6 Kluster Terbaik FAMA Sempena dengan MAHA2018, Jom Singgah!


Makanan Kita Masa Depan Kita - tagline yang cukup 'catchy' namun membawa makna tersirat yang cukup besar. Bersempena dengan Ekspo MAHA 2018 yang bakal berlangsung bermula dari 22 November 2018 sehingga 2 Disember 2018, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) antara agensi Kerajaan yang turut terlibat menjayakannya.


Pelbagai aktiviti dan promosi  menarik yang disediakan daripada pihak FAMA khas buat pengunjung MAHA2018. Untuk pengetahuan semua FAMA menyediakan 6 kluster yang bakal mewarnai MAHA2018 di Maeps Serdang :-)

Antaranya seperti :-

Empayar Makanan (Hall DG)

Sepertimana yang kita ketahui makanan memberi kita kehidupan. Melalui makanan kita boleh dekati budaya dan warisan daripada sebuah bangsa. Makanan juga mampu menyatukan masyarakat. Dan di MAHA 2018 ini ada ditawarkan sebanyak 501 jenis hidangan dengan 13 menu hebat. Sebanyak 95 lot ditawarkan untuk 95 usahawan.

Menariknya makanan merupakan gastronomi yang dapat menunjukkan hubungan diantara budaya masyarakat setempat. Ini terutama melalui kepelbagaian gaya masakan, resepi dan rempah ratus yang digunakan adalah mengikut citarasa tempatan yang turut memberi identiti yang tersendiri. Sekaligus ianya juga berpotensi  sebagai produk agrokulinari dan agropelancongan negara.

Aktiviti pengunjung : Pertandingan selfie,wefie terbaik & guna #
#makananmenyatukankita

Gerbang Foodtruck (Laman Tiba 1 & 2)

Dengan tagline "Laypark Sini, Makan Sini",  penglibatan 49 Food Truck menawarkan 60 menu paling 'win' dengan 201 jenis makanan dan minuman yang cukup memikat selera. Untuk pengetahuan semua untuk MAHA2018 ini turut terlibat sama adalah 3 usahawan OKU Food Truck.

Disini kita berpeluang untuk menikmati hidangan sambil bersantai bersama keluarga atau rakan. Disediakan juga hiburan buskers, photobooth dan pameran prototaip iaitu Agrotruck yang bersaiz 8 tan yang mana ianya adalah bagi memperkenalkan imej baru trak yang khusus membawa produk segar hasil pertanian.

Kalau datang waktu malam, kita dapat lihat kecantikan hiasan lampu yang berwarna-warni :-)

Saya sendiri sudah merasai salah satu hidangan yang bakal ditawarkan oleh salah satu usahawan Food Truck iaitu murtabak daging berkeju. Memang sedap, padu betul rasanya!

#layparksinimakansini

Castle of Fruits (Laman Tiba 1 dan 2)

Di Castle of Fruit menawarkan 100 lot jualan segar. Ini termasuklah 11,111 variasi buah, sayur, anak pokok, hortikultur, input pertanian, florikultur, ulam-ulaman, herba dan bunga. Terdapat juga nenas MD2 dari seluruh  Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Diperkenalkan juga cempedak goreng bersalut durian, kokedama (teknik tanaman Jepun), melon manis dari Terengganu dan anak pokok Durian Jantung Gold dari Kuala Kangsar Perak.

Pengunjung juga boleh membeli buahan tempatan pada harga diskaun 5-20% ketika waktu Happy Hour. Begitu juga ditawarkan promosi harga menarik untuk pembelian baja, benih pokok buah dan banyak lagi.


Coconut 🥥 Street "Fruit of the Event - Coconut"

Untuk tahun ini kelapa telah dipilih sebagai "Fruit of Event" MAHA. Ini adalah kerana kelapa adalah merupakan salah satu daripada komoditi yang disenaraikan sebagai "Sumber Rezeki Baharu".Jika dilihat makna nama kelapa dalam bahasa sanskrit adalah "Kalpa Vriksha" yang membawa maksud "Pokok yang membekalkan semua keperluan kehidupan".


Di Malaysia sendiri tanaman kelapa merupakan yang keempat terpenting selepas tanaman kelapa sawit, getah dan padi. Walaubagaimanapun  didapati keluasan tanaman kelapa ini semakin berkurang setiap tahun. Ini adalah disebabkan oleh penukaran kawasan tanaman kelapa sedia ada kepada kawasan tanaman kelapa sawit atau tanaman sayuran, tanaman kantan bahkan ada juga telah dijadikan sebagai kawasan perumahan.

Produk kecantikan dan kesihatan yang berasaskan dari kelapa

Kelapa merupakan 'tanaman serbaguna' , hasilnya cukup bernilai daripada anak pokok, buah kelapa, produk berasaskam kelapa, makanan, minuman, IAT, kosmetik dan pelbagai lagi. Di MAHA2018, kita akan dapat menyaksikan demonstrasi kukur kelapa dari jemputan VIP, penyediaan ais krim kelapa dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

#sumberrezekibaharu
#1001kegunaankelapa

Agrobazaar Online (Pavillion Agro Trade, Hall C)

Penglibatan Agrobazaar Online merupakan sayap pemasaran online FAMA di Agro Trade sejak bermula dari MAHA2016 di Maeps Serdang satu masa dulu. Disini pengunjung diperkenalkan dengan aplikasi terkini Portal Agrobazaar Online yang boleh dimuat turun daripada Apple Store mahupun Google Play. Dan untuk MAHA2018 terdapat jualan secara online dan offline produk usahawan tempatan.

Oh ya! Pengunjung juga boleh menyertai Wow Factor Agrobazaar Online yang menawarkan Hadiah Utama TV Led 43' dan barangan elektrik yang lain melalui Peraduan Beli dan Menang. "Take 5" untuk baucer diskaun sebanyak RM5. Begitu juga dengan MAHA2018 Online Sale iaitu diberikan diskaun sehingga 50% untuk lebih 100 produk tempatan. Paling best! Terdapat 1001 hadiah misteri yang boleh dimenangi.

#mahaonlinesale2018
#promosikaw2
#agrobazaaronline

Butik Agromas  (Dome IAT)

Jenama Agromas dibangunkan oleh FAMA dengan tagline 'sentiasa di dapur anda' dizahirkan bagi memberi peluang kepada masyarakat Malaysia khasnya untuk menggunakan produk usahawan tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa.

Sehingga kini terdapat 94 jenis produk daripada pelbagai kategori yang melibatkan 30 usahawan (vendor) terpilih dari seluruh Malaysia, Untuk pengetahuan semua proses pembangunan jenama Agromas ini adalahbermula pada tahun 1992 dan ianya dipatenkan secara rasmi pada tahun 1994. Pengeluaran produk Agromas pertama adalah Seri Kaya Madu. Seterusnya diikuti dengan jem belimbing, jem nenas, jem rosselle dan kerisik.

Sememangnya semua produk dibawah jenama Agromas adalah Halal. Sehingga kini ianya telah dipasarkan 180 K-Shoppe FAMA di seluruh Malaysia serta pasaran luar negara seperti brunei, Singapura, China, Korea, Vietnam dan Timur Tengah. Pelbagai anugerah yang telah dicapai oleh jenama Agromas samada peringkat negara mahupun antarabangsa.

Nah! Tidah hairanlah Agromas kini menjadi jenama lokal daripada usahawan bumiputera yang berdaya saing, berkualiti, inovatif dan begitu relevan dengan kehendak masyarakat.


 Satu majlis sidang media FAMA bersempena MAHA2018 telah diadakan yang turut dihadiri Dato' Ahmad bin Ishak (Ketua Pengarah FAMA) dan YBhg. Sr. Tuan Haji Ishak bin Ismail (Pengerusi FAMA). Dif jemputan dan para pengamal media juga berpeluang meninjau sendiri pameran 6 kluster yang menjanjikan sesuatu yang hebat di Karnival MAHA2018.

Majlis juga cukup meriah dengan sesi bersama DBilique yang dikendalikan oleh pengacara hebat tanahair iaitu Fara Fauzana (Fafau) dan Faizal Bin Ismail (FBI). Dalam celoteh mereka yang cukup lucu dan menghiburkan diselitkan juga beberapa infomasi mengenai FAMA dan projek 6 kluster di MAHA2018.

So korang, save the date ya! - jangan lupa terjah MAHA2018 yang bermula pada 22 November sehingga 2 Disember 2018 bertempat di Maeps Serdang.

Banyak promosi dan aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak FAMA :-)

Keterangan lanjut boleh layari: www.fama.gov.my

Comments

Denai said…
waahhh... menarik sungguh event MAHA ni setiap dua tahun. rasa memang nak pergi dan borong macam-macam kat situ. pilihan makan pun banyak.
Maha Mahu said…
Tak sabar nak tunggu MAHA hujung bulan ni hehehe nak pergi makan2 dan juga nak beli pokok wakakaka..
Naz said…
MAHA kembali lagi...mesti banyak tawaran dan pilihan. Yang best banyak produk sedia dimakan IKS yang sedap-sedap. Dah penat shopping kita singgah makan di food truck. Tak sabar nak ke MAHA
Lin liena said…
wow wow...mmg kena save date ni...meriah giler nanti event ni sbb ada fafau tu hehe
iffah hussin said…
Lama tak pergi pameran macam ni, sebab tak berkesempatan... Harap tahun ni dapat ke sana... nampak banyak yang menarik dekat sana kena terjah juga tahun ni. Terima kasih diatas perkongsian
Mimi Azirah said…
Tak pernah lagi datang MAHA ni tapi rasa macam nak pergi je sebab lebih 60++ menu yang ada. Confirm rambang mata tengok semua makanan yang ada. Memang meriah MAHA dengan pelbagai makanan yang sedap sedap
Dah pernah gi MAHA. Selalunya i pergi cari office lama I. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia nak cari produk mereka. Best juga datang sini. Cuma yang tak best tu lautan manusia je.
idayu nim said…
Kebiasaannya produk2 FAMA memang tidak mengecewakan. Banyak produk FAMA yang atu dan keluarga suka spt kerepek ubi kayu, serunding FAMA dan sardin FAMA. Nti nak pergilah ke MAHA 2018 mesti ada promosi nanti
Tak sabar tunggu MAHA akan datang ni. Banyak betul promosi yang ada. Boleh la gi sana, Leypark sini, makan sini kat food truck. Mengancam betul menu2 dia.

Produk kecantikan berasaskan kelapa ye? Qiss pertama kali dengar.
Fadzi Razak said…
Pernah pergi sekali je maha tahun bila entah tak ingat dah. Tapi serius memang best. Kalau pergi sehari macam tak cukup. Kena pergi berhari hari baru puas hati
sya mimie said…
Teringin nak join Event MAHA ni. Tapi tak berpeluang. Sebab jauh.
Kan best kalau ada berdekatan. Memang ajak suami pergi.
Tergoda dengan hasil tanaman yang segar segar tu jugak.
JMR said…
fuh sampai 11,111 jenis ye..bnayak sungguh..nak cari masa nak ke sana gak nanti ni. Harap boleh bersabar dengan kesesakan kat sana nanti hehe
Faries said…
Belum pernah lagi merasa ke event MAHA.Ya Allah menarik sungguh ye. Memang nak kene pergi tahun ni. Yelah sebelum ni ada dlm mindset bile event maha ada pun pameran sayur ja. Rupanya macam2 ada. Nak bawak mak abah sekali ni.huhuhu
Lia Hasty said…
Bila lah dapat peluang nak ke MAHA ni. Maklumlah orang jauh di Penang. Best juga kalau dapat pergi tengok sendiri kan. Harap2 dapat lah pergi November ni
Nadia Johari said…
Event dekat MAHA ni memng buat orangvselalu nak pergi.. Hehee.. Syoknya makanan food truck tu.. Mesti macam-macam ada.. Huishh ni yang nak kene ajak suami ni.. Meriah tengoknyaa
Seriwangi said…
Best tgk mcm2 peniaga jual do Fama, lebih lg jualan makanan dan produk agro pasti nti tak lps peluang pg serdang
rubydotmy said…
MAHA ni memang best. Rindu Nak join pi expo camni. Sekarang ni tak larat dah Nak bersesak-sesak ni kak. Sakit kaki, Sakit kepala. Anak lari sana sini. Hahaha. InsyaAllah next time saya memborong di MAHA. Sebab saya pi MAHA mesti bawa troli. Hehe

Popular Posts