Bengkel Pigeon 'Beautiful Me' Yang Ohsem


Sebagai ibu, tugas hakikinya setiap hari memang tidak akan berhenti. Dari awal pagi sehinggalah malam, banyak perkara dan kerja yang perlu dibereskan bagi memastikan segala keperluan anak dan suami tersedia dan teratur, Namun, sebagai ibu kita tidak boleh menafikan hak kita untuk mendapatkan 'me time'. Biarpun tidak lama tetapi masa untuk diri sendiri adalah sangat penting agar kita lebih relaks dan juga terapi. 


Saya telah menyertai Bengkel Pigeon 'Beautiful Me' di Isetan The Japan Kuala Lumpur. Ini adalah salah satu cara saya menggunakan 'me time' saya dengan aktiviti bermanfaat dan berkualiti. Sebagai ibu saya sentiasa mencari ilmu keibubapaan terkini (parenting) terutama tips penjagaan anak dan juga mencuba sesuatu hobi yang baru seperti membuat kraf dan sebagainya.

Bengkel dimulakan dengan kata-kata aluan dari pihak Pigeon Malaysia. Sedikit penerangan tentang perjalanan aktiviti sepanjang bengkel. Antara 3 aktiviti sepanjang bengkel Pigeon 'Beautiful Me' - Beauty in the natural flow of the things :-

  • Skincare for pregnant moms and newborn babies
  • Terrarium Building Workshop
  • Baby Journaling Tips

Sebenarnya saya memang pengguna produk Pigeon sejak anak pertama lagi. Jenama Pigeon yang berasal dari Jepun mula dperkenalkan pada tahun 1957 banyak mengeluarkan produk-produk yang mesra bayi.

Antara produk Pigeon yang sentiasa menjadi pilihan saya untuk si manja seperti:-

Pigeon Hand & Mouth Wet Tissues ini antara yang sentiasa menjadi pilihan saya. Ini kerana ianya bukan hanya untuk membersihkan tangan semata-mata bahkan ianya juga selamat digunakan untuk membersihkan mulut. Wet tissues ini tidak mempunyai bahan kimia dan dihasilkan daripada 100% 'Food Grade ingredients'. Jadi kita boleh amalkan untuk lap tangan dan mulut anak menggunakan Pigeon Hand & Mouth Wet Tissues sebelum serta selepas mereka menikmati makanan.

Pigeon Anti-Bacterial Wet Tissues juga sangat efektif untuk membunuh 99.99% bakteria. Kalau kita nak gunakan untuk lap barangan utensil bayi, kanak dan dewasa memang tidak akan ada masalah. Ini kerana ianya juga dihasilkan dari 100% 'Food Grade ingredients'.

Pigeon Baby Wipes antara yang terbaik jika digunakan ketika menyalin lampin anak. Tekstur tisu sangat lembut daripada kapas. Mempunyai 99% pure water sekaligus ianya selamat untuk kulit bayi. Pada masa yang sama ianya juga dapat melembutkan kulit punggung bayi selain dapat mengekalkan kekeringan.

Pigeon Moisturizing Cloth mempunyai minyak Lanolin semulajadi yang mampu memberi lebih perlindungan dan kelembutan kepada kulit bayi. Mudah digunakan untuk kebersihan secara efektif.

Siri penjagaan Pigeon Newborn Pure ini adalah antara menjad feveret saya. Produk yang menggunakan "Natulayer" mampu mengekalkan kelembapan kulit si manja dua kali ganda. Antara produk didalam siri penjagaan Pigeon Newborn Pure ini ialah Purifying Body Wash, Moisturizing Lotion, Nourishing Shampoo, Protective Cream dan Calming Oil.

Calming Oil dari Pigeon Newborn Pure ini memang best kalau digunakan dalam urutan bayi. Baunya memang menenangkan dan memang kita akan lihat si manja kita akan begitu selesa semasa dan selepas urutan dilakukan.

Untuk pastikan segala perkakasan bayi dan makanan seperti sayuran serta buahan selamat digunakan atau dinikmati. Saya syorkan pada korang untuk menggunakan produk Pigeon Fluid Cleanser. Dihasilkan daripada 100% 'Food Grade ingredients', kembut dikulit, senang dibilas dan banyak lagi. Paling penting ianya mampu membunuh 99.9% bakteria.

Kita juga mempunyai pilihan untuk menggunakan Pigeon Foaming Cleanser. Seperti kebaikan Pigeon Liquid Cleanser cuma siri ini ianya didatangkan didalam bentuk 'foam' (buih).

Banyak infomasi mengenai masalah enzema, nappy rash, pigmentasi (bagi wanita) dan banyak lagi telah dikongsikan oleh Dr Leong Kin Fon (Pakar Paedetrik Dematologi). Menurut Dr. terdapat pelbagai jenis enzema dan masalah keradangan (ruam) kulit sering terjadi pada bayi serta kanak-kanak. Kita perlu memahami dan tahu jenis enzema atau  penyakit kulit yang mereka alami bagi memudahkan kita membuat rawatan yang seterusnya. 

Sepanjang diskusi Dr. Leong juga menasihatkan ibubapa untuk memilih produk penjagaan yang sesuai dengan kulit anak bagi mengelakkan masalah kulit anak semakin melarat. Selain daripada menjaga kebersihan pada tahap terbaik, pengambilan makanan yang sihat juga penting.

Kami juga telah dihidangkan dengan makanan enak Jepun ketika waktu makan tengahari. Serius agak unik cara persembahan makanan dan ke semua yang disediakan memang sedap. Sambil menikmati hidangan kami sempat berbual dan bertukar-tukar cerita sesama sendiri. Memang seronok apabila kita dapat berkongsi pengalaman sebagai ibu bersama dengan rakan ibu yang lain. Hehehe.

Tada!!!!! Memang licin bekas ini tau sebab saya berjaya habiskan semua hidangan Jepun yang disediakan.

Seterusnya kami membuat aktiviti terrarium! Sebenarnya ada teknik yang digunakan bagi menghasilkan terrarium yang cantik dan tahan lama. Paling penting ianya perlu disiram (dalam sebulan sekali untuk bekas kedap) dengan menggunakan air mineral, alkaline dan ROI.


Ini adalah antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membina terrarium. Paling penting kena ada tanah kompos yang bertindak sebagai baja organik yang mampu menyuburkan tanaman.

Lihat hasil hasil terrarium saya :-) ada geng Pokemon didalamnya, hehehe.

Aktiviti terakhir kami adalah belajar membuat "Baby Journaling".  Pelbagai perkongsian dan tips telah diberikan pihak Fujifilm Instax. Aktiviti ini memang seronok! Kita mampu menzahirkan seni kreativiti dalam diri bagi menghasilkan 'buku kraft' yang menyimpan segala kenangan (milestone) si manja dari mereka kecil lagi.

Selain tips dan teknik dalam mengambil gambar. Diberikan juga buku nota 'Baby Journaling' sebagai panduan serta rujukan terutama ketika momen yang boleh dirakamkan semasa si manja masih bayi lagi.

Pencetak Fujifilm Instax ini memang sangat praktikal untuk mencetak gambar poloraid di mana sahaja pada bila-bila masa. Paling best pencetak ini juga boleh dikongsi dengan ahli keluarga atau rakan lain. Apa yang perlu hanyalah di telefon kita perlulah mempunyai aplikasi Instax Share dan juga rangkaian internet (wifi).  Terima kasih Fujifilm Instax kerana menaja untuk cetakan gambar paloraid keluarga saya.

Inilah hasil kerja saya dari aktiviti "Baby Journaling", hehehehe. Comel tak?? :p

Memang seronok dan puas hati, itulah saya dapat gambarkan sebaik sahaja tamat Bengkel Pigeon 'Beautiful Me' . Banyak ilmu baru tentang dunia keibubapaan (parenting), mengenali lebih dekat produk Pigeon, aktiviti seni yang menarik dan pelbagai lagi dapat saya belajar sepanjang bengkel berlangsung. Sememangnya 'me time' saya bersama Pigeon banyak memberi manfaat dan begitu menyeronokkan :-)

Terima kasih Pigeon di atas jemputan dan juga cenderahati yang ohsem!

Comments

Mrs Liez said…
Betul.. bila dan ada anak mmg kita lupa utk rwlax dan me time kan.. liez pun sama kena juga ada masa me time tu.. and pigeon one of the brand liez pakai even anak2 dah bukan baby.. sbb bagus dan harga berpatutan
Memang bagus activity camni as me time kan. Boleh reflect tentang diri sendiri dan baby. Lebih banyak la produk baby lepasni. First time dengar brand Pigeon ni. Packaging dia nampak comel comel sesuai la untuk baby hehe.
Nur Amni said…
Waaa pigeon pun ada range skincare product utk baby dan ibu ya kak ayu.
Boleh pergi cuci mata lepas ni.Yang penting natural so rasa lebih selamat skit nak guna pada anak kita kan.
Sekarang banyak sangat lambakan produk yg merbhaya.So Pigeon ni jenama yang dah lama,so yakin sikit nak beli.
AzianKhalil said…
dulu selalu juga beli jenama pigeon ni....sekarang belaasah aje apa yg tercapai dek tangan. dah balik baru tengok jenama
Khai Artzfar said…
alahai comelnya! hahah ingatkan jenama burung je rupanya produk baby. tq sbab share segala info mereka. bolehlah nanti recommend pada yang lain nanti especially new parents kan? kat mana boleh dapatkan produk ni ya
sya mimie said…
kita biasa dengan jenama ni. Tapi jarang guna produknya. Lepas ni boleh la try produk ni pulak.
Seronok dapat join bengkel macam ni. Rasa macam masa tu dapat digunakan sebaiknya kan.
Ilmu pun dapat. Kita belum berpeluang nak join macam ni.
Ana Suhana said…
Bagus bila ber Me time dengan bengkel seperti tu. Sambil relax samnil timba ilmu. Pigeon antara jenama pilihan para ibu. Kesemua produknya selamat dan sesuai utk kulit bayi.
Ai pergi event untuk barangan bayi nak ada baby lagi ker hehehehe tapi baguslah tengok semua produk ni sesuai untuk kanak-kanak dan selamat. Nanti boleh beli dan buat hemper khas pada sedara yang dapat baby baru ok juga kan idea tu hehehehe...
Zharif Azis said…
Nampak ia sebuah rangkaian produk baby yg bagus yer. Sesuai utk kulit si manja dan yg penting boleh melembapkan kulit 2 kali ganda. Which is good. Xadalah kulit dorg kering. Boleh jadikan buah tangan utk mereka yg baru melahirkan
Cindyrina Rina said…
This brand is super new to me. But really look awesome for baby. Certainly will check this out for my friend's baby shower soon.I love terrarium.
JMR said…
Pigeon ni memang dah lama dalam market tapi tak berapa femes cam Anakku, Avent kan..tapi lately, brand awareness diorg memang mantap..dah sama level dengn brand femes lain..terbaik!
Mohamad Faris said…
Bestnya join aktiviti mcm ni. Menambah sifat kekeluargaan tu dlm diri. hehehe. Btw jenama pigeon ni mmg famous sbb kakak pun pakai untuk baby dieorang. hehehe
yay I have enjoyed the workshop that day too. such a informative morning and noon for all of us. I miss the yummy food, and the fun activities lar
Jia Shin Lee said…
Such a wonderful event, I wanted to join this badly, unfortunately, I was away last weekend, Pigeon is a great brand and I'm still using their shower gel for my kids.
Nadia Johari said…
Yup nad guna juga wipes tissue baby pigeon ni kadang2..elok kulit anak..lembut je..wah seronok aktiviti macam ni..tau pasal cara jadi ibu bapa, wlauapun dah banyak anak, tetap kena belajar kan
Rawlins GLAM said…
Jangankan ibu, orang dah bekerja pun perlu 'me time'. Next time ajak I please - nak buat terrarium gak hahah
Emilinda said…
Syoknya akak dapat join bengkel macam ni. teringin jugak. Tapi tak pernah dapat join pulak, hehe. Btw me time ni selalu ibu2 la yg susah sket nak dapat sebab nak kena uruskan anak2 kan..
rubydotmy said…
Produk pigeon memang bagus kak. Harga pun tak mahal sangat. Saya sekarang ni guna pencuci dari pigeon. Botol susu anak-anak ni kena jaga Elok-Elok.
Halimah Muhiden said…
Produk pigeon memang dah lama terminal, sangat sesuai utk anak2
Wowww.. Bestnya wat terrarium tu.. Suka sangat... Saya pun pkai pigeon lotion tu.. Bagus sgt utk skin anak saya.. Pastu bau pun calmin ja

Popular Posts