"The Square" Jaya One Petaling Jaya | Menawarkan Ruang Kerja, Kedai Makan dan Tempat Santai


Sebenarnya dah lama saya tak menjejakkan kaki ke Palm Square, Jaya One Petaling Jaya. Yang mana satu masa dulu memang menjadi lokasi kegemaran saya dan rakan-rakan pejabat untuk menikmati hidangan makanan tengahari. Ini kerana di sini terdapat banyak pilihan restoran yang kita boleh pilih untuk menjamu selera.

Dan siapa sangka kawasan yang dikenali sebagai "Palm Square" di Jaya One kini didalam projek pengubahsuaian menjadi satu pusat sehenti yang dikenali sebagai "The Square". Dan ianya adalah dibawah projek pemaju Bina Tetap Tiara Sdn. Bhd, yang telah dilantik oleh pihak Jaya One Seksyen 13 Petaling Jaya. Projek yang bermula pada tahun March 2018 dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember 2018.. Dengan  nilaian RM15 juta telah diperuntukkan bagi mengubahsuai diatas keluasan ruang 75,000 kaki persegi yang bakal menempatkan 45% pejabat,  40% restoran dan juga 15% tempat persembahan PJ Live Arts.

Menurut Mr. Charles Wong, Pengarah Eksekutif Bina Tetap Tiara Sdn Bhd;

 “Jaya One was one of the pioneer developments around Section 13 which begun in 2008. Since 2015, our neighbours (properties surrounding Jaya One) have also moved on to capitalise on this amazing location, with new developments sprouting around us. We realised that we are no longer a standalone and that Jaya One has to also change in a complementing way to keep ourselves relevant. 



“Coincidentally, there is an increase of interest in Co-Working Spaces, and we felt that Co-Working Spaces would speak the most universal language with respect to connecting with the changing commercial and residential landscape in Section 13”.


Memperkenalkan ciri pembangunan binaan terbaru dan termaju dalam pembinaan "The Square" yang terdiri 2 tingkat bangunan.  Untuk bahagian tingkat atas akan dibina dalam 13 unit lot pejabat (tidak termasuk Ground Common) saiz diantara 500 kaki persegi - 3,600 kaki persegi dan 15 unit  lot runcit/kedai makan di bahagian tingkat bawah.

Walaupun masih dalam proses pembinaan, namun jika dilihat pada progress kerja yang sedang dijalankan sudah menampakkan kehebatan bangunan ini apabila siap kelak. Saya sendiri sudah tidak sabar untuk melihatnya pada bulan Disember nanti.

Lebih menarik "The Square' juga menyediakan ruang kerja iaitu Common Ground yang berkeluasan 21,000 kaki persegi. Kelainan di "The Square" ianya  turut menawarkan restoran yang menawarkan hidangan makan malam yang enak dan segar. Dimana akan disediakan sebanyak  30% tempat makan ala al-freso (menikmati hidangan di luar, tiada air cond) dan juga 70%  ruang menikmati makanan di bahagian dalam (berhawa dingin). Selain itu, dengan dekorasi dan keselesaan didalam "The Square"juga boleh dijadikan tempat acara korporat dan aktiviti (sekiranya ada permintaan).


"The Square" juga akan memulakan projek penanaman dalam bandar dengan membantu "home growers' untuk memasarkan hasil tani mereka dengan target jumlah pembeli yang lebih besar. Inisiatif daripada "The Square" ini juga diharapkan akan mendapat kerjasama daripada pihak NGO dan juga kerajaan tempatan dalam masa terdekat bagi membantu membangunkan projek ini secara mampan.
"The Square" mempunyai ciri reka bentuk perindustrian yang diberi sentuhan gaya moden yang terdiri daripada tiga astaka (pavilion) utama - ditutupi dengan kepingan logam beralun berwarna biru dan juga "translucent corrugated sheets" untuk dinding bahagian dalam dan bumbung bagi membolehkan sinaran cahaya semulajadi masuk ke dalam premis..

Nantikan "The Square" pada bulan Disember ini, ianya juga sudah tersedia untuk disewa samada unit pejabat mahupun ruang kedai di bahagian bawah.

Untuk keterangan lanjut mengenai sewaan dan sebagainya, boleh hubungi:

Telefon: +6012-3233563
Emel: tenant-relations@jayaone.com.my


Antara orang kuat didalam menjayakan pembinaan "The Square" Jaya One Seksyen 13 Petaling Jaya.

A New Community Is Coming....
Check it out guys...soon very soon...

Comments

adianiez AIDA said…
Lama sungguh x jejaki PJ. Sejak zaman blaja dulu kala.
PJ pesat membangun. Offices. Apartments. Trafik jem hi hi hi...
Pusat bagi semua la.
PJ pun is an old town kan.
Ni sape need an office space, mesti gi usha nih...
Lia Hasty said…
Walaupun dalam proses pembinaan, tetapi dah dapat rasa yng tempat ni akan happening 1 day dan dibanjiri ramai orang. Tak sabar nak tengok bile The Square siap dipenuhi dengan kedai.
Faries said…
Akan jadi tempat lepak baru ni kak ayu. Suke la design die mcm Ikea plak.. Kompem bnyk kedai best kt sini nanti. Kite tunggu bulan 12 nanti . Hehehe
shamiera osment said…
Menarik betul nampak The Square ni..suka baca pasal home grows tu..mesti seronok dapat beli fresh plants dekat sini nanti. Eh rindu pulak kat PJ..rasa nak balik PJ balik..haha
qaseh dalia said…
Pwrnah pergi sekali ke sini tapi sesat ahaha bagus lah banyak peluang pekerjaan so yg tgh menganggu boleh amik peluang ni haaa
Jia Shin Lee said…
This is one of my favorite lepak place, glad they are refurbishing it, it's pretty near my place and I love it there.
sayaiday said…
wah macam menarik tempat ni, mesti lepas ni jadi tempat lepak. Boleh jadi tempat ootd. hehehe
Auni Sofea said…
Tak pernah ke Palm Square walaupun dulu selalu ke PJ. Bagus jika ramai developer yang upgrade balik bangunan yang kurang digunakan untuk dijadikan bangunan baru sebab selain boleh maximise kan penggunaan, pelanggan pun akan lebih tertarik untuk melihat hasilnya..
Rodiah Amir said…
Dulu masa bekerja di PJ, Jaya One salah satu option tempat lunch kami ramai-ramai. Pj pun dah semakin hari semakin membangun. Kalau siap The Square ni mudahlah pekerja dan penduduk tempatan gunakan kemudahan yang mereka tawarkan.
Mimi Azirah said…
Palm Square?? Tak pernah jejak kaki ke sana pun tapi bila tengok lakaran projek saya yakin ia akan memberi keselesaan kepada pekerja dan penduduk untuk rasa kemudahan yang disediakan.
Dunia Farisya said…
Bagusnya ada tempat macam ni.sesuai untuk anak2 muda yg mencari ruang kerja yang selesa dengan suasana yang eksklusif kan.
Syaza Redzuu said…
SR rasa The Square ini akan lebih mendapat sambutan apabila marketing strategies yang bagus dijalankan. PJ dekat je dengan rumah SR. kih3. Nice entry!
Tekkaus said…
Best lar orang KL. Macam-macam shopping yang dibuka untuk semua orang. :) maka makin banyak pilihan kan? :)
Along Murni said…
Wah!! Akan dibuka tmpt pilihan menarik utk riadah n shopping nie.. hope barang yg ditawarkan berkualiti dan harga terlajak murah cam dkt ikea tue..
Wow..the square pulak ye..mcm2 mall dah skrg dekat kl kan...saya dah ketinggalan zaman..da x up to date dah dengan mall2 baru kat kl nun jauh di sana
tenku butang said…
amboih.. lagi mall bakal muncul yea.. The Square ni nampak menarik je plan dia.. nampak macam best je apa yang bakal disediakan di mall ni.. hehe.. i likee.. bertuah siapa yang dapat kerja sini.. orang yang dok berdekatan pun lagilah bertuah.. dekat je mall nya
Dah naiktaraf banggunan ni. Dulu satu dewan event je, sekarang macam-macam dah ada.
Mawardi Yunus said…
wah semua ada. dah siap nanti mesti meriahkan tempat ni. tengok lokasi pon strategik tu. Petaling jaya dah tak jauh sangat dengan rumah ni.

Popular Posts