KARNIVAL YER END ZAKAT DI MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU


Karnival Yer End Zakat anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah berlangsung dengan meriahnya di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju. Untuk pengetahuan semua karnival ini berlangsung selama dua hari iaitu 1 Disember dan 2 Disember 2018, yang bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.


Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran kewajipan berzakat terutamanya zakat harta. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti keagamaan dan santai bagi mengajak lebih ramai umat islam untuk bersama-sama menyertai serta menghayati terutama program ceramah dan sebagainya.







Terdapat 90 booth jualan yang akan dibuka dengan pelbagai tawaran menarik diberikan. Selain itu terdapat booth jualan asnaf, acara memanah, pertandingan azan dan juga peraduan Master Chef bersama Chef Zubir Ali. Dengan pelbagai aktiviti yang disediakan mampu menarik pelbagai lapisan usia untuk datang dan menyertai sama.




Anak-anak pasti akan teruja dengan kehadiran Didi &Friends, Omar & Hana dan juga akan diadakan pertandingan mewarna. Selebriti seperti kumpulan Hijjaz, Raihan, Ustaz Wan Akasyah, PU Amin, PU Idris, Ustazah Nor Bahiyah dan ramai lagi akan sama-sama hadir dan memeriahkan majlis. Banyak acara perkongsian yang akan melibatkan artis yang dijemput.


Selain itu turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang yang telah memenangi pelbagai jenis hadiah bersempena dengan Kempen Skim Thohir 2018. Berikut adalah senarai pemenang dan hadiah yang mereka miliki.






Nak dapat kain selimut secara percuma, ikuti caranya di atas ya! 
*Penebusan selagi stok masih ada tau!

Jom ramai-ramai kita mengimarahkan lagi program yang diadakan di Masjid Usamah bin Zaid Wangsa Maju. Bawa keluarga dan war-warkan kepada rakan-rakan untuk singgah di Karnival Yer End Zakat yerrppp..

Bayar zakat, Hidup lebih berkat!
KARNIVAL YER END ZAKAT DI MASJID USAMAH BIN ZAID WANGSA MAJU Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 01, 2018 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.