Promosi Deepavali di Lulu Hypermarket Kembali Lagi | Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Sempena Ulangtahun ke-2




Dalam banyak pasaraya di Malaysia, Lulu Hypermarket & Department Store antara menjadi kegemaran saya untuk membeli-belah terutama barangan dapur. Pasaraya yang  terletak di pusat bandar ini bersebelahan dengan Jakel Mall dan Galeri Ariani turut menyediakan kemudahan parking kereta yang banyak.


Bersempena dengan perayaan Deepavali tidak lama lagi, Lulu Hypermarket & Department Store telah mengadakan Jualan Murah bermula daripada 19 Oktober seingga 6 November 2018. Harga yang ditawarkan cukup berpatutan dengan potongan sehingga 70%. Ini termasuklah barangan dapur, pakaian, elekrtik dan pelbagai lagi.

Selain itu, pada 2 sehingga 4 November 2018, promosi Flat 50% untuk semua produk fesyen termasuklah kasut dan beg tangan. Dan kalua korang memang mencari kain Saree, Punjabi, Kurta dan pelbagai lagi, boleh dating ke Lulu dan lihat sendiri harga yang ditawarkan dan paling penting banyak betul pilihan yang boleh dibuat.

Alan-alang hari itu, saya mencari kain Saree singgah juga melihat barangan dapur di tingkat bawah. Serious! Sangat berbaloi terutama pada 'hot' item yang diberikan promosi sepeti minyak masak, milo dan banyak lagi.





Banyakkan pilihan di sini. Paling best, promoter di Lulu ini memang sangat membantu terutama dalam kita membuat keputusan memilih kain dan cara hendak menggayakannya.


Cantikkan kain Saree yang digayakan oleh Cik Lily Putih, heheheh

Daripada harga mahal sehinggalah pada harga kain Saree yang murah semuanya ada ditawarkan di sini. Terpulang kepada selera dan bajet pembeli.

Ini pula aksesori khas untuk gayakan Bersama pakaian saree. Cantik-cantikkan :-)



Banyak juga koleksi kasut dan beg tangan yang boleh dipilih di sini. Memang rambang mata memilihnya.

Saya juga memang teruja nak membeli barangan dapur di sini. Selain daripada faktor kesegaran terutama sayuran, ikan dan daging. Barangan rumah seperti sabun pencuci pakaian, produk anak seperti sabun mandi bayi dan pampers, makanan sejuk beku dan pelbagai lagi juga ada ditawarkan pada harga cukup berbaloi.


Seronok shopping di Lulu! Memang puas hati apabila dapat membeli mengikut bajet yang telah diperuntukkan oleh suami, hehehe.


Oh ya! Bercerita tentang shopping di Lulu, seperti yang kita ketahui pasaraya ini telah mengadakan Peraduan Cabutan Bertuah bersempena dengan Ulangtahunnya yang-2 baru-baru ini. Ianya adalah bertujuan bagi menghargai pelanggan-pelanggan yang telah datang berbelanja di sini. Dan satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi meraikan pemenang bertuah pada 20hb Oktober 2018 bertempat di  Lulu Hypermarket & Department Store.


Sebanyak 200,000 penyertaan telah diterima. Dan terdapat 2 sesi cabutan bertuah iaitu pada 14 Julai 2018 dan 8 September 2018.

Pemenang Hadiah Utama iaitu kereta Myvi.

Pemenang Hadiah Motor Yamaha Lagenda 115z

Pemenang telefon pintar Huawei P10

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Puah Hajjah Fouziah Ghous bersama keluarga. Ini juga adalah bersempena dengan pelancaran jualan produk sarang burung FG Walet yang akan mula dipasarkan di Lulu Hypermarket & Department Store.


Terdapat 3 jenis varian iaitu aloe vera, longgan with honey dan juga Wolf Berry.



Harga asal adalah RM15, namun sempena promosi dijual pada harga RM9.90 di Lulu Supermarket.

Muka gembira selepas berbelanja di sini. Tidak sabar menantikan pembukaan Lulu Hypermarket & Department Store di Shamelin, Setia Alam, Perling Mall dan Bangi Gateway. Dan perancangannya akan membuka 10 cawangan untuk 5 tahun akan datan. Best giler!
Promosi Deepavali di Lulu Hypermarket Kembali Lagi | Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Sempena Ulangtahun ke-2 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 22, 2018 Rating: 5

16 comments:

Kylie Cre8tone said...

I nampak photo u, yang trying out red sari tu.. so cute.. hahaha~~ great place to shop!

Amanda Suria said...

Bukan main lagi si ayu ni ha...best betul la berbelanja..wow..Lulu hypermarket menghargai pengunjung la..ada contest rupanya..tahniah kepada yg menang kereta..lepas ni boleh la shopping kat Lulu

Nur afiqah said...

Kenapalah lulu Hypermarket ni takde kat sini..sedih i..best shopping kat sini kan,harga dah lah murah,memang sesuai untuk berbelanja sambil berjimat.

Minionlicious Enterprise said...

Wah..meriahnya kak..kte pernah masuk sekali je kat Lulu Hypermarket ni..tau harga barang-barang kat sini murah tapi jauh nau kte kat klang ni nak gi..anyway bestnya pemenang tu hehehe

sya mimie said...

Kan best kalau kat Mersing ni ada. Sini tak menarik.
Takde mall. Nak shopping2 pun harap pasaraya kecik kecik tu je la.
Kalau la ada lulu hypermarket. Dah bahagia dah rasanya.

amirnawawi said...

Menarik promosi di Lulu ni. Selain pakaian, saya suka beli bahan mentah. Murah la sikit

Cik Tie said...

Woww harga dia! Macam harga runtuh pun ada tu. Bestnya kalau kat sini pun ada mall tu. Kain sari tu cantik-cantik belaka..jealous kita nengok

Mrs Fuzy Hamid said...

pernah pergi Lulu Hypermarket 2 -3 kali dan harga dia memang berpatutan dan yang bestnya ruang yang luas...mmg selesa sangat

dr-Life said...

I see a lot of discount sigh there. Wow!!! I'm so interested to go and explore this place. Time to shopping for groceries as well

Cornelius said...

Huhu tak ada lulu kat Kota Kinabalu

Mat Drat said...

LULU ni memang ramai suka pergi. Harga-harga di sini boleh tahan murah. Nak parking kereta pun senang, shopping pun selesa.

Hanny Abdullah said...

Bestnya dapat shpping kat Lulu. Sis pernah jugak beli barang2 kat sana..murah2 jugak. Cuma nak ke sana dgn tempuh jem tu yg liat sikit nk pergi.
Untung nya pemenang tu dapat keta..shopping2 dpt keta..bertuah sungguh

JMR said...

Kami pernah tersesat masuk ke Lulu ni..memang best. Tapi nak ke sana memang hazabedah..tak sabar tunggu caswangan Setia Alam buka lak

adianiez AIDA said...

aida x pernah gi lulu.
yes la, sebab ia di lembah klang kan :)
kalu buka di bangi gateway kelak, boleh la singgah after kelas in shaa Allah...
aida berkenan dgn kain saree.
cantik. penuh seni. lom lagi tgk gelang-gelang tu, menarik!
pernah dulu kala time kak Nurin & Syuhada kecik, aida belikan diorang 1 set each for raya.
beli kat mydin.

Dunia Farisya said...

Amni pernah sampai sekali ke Lulu ni kak ayu.
Parking mudah,harga pun not bad dan tak ramai mana so xcrowded senang nak membli tenangg je hehe

Qisstiera Lifestyle said...

Cantik-cantik baju untuk Deepavali ni. Siap ada promosi lagi. Kalau Qiss ke KL ni boleh la singgah. Nak shopping jugak.

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.