
Maha Mahu said…
Wangian lelaki last hari tu jer sempat cuba hehehe memang Avon selalu keluarkan produk baru dan cepat ni ok lah hehehe kita dah bau memang wangi dan menarik ni...
Cik Min said…
Macam best je ni kak..heheh ingat masa kecik2 dulu mmg dah pemes brand avon ni. Tp semua wangian dia mmg best kan kak..nak try la yg terbaru ni plak heheh
Khai Artzfar said…
dulu kalau mak beli barang avon, mesti nak curi buku dia sebab kadang2 ada bau pastu suka main cop - cop hahah wangian avon ni mmg wangi!
Solihin Wahid said…
luminata baru dari avon. nampak menarik bau macam sedap. boleh jadi hadiah untuk buah hati ni.
Syafiera Yamin said…
Dulu I pernah kerja kat Avon, sekarang makin lama makin banyak produk yang dikeluarkan dari Avon kan.. latest pun beli magic lipstick... minyak wangi pun agak famous di Avon ni... botol packaging ni sangat cantik hehe
dr-Life said…
this brand was a very long brand in MLM market and they never stop having nice products. this perfume looks nice and would love to try it my own.
Sarah Amirudin said…
cantiknya perfume baru avon! mak mertua salah sorg agent avon. nnt bole la minta dia tester skit. nk tahu juga bau dia mcmana. hehehe

Popular Posts