Persediaan Ke Sekolah | Kami Memilih Kasut Pallas

Di waktu cuti sekolah yang panjang ini memang saya mengambil peluang untuk membuat persediaan persiapan barangan kelengkapan ke sekolah. Antara senarai keperluan sekolah yang WAJIB disediakan awal seperti:-

1. Kasut sekolah
2. Uniform
3. Stokin
4. Beg sekolah
5. Alatan tulis
6. Buku latihan 

Dan barangan kelengkapan sekolah pertama yang telah saya sediakan awal adalah kasut sekolah. Bagi saya sendiri jika kita dapat menyiapkan kelengkapan sekolah lebih awal sekaligus dapat mengelakkan rasa kelam-kabut di saat akhir. Selain itu ianya juga bagus dalam membuat perancangan perbelanjaan sekolah anak-anak.

Saya memang memilih jenama PALLAS. Bagi saya ianya jenama cukup 'legend', begitu terkenal dari zaman persekolahan saya lagi. Dengan adanya pelbagai pilihan rekaan menarik juga menjadi antara faktor mengapa saya dan anak-anak memilih jenama PALLAS sebagai kasut sekolah setiap tahun.



Kasut PALLAS di atas ini direka khas untuk memberikan keselesaan kepada kaki anak. Diperbuat daripada kain kanvas yang berkualiti tinggi dan dibahagian dalam sangat lembut. Paling penting kasut ini sangat ringan jadi ianya tidak memberi beban kepada pelajar yang kita sedia maklum harus membawa begitu banyak buku setiap hari.


Kasut bagi anak kedua ialah dengan kasut kanvas yang bertali. Ciri-ciri yang didatangkan di dalam rekaan kasut PALLAS JAZZ STAR ialah ianya mempunyai 'rubber insole' (pelapik getah yang sangat selesa). Seperti yang kita maklum Insole daripada getah adalah yang terbaik berbanding yang lain kerana ianya memberi lebih keselesaan. Dengan keunikan ciri 'rubber insole' ini juga boleh memberi lantunan lebih baik. Apatah lagi dengan rekaan “Fitting” terbaru yang lebih lebar sekaligus memberi keselesaan maksima. Sekaligus ianya dapat memelihara kesihatan kaki anak. Ini terutamanya jika mereka perlu memakai kasut sekolah untuk satu tempoh persekolahan setiap hari dari pagi sehingga petang.

Kasut PALLAS JAZZ STAR ini memang sentiasa menjadi kegemaran anak saya yang bersekolah menengah. Keterampilan anak tampil lebih kemas dan rekaannya yang cantik memang sesuai dengan jiwa anak remaja.

Terdapat banyak saiz kasut yang ditawarkan untuk setiap rekaan. Dan saya dapat lihat biarpun berbeza dari segi rekaan, namun konsep rekaan PALLAS tetap mementingkan keselesaan dan kesihatan kaki anak.

Nampak bergaya apabila dipadankan dengan uniform sekolah. Saya juga dapati kasut PALLAS kualitinya sangat lasak. Biarpun pemakaian kasut adalah setiap hari ditambah dengan pelbagai aktiviti, kasut PALLAS mampu bertahan lama dan boleh digunakan dengan selesa untuk satu tempoh yang panjang.
Korang boleh dapatkan kasut PALLAS sempena Promosi Kembali Ke Sekolah di pasaraya besar seperti Tesco, AEON, Mydin dan banyak lagi. Banyak promosi menarik dengan harga begitu berpatutan ditawarkan sepanjang promosi ini. Cepat dapatkan sebelum kehabisan!

PALLAS sentiasa menjadi pilihan,
Rekaan terbaik memberi keselesaan!

Untuk keterangan lanjut mengenai produk kasut PALLAS, korang boleh layari:-

Persediaan Ke Sekolah | Kami Memilih Kasut Pallas Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 04, 2018 Rating: 5

24 comments:

  1. Lately I keep seeing this brand of shoes, must be really good, will keep this in mind, my daughter will be entering in another 3 years 😂

    ReplyDelete
  2. yeah Pallas brand is affordable, looks like you chosen black shoes.Now looking at them are nice too, I chosen for my sons are white color. Spot the styles that same as my son :D

    ReplyDelete
  3. Ayu pun pakai pallas dulu masa sekolah. best!!

    ReplyDelete
  4. Dari zaman Ana sekolah kasut Pallas dah jadi pilihan. Skrg turun ke anak. Baru2 ni bawa dia beli kasut sek. Memang tak pilih jenama lain dah. Harga reasonable dan dan tahan lasak.

    ReplyDelete
  5. Kasut Pallas memang bagus dan dipercayai sejak dulu lagi. Dulu saya pergi sekolah pun pakai kasut Pallas. Memang selesa dan tahan lasak. Kaki pun tak sakit. Nanti nak belikan anak anak kasut Pallas juga.

    ReplyDelete
  6. #11 Bestnya! Teringat zaman sekolah masa untuk siapkan kelengkapan sekolah. Macam macam kena beli, mesti buat list dulu. Kalau tidak, memang tak ingat. Ya, kasut sekolah adalah paling penting sebab ianya membawa keselesaan untuk kita seharian di sekolah dengan aktiviti² yang banyak. Pallaz juga pilihan terbaik untuk pelajar.

    ReplyDelete
  7. ciktom 1 family pun memang suka pallas..kasut pallas mmg evergreen..dr zaman sek lg semua berebut nak pakai sbb trendy n selesa pakai..

    ReplyDelete
  8. Pallaa antara brand kasut sekolah yang popular jugak . Time CCL sekolah dulu pun pakai jenama pallas ..

    ReplyDelete
  9. Memang Legend ni. I masa sekolah pakai Pallas jugak. Wahhh cecantik eh design Pallas sekarang ni ye?. Kasut sekolah Dania tahun depan nak cari sepasang lagi kot so that boleh la tukar-tukar kasut. Senang sangat nak jaga kasut hitam ni berbanding yang putih.

    ReplyDelete
  10. Pallas ni mmg brand legend ni kan, hehe teringat lg even dr zmn my mom dulu pon dh ada kan mmg lama betul dh hehe. now hariu bru lg pergi tengok2 brgn keperluan sekolah untuk anak qeela jugak, dia pon suka nak pakai kasut sekolah baru jenama Pallas ni lgsg beli hehe. Mmg nmpk selesa betul dia try pakai tu 😁

    ReplyDelete
  11. Wahh, dah bermula ye penyediaan barang sekolah untuk anak-anak. Sekejap je masa berlalu~ Pallas yang Jazz Star tu memang ramai student yang pakai. Senang dan selesa. Design pun up to date :)

    ReplyDelete
  12. tunggu anak baik drpd sunat baru gi cari barang sekolah...

    ReplyDelete
  13. For my children school shoes, I choose Pallas too. It is comfortable and the price is affordable.

    ReplyDelete
  14. Pallas pun dab banyak penambahbaikan. Compare to zaman saya yang suka kasut McDonald's mereka tu. Hahaha. Nanti anak saya lg 3 tahun nak masuk sekolah, ruby akan cari kasut Pallas yang ada tutup velcro tu. Senang skit. Hehe. Masa tu kasut hitam dah berkuat kuasa. Walau kasut hitam, setiap minggu kena basuh! Jangan malas. Hehe

    ReplyDelete
  15. back to school soon ya. recently a lot bloggers share this. must be good shoes. I would bring my girls to try it out. hope she likes to wear it la. but I dunno buy white or black aih

    ReplyDelete
  16. Dulu masa AM jadi pengawas sekolah rendah, kasut Pallas mmg jadi pilihan.. Sbb selesa bila pakai n sangat sesuai utk org lasak cam AM

    ReplyDelete
  17. Pallas memang brand dah lama dan yang penting tahan lasak.. Liez dulu mmg pakai pallas..setahun memang 2 pasang je tak tukar lain.. lasak2 pun tak mudah koyak atau rosak.

    ReplyDelete
  18. Pernah guna sekali je jenama pallas ni dulu pastu xberkenan dah hahaha
    Jenama apa satu kg yang famous tu
    BATA rasanya
    Setia dengan BATA lama jugak hahaha
    Tiap kali tengok BATA memang ingat kasut sekolah je

    ReplyDelete
  19. Wow dah beli kasut hitam hehehe standby siap2 sedangkan lambat lagi wakakaka.. Tapi teringat kenangan pakai kasut pallas juga dan bila lambat basuh waktu malam atau hujan akan letak belakang peti ais nak bagi kering hehehe memang kenangan sangat...

    ReplyDelete
  20. Sekarang dah start kena pakai kasut hitam ye? cantik jugak design kasut pallas. nampak smart je. hehehe

    ReplyDelete
  21. pernah jugak beli kasut pallas dulu.. sangat berkualiti. pastu boleh tahan hingga tiga tahun juga.. berbaloi2. hee

    ReplyDelete
  22. Surprisingly the canvas shoe actually looks quite stylo! Can probably wear it out without problem haha.. black shoes look better than the old white school shoes that we wore

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.