Yara Yang Memang Suka Main Air

Kejap jer masa. My Yara kini dah setahun lebih. Rasanya macam baru sahaja bercerita tentang kehamilan dan kelahiran Yara. Hehehe

Dalam ramai-ramai anak my Yara inilah yang sangat sukaaaaaaaaaaa mandi. Pantang sebut mandi, dia akan terus buka baju dia dan berlari ke bilik air. Even kat luar rumah memang dah disediakan kolam untuk Yara bermandi-manda. Cuma musim hujan sekarang ni, dah jarang bawa dia mandi kat luar rumah.

Kebetulan 2 minggu lepas, saya dapat jemputan menghadiri satu acara di Sunway Lagoon yang membolehkan membawa anak-anak. Memang seronoklah Yara. Berlenjan main air hokeh. Sampai saya jadi risau sebab lama sangat berendamnya. Yang bestnya, boelh dia skip time tidur dia sebanyak 2 kali tau. Perghhh dapat main air punya pasal.

Sempatlah saya rakamkan beberapa kenangan Yara bermain air semasa kecil. Mana tahu esok besar, nak recap balik perangai anak so ada gambar sebagai buktinya, hehehe.



 Jenis main sorang-sorang dalam air pun tak apa.. Aishhhh…

Mak memang suka air. Tapi suka yang jenis esklusif. Duk dalam bath tub. Acah-acah nak hilang stress dan "me time" kononnya, hak hak.

Comments

Popular Posts