5 Sebab Kenapa Korang Kena Bawa Anak2 Ke Astro Fun Escapade di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN

Tidak nafikan time waktu cuti sekolah adalah masa yang terbaik untuk ibubapa merancang aktiviti menarik untuk anak-anak. Bagi saya sendiri inilah waktunya yang mana saya dan suami boleh habiskan masa bersama keluarga, terutama anak. Time flies gitohh!!


Antara destinasi yang memang menarik untuk membawa anak-anak adalah SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN yang terletak di Puteri Harbour. Bertambah best,  acara anjuran Astro iaitu Fun Escapade ini buat pertama kalinya telah diadakan di luar Lembah Klang. Ianya akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Disember 2018 ini di SANRIO
HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN!

Ada 5 sebab kenapa korang perlu bawa anak ke acara Fun Escapade:-

1. Ada Watak Animasi Popular


Untuk pengetahuan korang, Fun Escapade ini merupakan acara tahunan. Dan untuk acara tahun ini akan ditampilkan didalam konsert watak-watak animasi yang cukup dekat di hati anak-anak. Antaranya seperti Didi & Friends, Omar & Hana, Cam & Leon dan banyak lagi. So, anak korang boleh dekati dan beramah-mesra dengan watak-watak kesayangan mereka ini. Jangan lupa untuk berselfie tau, sebagai tanda kenang-kenangan, hehehe.


2. Pelbagai Aktivti Menarik Disediakan.



Selain itu, terdapat juga pelbagai akiviti menarik yang disediakan dan disertai anak-anak dan kita (ibu bapa) sendiri.Antaranya seperti aktivti DIY kraf, permainan atas pentas dan pelbagai lagi. Selain itu, pengunjung juga akan menerima Pasport Escapade untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam 15 aktiviti terbaru di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN.


3. Harga Tiket Masuk Cukup Berpatutan dan Berbaloi

Cuba korang tengok harga pakej yang ditawarkan, dibawah. Ahem ahem..



Korang boleh membeli pakej istimewa Family Fun Weekend (Pakej Keluarga Play4Fun berharga RM418 atau Pakej Berkembar Fun2Play berharga RM269) ataupun lain-lain pakej seperti gambar di atas. Pembelian juga boleh dibuat melalui http://www.kidxy.com/puteriharbour .Walk-in pun boleh tau. 



Dapatkan di http://www.kidxy.com/puteriharbour tau, semuanya di hujung jari anda!

Untuk kanak-kanak di bawah usia 3 tahun ATAU ketinggian kurang dari 90cmmasuk adalah percuma ke taman tema.


4. Pelbagai Program Menarik di Sediakan Bersempena Dengan Program  Cuti Persekolahan Akhir Tahun 'Come Out & Play' 2018 



Tema untuk SANRIO HELLO KITTY TOWN kali ini adalah "Come Out & Dance In Oz". Ianya adalah muzikal muzik yang menampilkan Hello Kitty didalam dunia The Wizard of Oz. Kita akan dipersembahkan dengan kehadiran Hello Kitty yang mengembara ke Lion to Emerald City bersama Scarecrow dan The Tin Man untuk menyelamatkan Land of Oz daripada kekecohan dan kemusnahan. 


Manakala di THOMAS TOWN, anak-anak dapat merasi sendiri rel terbaru dengan memepertengahkan kawan-kawan Thomas & Friends di sini. Terdapat juga pameran mini Thomas seperti Dino, Heroes, Spooky, Racers, Neon, Robo, Chillin’ dan  Metallic.

5. Cenderahati Menarik dan Edisi Terhad Boleh Dimiliki 
Lebih menarik, seisi keluarga yang hadir akan turut menerima barangan edisi terhad Fun Escapade dan baucar untuk membeli-belah, baucar makanan dan minuman serta baucar cetakan foto. Wow!! Serius untung dan best giler. Haruslah bawa anak-anak ke sini, luangkan masa cuti dengan aktiviti yang mereka pasti seronok serta puas hati :-)


So korang jom ramai-ramai kita meriahkan Astro Fun Escapade di SANRIO HELLO KITTY TOWN dan THOMAS TOWN pada hari Sabtu dan Ahad, 15 dan 16 Disember 2018!!

Tiket juga boleh dibeli di kaunter tiket Puteri Harbour Attractions pada hari acara berlangsung. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kidxy.com/puteriharbour atau hubungi 1 300 88 FAMILY (326459).


Jom ke Astro Fun Escapade bersama keluarga,
Pelbagai aktiviti menarik, pertunjukan hebat, segalanya ada!!

Comments

Henry Tan said…
hello kittyyyyy! so cuteeee! i think this could be the main attraction for a lot of girls especially those hello kitty fans! so many bloggers post about this too bad im in penang and so farrrr away from johor.

How to deal with markets ups and downs?
Abby Onety said…
Eehh...ada hello kitty hahaa.. Abby suka Hello Kitty walau tak kanak2 lagi bahkan sudah tua hahaa. Tempat macam nih bagus di kunjungi aanak anak sebab permainannya mengedukasi
Amanda Suria said…
Okey bukan anak jer teruja ni..mak budak pun teruja tapi sayangnya anak dara den dah bosar..sure dia tak teruja tapi kalau bawak anak- anak buah sure diorang meroyan nak pergi ni..nak- nak macam- macam ada kan
Airah Syahirah said…
seronok la kalau bawak bebudak pergi sini musim cuti sekolah ni.banyak aktiviti menarik lepastu ada harga promosi jugak kan.airah tak ada anak lagi je ni kalau tak memang dah bawak jugak haha
Maha Mahu said…
Bestnya kita nak pergi hujung tahun ni memang kita akan ke Johor sebab ada kenduri kat sana jadi boleh lah bawa family terus pergi jalan kat sana hehehe nak tiket please wakakakakkaa..
Emme Marina said…
makin ramai yang share holidays with kids ke astro fun ni. great to go, lots of fun game. insha Allah boleh bawak anak next holiday hehe. tq for showing us your trip!
Cindyrina Rina said…
I bet children will be so excited to be part of this event. There are so many fun event going on during this school holiday ya...not just kenduri Kendra.I would want to check this out if HV time.
Lia Hasty said…
Wishlist juga nak masuk Hello Kitty Sanrio Park sebab minat watak animasi ni dari dulu. Hehhe walaupun dah tua rasa nak masuk jugak. Bestnya kalau dapat pergi minggu ni
Cik Min said…
Memang seronok la kak bawak anak2 ke sini. Kte aritu masuk kat hello kitty ni pun teruja kak walau dah tua hahahah
CIK TOM said…
ciktom dgn famili mmg plan nak pergi sana..last weekend pergi jgk tp event iskarnival..tp hujan lebat so tak spent time lama..harap kali ni cuaca elok..seronok skit nak kuar. anak ciktom suka tgk video didi n friends.
Hanny Abdullah said…
Kalau anak sis kecik lagi memang sis dah bawak dah gi tempat ni..boleh mak dia tumpang sekaki..hehehe. Nanti nak suh anak buah yg kecik2 merengek gan mak depa suh bawak ke tempat ni..kalau ada rezeki boleh sis ikut..:D
Nadia Johari said…
Kita pun yang tengok iklan ni nak sangat pergi..hahaha..memang teringin nak pergi ke hello kitty ni..seronok tengok comel-comel..lagi ada watak kartun2 ni
Rawlins GLAM said…
Kalau anak saudara Rawlins dekat, mesti dah bising minta bawa sebab depa peminat Thomas tu. Nasib la jauh haha.
Seronoknya! Mouse mommy pun dah bagitau adik yg duduk kat Johor dan jugak kwn2 yg kerja kat Singapore! Mereka nak bawa famili dan ank2 skali utk mengunjungi hujung minggu ni jugak!
Precious Cla said…
Yay !! memang ada planing nak kesana dalam 2019. tak dapat bayangkan keseronokan my niece kalau nak kesana. Dulu sempat ke Legoland saja & dia sangat excited sama macam auntie nya haha
Nak pergi!!! Hahahah bestnyaaaa. Mengimbau kembali zaman kanak-kanak kalau pergi Sanrio Hello Kitty ni. Adik kita yang paling kecik lelaki pulak. Kalau ajak mesti dia takmau ikut punya hahah.
rubydotmy said…
Haishhh dah lama tak bercuti. Macam best je plan ke sini. Pastu menginap di hotel berdekatan. Hehehe. Si Adam minat Thomas tu. InsyaAllah bleh plan nanti.
sya mimie said…
Wow.. Bestnya..
Kita rasa kan, bukan anak anak yang happy dibawak ke situ,
Tapi mak ayahnya pun ikut enjoy sekali.
Selalu kalau anak anak happy, mak ayah lagi la happy kan.
Hehe
Wow menariknya.. Tapi hari tu masa pi JB suntuk sangat.. Xsempat nak xplore JB pun... Rugi plak rasa.. Haihhhh... Nak kena repeat balik la nnt

Popular Posts