Sunway Lagoon Menunaikan Impian 200 Anak-anak Rumah Kebajikan Untuk Berseronok Sebelum Cuti Persekolahan Berakhir

Anak-anak bergambar sama dengan pasangan selebriti Sunway Lagoon - Kapten Quack dan Lady Quack.

Cuti persekolahan bakal berakhir, namun untuk program CSR terakhir Sunway Lagoon tahun ini telah memberi keseronokan kepada 200 anak-anak dari Sri Pandian Home, Rumah Kebajikan Darul Ehsan, Rumah Amal Al Firdaus, Agathians Shelte, dan Rumah Kanak-Kanak Angels. Ini juga merupakan program tanggungjawab sosial (CSR) yang dianjurkan oleh Sunway Lagoon dengan kerjasama Kumpulan Sunway.


My Ameer turut teruja apabila dapat bersama dengan anak-anak di sini. Satu pengalaman baru buat beliau apabila berpeluang bergaul dengan anak-anak yang lebih kurang usianya. Saya yakin aktiviti ini memberi satu pendekatan yang positif dalam diri anak-anak untuk menanam lebih rasa hormat, prihatin dan ada sikap belas terutama kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Selain daripada dapat bermain air di taman tema yang cukup  populardi Malaysia ini. Anak-anak yang dijemput juga berpeluang melihat sendiri persembahan istimewa di Teater Hidupan Liar dan juga mendekati haiwan-haiwan yang ada di Taman Hidupan Liar di Sunway Lagoon. Tidak dinafikan wajah anak-anak memang begitu teruja dan gembira apabila berada di sini.





 Setiap momen dirakamkan memang jelas kelihatan anak dan penjaga mereka begitu seronok berada di Suwnay Lagoon!


Anak-anak juga diberikan makanan hidangan tengahari yang cukup lazat dan berkhasiat. Dan paling best setiap seorang menerima hadiah iaitu merupakan beg nagi persediaan untuk ke sekolah pada awal tahun 2019. Beg sekolah tersebut adalah sumbangan darpada Kumpulan Sunway.


Semoga lebih bayak inisiatif kempen CSR sebegini yang mampu memebri impak yang positif kepada anak-anak yang kurang bernasib baik agar dapat menceriakan kehidupan mereka.

Psst! Nak war-warkan untuk Malam Tahun Baru, buat pertama kali Sunway Lagoon Malaysia menganjurkan Festival Glowtopia. Ianya adalah persembahan istimewa khas dibawakan dari Amerika Syarikat!

Pengunjung akan dapat melihatsendiri aktiviti-aktiviti yang cahaya yang cukup terkenal, antaraya seperti Blacklight Slide, zon Pertempuran Glow yang sangat menyeronokkan, persembahan secara langsung, pertunjukan api dan banyak lagi.
Sesuai untuk pengunjung yang berumur 7 tahun ke atas dan tiket yang boleh didapati dari harga RM89 dan seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, sila  layari www.sunwaylagoon.com atau hubungi 603 5639 0000.

Comments

banyak inisiatif dari badan-badan yang bertanggungjwab untuk sama-sama memeriahkan lagi musim cuti sekolah.. saya suka perkataan CSR itu sendiri.. best nyaaaaaaaaaaaaaa.. dah lama tak masuk Sunway Lagoon.. hee~
Anaqi Pro said…
Kan.. csr ni satu tanggungjawab sosial semua pihak kena amik bahagian

Popular Posts