Anugerah Superbrands Malaysia 2018 mengiktiraf MNC global utama dan korporat tempatan terunggul

Superbrands Malaysia 2018 meraikan edisi ke-10 dan telah memilih 34 jenama untuk memberi penghormatan kepada jenama terkuat dan paling bernilai di pasaran dalam acara anugerah tahun ini.

Superbrands iaitu pihak bebas dan arbiter penjenamaan mengadakan acara tahunannya di Hotel Istana Kuala Lumpur bersama syarikat multinasional (MNC) global utama dan korporat tempatan terunggul merangkumi pelbagai spektrum industri yang berbeza.

Encik Mike English, Pengarah Superbrands berkata: "Anugerah Superbrands Malaysia 2018, yang dianggap sebagai 'Oscars penjenamaan' dalam dunia korporat, akan menyampaikan anugerah kepada jenama yang menang termasuk ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan, pengarah pemasaran dan lain-lain eksekutif pemasaran dan eksekutif perhubungan awam selaku wakil syarikat.

"Superbrands juga memperkenalkan penerbitan Superbrands yang dinanti-nanti dengan gaya buku kopi meja dengan kandungan profil dua mukasurat untuk setiap Superbrands di acara tahun ini.

"Acara anugerah ini akan menyerlahkan jenama dan mempromosikan kejayaan mereka, dan untuk para eksekutif kanan berkumpul sambil meraikan status Superbrands.

"Kami berasa gembira kerana ramai jenama tempatan yang termasuk peserta baru, telah memasuki senarai Superbrands tahun ini bersama jenama yang diiktiraf secara global. Jenama ini bukan hanya diundi oleh ahli majlis jenama terkenal tetapi juga oleh para profesional pemasaran malalui undian atas talian."

Selepas menjalani kriteria pemilihan yang ketat oleh Majlis Superbrands, lebih daripada 3,000 profesional telah dijemput untuk mengundi bagi calon-calon jenama. Lebih daripada 1,242 jenama utama di Malaysia telah dijaringkan oleh majlis dan melalui pengundian dalam talian, sebelum jenama dengan markah tertinggi diiktiraf sebagai Superbrands.

Hanya jenama yang mencapai tahap pengiktirafan seperti ditetapkan oleh Majlis bebas ini, layak untuk dimasukkan dalam buku Superbrands Malaysia termasuk rekod sejarah dan pencapaian bagi setiap jenama.

"Jenama terbaik di Malaysia yang terdiri daripada barangan konsumer yang bergerak cepat (FMCG) dan juga perniagaan sekeluarga dipaparkan dalam buku ini. Penyertaan dalam buku Superbrands adalah melalui jemputan sahaja dan ini menampilkan kekuatan yang ada pada sesuatu organisasi dan nilai jenamanya.

“Kesemua peserta program Superbrands berhak menggunakan logo Superbrands dalam kempen pengiklanan, pembungkusan dan lain-lain bahan komunikasi pamasaran. Cerita jenama itu juga dipaparkan di laman web Superbrands,"kata Encik English.

Majlis Superbrands termasuk individu yang telah menunjukkan kebolehan dalam perniagaan dan berpengetahuan tentang pasaran dan perniagaan. Badan korporat yang dipilih sebagai Superbrands menerima kelebihan terutamanya endorsmen tinggi serta bukti ternyata untuk para pelanggan semasa mahupun yang berpotensi, pihak media, pembekal, pelabur dan setaf di setiap jenama dengan ciri-ciri khas yang berasingan.

Berikut adalah senarai penerima  SUPERBRANDS MALAYSIA 2018 AWARDS:-

1. ACER

2. Apacs

3. APT Professional Team Sdn. Bhd.

4. Bidor Kwong Heng Sdn. Bhd.

5. carlist.my

6. Celmonze Sdn. Bhd.

7. Central Sugars Refinery Sdn. Bhd.

8. Dagang Mewah Sdn. Bhd.

9. Dorra Slimming

10. Eu Yan Sang (1959) Sdn. Bhd.

11. Health Lane Family Pharmacy Sdn. Bhd.

12. HURIX’S

13. Johor Darul Takzim Football Club & Southern Tigers

14. KidZania

15. KLCC Runners Group

16. LA Group of Companies

17. London Weight Management

18. mudah.my

19. New Star Food Industries Sdn. Bhd.

20. New York Skin Solution

21. Pet World Marketing Sdn. Bhd.

22. SSI Properties Sdn. Bhd.

23. TSL Bestmas Manufacturing Sdn. Bhd.

24. Wellness Concept (M) Sdn. Bhd

25. Shakura Pigmentation Beauty

26. Shell Select

27. Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd.

28. Sunshine Kingdom Sdn. Bhd.

29. TET TAFA Fence & Mesh Sdn. Bhd.

30. Ultron

31. University Kuala Lumpur

32. Victoria Facelift

33. Yokohama Batteries

34. Yun Nam Hair Care Sdn. Bhd


Tahniah diucapkan :-)

Comments

Popular Posts