Produk Kiper Membantu Mengatasi Masalah Tulang Belakang dan Lenguh Bahu

Tidak dinafikan pada hari ini dianggarkan dalam 80% golongan dewasa yang ada mengalami maslaah sakit belakang. Ini selalu dikaitkan dengan posisi ketika duduk dengan cara yang tidak betul. Untuk mengatasi masalah sakit belakang yang dialami beterusan, kita perlulah mencari alternatif  bagi merawatnya. Selain daripada pengambilan ubatan adalah disyorkan kita menggunakan produk yang dapat mengurangkan dan merawat kesakitan yang kita alami.

Dan saya berkesempatan menemui Master Dato' Dr. Chris Leong pakar penetapan tulang terkenal di Malaysia di majlis pengenalan produk Kiper. Untuk pengetahuan semua Kiper sebuah jenama yang mempunyai kepakaran dalam mencari solusi berkaitan dnegan isu-isu sakit belakang. Syarikat ini telah bekerjasama dengan pakar dalam bidang sakit belakang dan seterusnya membangunkan produk yang boleh mengurangkan kesakitan dan paling penting produk yang diperkenalkan dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Kenalkan Mr Jon Lai Pengasas Kiper Sdn Bhd bergambar bersama dengan Master Dato' Dr Chris Leon di satu majlis pelancaran produk Kiper iaitu Pendakap Bahagian Bawah Badan Kiper Essentials dan Pembetul Bahu Kiper Essentials.

Di sebelah kiri adalah Pendakap Bahagian Bawah Badan Kiper Essentials. Manakala di bahagian kanan adalah Pembetul Bahu Kiper Essentials. Kedua-dua produk ini dapat membantu menegakkan bahagian atas dan bahagian bawah belakang serta bahu.

Pendakap Bahagian Bawah Badan Kiper Essentials direka dengan rekaan yang lebih ergonomik, memberi keselesaan posisi ketika duduk dengan memberi sokongan serta melegakan tulang belakang.

Untuk Pembetul Bahu Kiper Essentials ianya merupakan produk pembetul bahu yang pertama direka oleh Pakar Ortopedik di Malaysia. Ianya sangat membantu memperbetulkan bahagian bahu ke posisi semulajadi dan juga dapat menghalang pembongkokkan perlaku.

Biarpun kedua-dua produk ini direka untuk kegunaan bersama. Namun ianya boleh digunakan secara berasingan. Bergantung kepada keselesaan dan kehendak pengguna.

Master Dato' Dr Chris Leon juga telah menunjukkan cara penggunaan kedua produk ini serta jenis aktiviti atau senaman yang boleh dilakukan. Ianya perlu dilakukan secara konsisten 15 minit setiap hari dan boleh dilakukan di mana sahaja kita berada.

Antara senaman/workout yang boleh dilakukan dengan produk ini seperti :-
  • Arch style
  • Tip Toe
  • Marching
  • Waist Twist
  • Paddle Style
  • Head Tilting
  • Rearward Arm Stretches
  • Rowing Boat
  • Diver Pose
  • Gravity Pull

Selain itu kami juga berpeluang mendapatkan urutan CLM (Chris Leong Method) di sini. Memang best rasa tubuh badan selepas ditarik di bahagian tertentu. Segala lenguh dan sakit sendi semuanya boleh hilang tau. Sehingga kini terdapat hanya 2 cawangan CLM yang terletak di Lembah Klang.

Pendakap Bahagian Bawah Badan Kiper Essentials didatangkan dalam beg yang sangat praktikal. Jadi mudah untuk kita bawa ke mana sahaja.

Bila dibuka ianya adalah seperti gambar di atas. Jadi jika kita tidak menggunakannya, hanya tutup dan zip sahaja.

Setelah saya menggunakan dalam 8 hari secara konsisten sekurang-kurangnya selama 15 minit. Dan saya juga ada melakukan beberapa workout/senaman ringkas seperti yang disyorkan. Saya dapati masalah sakit di belakang badan memang berkurang. Jika dulu saya sering terasa lenguh di bahagian bahu dan belakang, kini kesakitan itu semakin berkurang.


Tip-Toe. Dengan mengangkat kaki kiri dan kanan sevara bergilir-gilir. Perlu dilakukan dalam 8 kali.

Waist Twist. Ke kiri dan kanan dalam 10 kali.

Head Tilting. Bengkokkan kepala kiri dan kanan dala 5 kali.

Diver Pose. Tangan perlu ke belakang, tengah dan hadapan. Sebanyak 5 kali.

Paddle Style. Gaya seperti mengayuh basikal. Perlu lakukan dalam 10 kali.

Terdapat banyak lagi cara workout/senaman ringkas boleh dilakukan bersama produk Kiper. Apa yang penting bagi mereka yang ada mengalami masalah sakit belakang dan bahu boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Ternyata senaman yang betul dengan produk yang memang direka khas oleh Pakar Ortodik antara solusi yang boleh diambil bagi mengelakkan kita merasai kesakitan belakang seumur hidup.

Keterangan lanjut boleh layari:-


Produk Kiper Membantu Mengatasi Masalah Tulang Belakang dan Lenguh Bahu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 09, 2018 Rating: 5

17 comments:

AzianKhalil said...

Boleh la cari dan try nanti....mmg tgh sakit belakang, bahu dan lengan. Sekarang asik tampal koyok je. Faktor postur badan sedikit bongkok agaknya

Nina Mirza said...

Bagusnya ada produk gini. Memang kadang posture berdiri, angkat barang berat antara faktor kita selalu sakit badan. Huhuuu... Pi urut selalu pun tak kurang kadang. Nak kena cari laaa satu ni. Thanks sharing

Hasif Hamsyari said...

Bagusnya produk ni. Boleh galakkan pengguna untuk buat senaman ringan walau di mana dan bila-bila jua hatta di rumah sambil tengok movie kan. Bolehlah nanti nak suggest pada mak dan abah. Mana tahu diorang berminat boleh berikan sebagai hadiah! 😁

Sharmin said...

Wow ! This product is something that I really need to try because I do have a very bad back and it makes me look quite weird. This also seems to be the best Christmas gift for myself :P

Ezna Ahmad Khalili said...

Bagus juga produk ni. Pakar penetapan tulang?. First time I dengar pakar ni. Maybe kalau translate English I pernah dengar kot. Produk ni sesuai la untuk ibu2 / mereka yang mengalami lenguh bahu etc. Eh memang akan ada problem ni la selalunya kan sebab buat aktiviti kat rumah / aktiviti ekstrim. Bagus kalau dapat mencari solusi masalah sakit bahu ni.

Sherry Go Sharing said...

this is nice as my friend and family member would like to try this too. It seem easy to use and yeah my dear too been telling me he got knee pain too. Good support for bones yeah, too bad I not able to go as the day busy with kids.

Ana Suhana said...

Faktor posisi selalu menjadi punca sakit tulang belakang. Ana pun kekadang sakit2 belakang badan ni. Selalu tampal koyok atau sapu minyak je. Ni dah tau tentang produk kiper ni boleh lah usher. Mana tau kot kot hilang rasa tak selesa tu kan.

JMR said...

Produk yang boleh support tulang belakang ni memang diperlukan ramai. Sebab majoriti antara kita tak kisah sgt dgn hazad ergonomik..main belasah je

Cerita Huda said...

bagus yer produk terbaru ni. Huda memang ada masalah sakit belakang. rasa nak kena beli ni satu. Takut melarat sakit yer. Thanks for sharing

Auni Sofea said...

Sesuai tak digunakan untuk mereka yang ada masalah slip disc wak? Teringat kat colleague dulu yang terpaksa bayar RM60k untuk operation masalah slip disc dia. Kalau elok, bolehla suggest kat dia..

Mouse Mommy Treats said...

Terima kasih atas tips2 senaman ni. Mouse mommy pun selalu sakit bahu sebelah kanan. Kena menjaga postur badan sms duduk dan berdiri. Nampak produk ni bagus utk mengekalkan postur badan jugak. :)

Mimi Azirah said...

Berapa harga ni kak? Berkenan pulak dua dua produk ni. Memang kadang mengalami sakit pinggang dan bahu kalau duduk terlalu lama. Kadang sampai pusing kiri kanan nak betulkan pinggang. Memang sakit dan selesa bila bahu dan pinggang mula sakit. Nampak bagus produk ni. Kena cuba ni. Boleh juga amalkan senaman yang akak kongsikan.

Mrs Liez said...

Serius perlu ada benda mcm ni utk dipakai oleh org yg ada masalah sakit tulang brlaksng. Bukan apa. Kena ada rawatan dr rumah macam ni selain ke hospital. Best pulsk tgk benda ni..klau liez ada mmg best ni.. buat betulkan tulsng2 blkg

CXopportunities said...

Bagus sangat kipper ni. Cx dulu pernah beli jenis² gadget gini yamg support tulang belakang tapi yg murahlah dekat watson. Tak recommendedlah sebab tak padu perginya untuk support. Tp kipper ni mcm nice je sebab cx pon jenis yang sakit belakang badan sebab posture tak betul. Selalu mnta tlg hubby picitkan. Boleh dapatkan kipper ni nanti sebab sangat bagus . Thanks for sharing!

Henry Tan said...

yes having a right posture is important to your body structure. and good that such product can further help us especially during the daily chores that make us forgotten about the correct posture.

How to deal with markets ups and downs?

Jia Shin Lee said...

This is interesting, I have back aches all the time ever since I had a baby, wonder if taking up this product will help me.

dr-Life said...

This one amazing!! I'm looking for this one as well as this could help a lot on hunchback! Interesting reading this

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.