Ameer Ke Tadika Islam MAIWP


Tahun ini umur Ameer 5 tahun, tentunya saya dan Dedet merancang untuk hantar Ameer ke sekolah. Memandangkan beliau juga sering meminta untuk ke sekolah sejak akhir tahun lepas. Cuma pemilihan sekolah kali ini perlulah berdekatan dengan sekolah kakak dan abangnya. Jika dulu pemilihan lebih kepada berdekatan tempat kerja saya dan kini tidak lagi, sob sob.

Dan kami telah memilih Tadika Islam MAIWP. Sebelah jer dengan sekolah kebangsaan Afiq dan Amani. Yuran pula sangat berpatutan iaitu RM50. Ada peningkatan dari tahun lepas iaitu hanya RM30 sahaja. Tapi zaman sekarang semua barang harga meningkat jadi kita memang akur tentang itu.


Waktu rehat jam 10 pagi akan diberikan makanan oleh pihak sekolah. Dan sekolah bermula seawal 8.00 pagi dan berakhir jam 12 tengahari. Kecuali hari Jumaat akan berakhir pada jam 11.30 pagi (diawalkan 30 minit).

Untuk baju uniform dan sukan belum dapat lagi untuk bulan pertama ini. Jadi Ameer perlu memakai seluar hitam/biru tua dan juga t-shirt putih. Saya beli kat TESCO jer, kebetulan ada SALE harga pukal untuk seluar RM5 dan baju RM5. Beli 2 pasang sebagai pakaian sementara. Kualiti biasa jer. Tapi pemakaian untuk tempoh sekejap why not cari yang mampu milik, hehehe.


Aydel, sepupu Ameer pun bersekolah di sekolah yang sama. Cuma kelas jer berlainan. Heheheh. So senang balik sekolah setiap hari ada geng/kawan. Ameer memang agak rapat dengan Aydel sebab sebaya dan sepupu yang memang kerap jumpa kat rumah nenek.


Muka Ameer memang cool biarpun hari pertama sekolah memang penuh dengan drama air mata. Memang nampak beliau teruja betul nak ke sekolah.

Ameer ditempatkan di Kelas 5 Cerdik. Jadi inilah kelas Ameer. Bagi saya OKlah persekitaran dan keluasannya. Cuma bila masuk kelas ni, beliau memang tak ada kawan lagi. Muka memang nampak nak menangis tapi still macho lagi.


Wajah macho tu tak lama ya! Tak sampai 15 minit berada di dalam kelas dah mula menangis teresak-esak secara sorok-sorok. Punyalah tak nak nampak yang dia sedang menangis. Lagi Ameer nampak saya di pintu lagi  kuat tangisannya. So kesudahannya cepat-cepatlah saya beredar dari sekolah.

See! Balik sekolahpun beriringan, siap berpimpin tangan dengan Aydel. Lega juga bila satu sekolah dengan sepupu. Senang nak pakat dengan adik nak amik 2 kawan baik ni. Lepas balik sekolah terus pergi rumah nenek dan makan tengahari di situ.

Tragedi hari pertama sekolah. Kasut tertukar. Sama saiz sama rekaan cuma lain jenama jer. Adoihai. 

Moga Ameer terus bersemangat ke sekolah dan happy belajar di sini ya!

Comments

Popular Posts