Ameer dan Amani Belajar Buat Biskut Gingerbread Man di Pra-Sekolah White Lodge International

Antara aktiviti cuti sekolah saya bersama anak adalah menyertai kelas membuat biskut. Dan untuk kali ini saya telah menghantar Ameer dan Amani belajar buat biskut Gingerbread Man di Pra-sekolah White Lodge International di Bangsar South.

Masa pertama kali saya sampai disini, memang saya begitu kagum dengan persekitaran sekolah. Sangat cantik dan kemas. Apatah lagi lokasinya didalam bangunan Nexus Bangsar South sekaligus memberi kemudahan buat ibubapa yang bekerja di kawasan ini untuk menghantar anak mereka ke sini.


Untuk pengetahuan semua,  Pra-sekolah White Lodge International (White Lodge) merupakan prasekolah terkemuka yang telah melaksanakan modul pembelajaran terbaik Singapura. Dan untuk cawangan di Malaysia telah dibuka di Bangsar South dan Mont Kiara.

White Lodge mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1999 yang pada awalnya hanyalah tiga pelajar dan dua guru ysng bercita-cita untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik. Sejak itu, telah lebih 10,000 pelajar dari lebih daripada 30  prasekolah pertama di Singapura
yang memperkenalkan nilai pendidikan kreatif untuk kanak-kanak prasekolah.

Recap kembali aktiviti membakar biskut Gingerbread Man Amani dan Ameer di sini. Di mana segala persiapan bahan masakan dan tenaga pengajar yang cukup bersedia melancarkan program seperti yang dirancangkan.

Wajah dua beradi ini yang begitu teruja. Apa yang menarik didalam kelas membuat biskut ini, anak-anak diajar untuk membaca resepi yang telah diberikan sebagai rujukan. Belajar membuat sukatan bahan (matematik: pengiraan, tambah, tolak, darab dan bahagi). Selain itu mereka juga diberikan asas matapelajaran sains iaitu gabungan bahan tertentu akan menghasilkan sesuatu yang unik.

Sukatan tepung. Yang bagusnya setiap kali aktiviti dilakukan anak-anak juga diterangkan kenapa dan bagaimana ianya dilakukan. Ianya memang menyeronokkan!

Aktiviti seperti ini juga membantu anak-anak untuk lebih berdikari dan yakin diri.

Ameer memang sangat suka memasak. Jadi bila beliau berpeluang membuat sendiri aktiviti seperti ini memang nampak beliau sangat bersungguh dan komited.

Di Pra-sekolah White Lodge International juga sering memberikan motivasi anak-anak supaya sentiasa positif dan perlu ada semangat mencuba. Ini sekaligus dapat mendidik anak-anak untuk tidak berasa malu atau rendah diri apabila berhadapan dengan orang.

Semangat ingin tahu yang tinggi! Mummy perasan beberapa kali Ameer curi rasa tepung yang sedang hendak dibancuh, hahahahah.

Part mengguli adalah aktiviti paling menyeronokkan!

Apatah lagi ketika diberi acuan membuat biskut, gambar gingerbread man!!

Bila dapat menghias serta menghasilkan macam-macam hasil seni kreatif yang dipertonjolkan, ini adalah bakat seni yang ada dalam diri anak-anak tanpa kita sedari.

Ameer dan Amani bersama hasil biskut Gingerbread Man mereka!

Warna pink adalah wajib ada untuk biskut Amani, hiks.

I love this smile. Ameer bersama biskut yang berjaya dihiasnya sendiri.

Dah siap biskut, jom balik!!

Antara peserta cilik bersama ibubapa dan guru-guru Pra-sekolah White Lodge International Bangsar South.

Silibus dan sistem perancangan pelajaran yang sangat baik diperkenalkan di Pra-sekolah White Lodge International. Sukatan pelajaran yang banyak mendidik anak-anak bukan sahaja dari segi pendidikan asas awalan pelajaran tetapi ianya juga berkait rapat dengan tabiat dan tingkahlaku. Ini sangat membantu anak-anak untuk mereka menguruskan diri dan sebagai persediaan meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah yang lebih tinggi (sekolah rendah, menengah dan sebagainya).

Keterangan lanjut mengenai pra-sekolah ini boleh layari:-

Comments

Bestnyer aktiviti macam ni Ayu. Dulu masa Dania kecik2 memang selalu join aktiviti macam ni. Memang fun sangat2. Tengok tu 2 beradik tu teruja nak buat cookies dan menghiasnya.
Jane Chua said…
Best dapat buat biskut. Kanak-kanak pasti suka but I'm working. Unable to bring my children there to learn it instead.
sure fun for the kids, yeah baking is nice for them to learn and enjoy too. My kids haven't learn about baking yet, sure they wanna see this too.
Maha Mahu said…
Amboi kecil-kecil dah belajar buat biskut nak jadi chef ker atau nak jadi food blogger macan uncle ni wakakakaka.. Tapi best ada aktiviti sihat mcam ni boleh mak dan anak dua-dua join sekali kan...
Abby Onety said…
Duh Ameer dan Amani pasti senang tuh belajar buat biskut. Ikut kelas ini sangat mengedukasi pemahaman anak sambil bermain. Jadi enjoy mereka
Amanda Suria said…
Bila cuti sekolah dan anak2 berpeluang mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti memang sesuatu yg menarik..suka tgok anak2 ayu..ada je aktiviti mereka..SA cuti hujun tahun ni memang x dapat bawak kakak dania kemana-mana memandangkan SA x sihat...tp dia ada je aktiviti kat rumah..dengan keyboard dan guitar practice la..macam2 la...
JMR said…
Seronok anak-anak dapat join aktiviti membuat biskut gingerbread..pasni dah terer boleh tolong mak buat biskut raya la plak kan.
Merry Christmas! Fun gingerbread session for parents and kids together! Have fun! :)
Bonda Chanteq said…
Satu program yang amat baik bagi mengadah minda anak2...cuti persekolahan yg agak panjang pasti membuatkan ibu bapa merancang aktiviti untuk anak2 agar masa cuti persekolahan diisi dengan perkara yang baik dan bermanfaat...terima kasih atas infor ini...
CXopportunities said…
Bagusnya ada aktiviti untuk anak². Anak² pon suka dan boleh belajar benda baru. Dalam masa yang sama, dapat mendidik bakat anak² dan semangat yang tinggi dalam diri mereka. Bagus sangat sebab dapat mengisi masa cuti sekolah dengan penuh manfaat yang baik.
Gingerbread Man is a must for Christmas. the kids seem so happy to make it themselves. must taste very nice also kan. so cute the decorations
dr-Life said…
wah so nice!!!! envy them hahaha... got to learn all this is a good one.. who knows one day they found out that baking is their passion and be a famous baker chef
bagusnya ayu nih...memang sejenis mak yang gigih dan rajin ambik peluang serta meluangkan masa memenuhi cuti sekolah anak2...aktiviti yang bermanfaat untuk mengasah minda anak2 ...tengok anak2 ayu pun tahu..memang diorang seronok...kita ni jer kurang anak kecik...dulu rajin gak...sekarang dia buat aktivi kat rumah jer dengan sepupu2...ehehehehe
Henry Tan said…
a nice class to spend time with the kids especially during this school holiday. they can learn to cook starting at such a young age too!

How to deal with markets ups and downs?
Nadia Johari said…
memang best sangat buat aktiviti memaska dengan anak macam ni. Anak-anak enjoy, dia dapat buat sendiri dan foukus dalam memabuatnya..fariza suka giler..hehee..tak sangka school mcm ni ada dekat bangsar, boleh hntr lagi nanti
Emilinda said…
Syoknya dioranggg. Budak2 kalau sesekali dapat belajar benda2 macam ni mesti diorang excited dan happy. Yela, asyik mengadap buku je bosan jugak diorang.
Lia Hasty said…
Terujanya tengok kanak-kanak buat ginger bread sendiri. Mesti happy dapat hasilkan biskut hasil tngan sendiri. Lagi berkembang minda kanak-kanak kan.
Hanny Abdullah said…
Kalau sekolah biasa ada aktiviti cam ni kan best, sure anak2 seronok. Tapi sure mahal le pulak kan nak masuk sek international..:D. Dulu Aeysha pernah gak sis htr sek macam ni..mak aii mahai bebenor tapi macam-macam aktiviti ada dan menarik
Terbaik lah Pra-sekolah White Lodge International ni, banyak silibus menarik untuk anak-anak. Aktiviti Yang dianjurkan pula sangat menarik minat anak-anak untuk turut serta. Buka lah satu di Kajang ye.hehe
Precious Cla said…
Seriously, this kind of activities memang sangat baik dan membantu kanak-kanak menjadi manusia kreatif, rajin dan berkemahiran. Bestnya budak-budak da diajar buat ginger bread man, sy yg dah tua-tua ni pun belum reti buat. haha
ADEEYA said…
Best pulak tengok ativiti macam ni. Tak sabar tunggu the kids besar sikit.

Popular Posts