Tiga Barangan Yang Memang Diidamkan Dari Lazada Bersempena Jualan 11.11

Gaissssss.... 11.11 kembali lagi. Tarikh berhantu setiap tahun. Katanya tarikh ini begitu istimewa untuk orang yang 'single' tapi untuk orang yang bukan single dan berdouble-double seperti saya pun teruja jugak!! Kenapa weh?? Sebabnya pada tarikh keramat inilah akan terdapat banyak barangan dijual pada harga promosi yang  menjunam teruk.

Manyak huntong hoi!!


Tapi kalau nak keluar pergi shopping rasanya saya tak kuaddd!! Mana dengan cari tempat parking, bersesak dengan ramai orang, apatah lagi saya perlu membawa anak-anak yang masih kecil. Serabut sebenarnya. Tapi perasaan nak 'grab' peluang membeli barangan yang diinginkan itu membara betul, kahkah. 


Solusinya saya membuat pembelian secara atas talian. Dan haruslah saya memilih platform membeli-belah LAZADA. Ini kerana, LAZADA menawarkan begitu banyak pilihan barangan dengan harga yang cukup murah!

Melalui pembelian atas online seperti LAZADA membolehkan saya  merancang perbelanjaan dengan bijak selain daripada menikmati kelebihan seperti kupon dan diskaun hebat untuk pelanggan tetap LAZADA.

Paling best pada 10.11 jam 10 malam nanti akan diadakan kempen Shake It & Win yang menawarkan telefon bimbit OPPO, TV dan ada juga sebanyak 1111 voucher! Kita juga boleh melihat persembahan secara live dari penyanyi popular tempatan seperti Ayda Jebat, Wany Hasrita dan ramai lagi melalui saluran NTV7 dan TV3. Paling best, hadiah kereta Volkswagen menjadi taruhan yang boleh dimenangi oleh semua pelanggan LAZADA:-)

Saya sendiri telahpun 'aim' 3 barang yang hendak dibeli bersempena dengan Festival Membeli-belah LAZADA 11.11  yang bakal berlangsung pada 11 November 2018 di laman web Lazada Malaysia. Tiga (3) barangan idaman tersebut adalah:-

1. Vakum

Ada banyak promosi vakum di laman membeli-belah LAZADA. Namun yang paling menarik perhatian saya ialah jenama daripada Electrolux. Diberi diskaun sehingga 43% tau! Memang best :-) Sebagai ibu yang memang menguruskan kebersihan rumah, jadi saya pasti akan mencari yang terbaik dan tahan lasak. Dijual pada harga RM169 untuk jenama ini memang berbaloi dan murah.


2. Frying Non-Stick Grill Pressure Pan

Saya pernah ada produk seperti ini satu masa dulu. Dan saya telah memberikannya kepada ibu saya. Sebab perkakasan memasak ini memang memudahkan kerja-kerja penyediaan hidangan di dapur. Paling best untuk promosi 11.11 sebanyak 74% diskaun telah diberikan daripada harga asal. Dan saya boleh membeli pada harga RM49.90 sahaja. Diberikan buku resepi secara PERCUMA juga.

3. Jam tangan Suunto

Saya memang dalam usaha mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Jadi saya memang inginkan jam Suunto ini bagi merekod segala aktiviti larian/jogging setiap hari. Dengan cara ini sekaligus dapat memotivasikan saya untuk terus konsisten menjaga kesihatan badan.

Harga yang ditawarkan adalah RM599 sahaja daripada harga asal iaitu RM1,414. Jelas sebanyak 58% peratus penjimatan telah diberikan. Bestkan!!!!

Masukkan dalam troli pembelian siap-siap. Tiba pada tarikh 11.11 terus boleh 'check out', hehehehe.
Memang banyak penjimatan, sekaligus memberikan kepuasan.

Jom korang sama-sama kita terjah https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1 pada 11 November 2018 bersempena dengan  Festival Membeli-Belah 11.11 di LAZADA

Kachingg!!
Tiga Barangan Yang Memang Diidamkan Dari Lazada Bersempena Jualan 11.11 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 10, 2018 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.