Night of Fright 6, Malam Penuh Kejutan dan Semakin Seram!

Tahun ke-6 hokeh. Tak pernah jemu kitaorang join Night of Frights(NOF6) di Sunway Lagoon. Setiap tahun, kehadiran hantu mereka tidak mengecewakan. Hahaha. Gempak-gempak giler. Yang menariknya, setiap watak hantu yang dibawakan kebanyakan mengikut trend hantu yang HOT diperkatakan. Serius kita tidak akan pernah bosan untuk menghadiri NOF setiap tahun.


Untuk tahun 2018 acara NOFL6 akan bermula dari 28 September sehingga 31 Oktober 2018.  Jom rasai sendiri pengalaman memasuki rumah hantu yang paling mengerikan terutamanya di Wendigo – The Legend In The Mist, Phobia: Coulrophobia – The Fear Of Clowns, Slaughterhouse 13, Scarytales Theater, Horrorwood Studios Wax Museum Of Monster, Ghost Face – The Face To Make You Scream In UV3D, JAMPI, Enclave Of Torture.

Sebenarnya jika dilihat di setiap zon hantu NOF6 mempunyai kisah lagendanya yang tersendiri.

 Wendigo – The Legend In The Mist
Kawasan yang dikatakan cukup terkenal dengan mitos raksasa. Dikatakan  Wendigo ini adalah roh kejahatan karnibal yang dahagakan darah manusia. Tidak kira banyak mana mereka menghirup darah manusia, mereka akan sentiasa terus berasa lapar dan dahagakan darah manusia. They are hungry. For you.
 Phobia: Coulrophobia – The Fear Of Clowns
Clown! Mereka sentiasa berada didalam ingatan anda. tiba-tiba teringat filem IT, hehehe. Kita rasakan clown akan membuatkan kita rasa bahagia dan gembira. tetapi di NOF6 sama sekali tidak ya :p

 Slaughterhouse 13
Melawat rumah penyembelihan Chan yang dikatakan ditutup lama setelah ianya terbiar selepas salah seorang pekerjanya Lee Lee Chong  menemui satu tubuh yang tak bernyawa tergantung di dalam peti sejuk beku. Ianya juga dikaitkan dengan misteri kehilangan Calvin Chan anak yang dibuang oleh keluarga Chan.

Keberanian anda akan teruji dengan kehadiran 'apocalypse' di Zombie Zoo. Berkeliaran binatang zombie yang tidak boleh dikawal. kita juga boleh menyaksikan kisah-kisah hantu melalui video di SCARYTALES.
Pocong, hantu epik!

The Nuns

Seperti Hollowen di New York! Di mana perkhidmatan GHOSBUSTERS diperlukan untuk menangkap hantu-hantu di bandar. Begitu juga dengan HORRORWOOD STUDIO WAX MUSEUM OF MONSTERS yang akan menemui karektor hantu paling seram yang pernah ditayangkan di filem.

Bila kita masuki zon JAMPI, kita akan bertemu dengan Ahli Sihir Salim, Dukun Melayu, Bomoh India dan Cina. Dan ketakutan juga akan menguasai di ENCLAVE OF TORTURE yang mana disini berlakunya tempat penyikasaan yang kita akan lihat mereka dengan wajah yang menakutkan penuh penyiksaan.







Banyak sebenarnya jelmaan hantu di NOF6. Setiap karektor mempunyai ceritanya yang tersendiri.

Jom jumpa mereka-mereka ini di NOF6 Setiap Jumaat hingga Ahad yang bermula pada 28 Spetember 2018 sehingga 31 Oktober 2018, bermula dari jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam. Dan ianya hanya dibenarkan untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas. Harga tiket adalah RM69 sahaja.

Keterangan lanjut boleh layari:-
www.sunwaylagoon.com
www.facebbok.com/sunwaylagoonmalaysia

Comments

Rawlins GLAM said…
Sedih sebab tahun nie tak dapat jemputan. Adakah aku semakin kurang menakutkan? Please next time jemput aku ye Ayue.
hehe.. indeed looks fun and scary at the same time. this year I didn't go son has got class to attend.
mummy_ayu said…
tidak la, kalau Ayu..penakut la katakan. dulu pegi kidzania masa holloween pun..terkejut2 bila terserempak ngan group hantu. Iris pun ikut Ayu..he he he..

Popular Posts