Jom Rebut Tawaran | PKNS Berikan Rebat Sehingga RM1Juta

 
Bagi mereka yang sedang mencari-cari peluang untuk membeli rumah pada harga cukup berpatutan dengan beberapa tawaran menarik, bolehlah rebut peluang promosi yang dilancarkan oleh pihak PKNS. Promosi PKNS Mega Bonanza yang dilancarkan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina ini berlangsung daripada 1 Januari 2019 sehingga 28 Febuari 2019. Paling mengujakan rebat sehingga RM1 juta akan diberikan kepada pembeli rumah. Tawaran ini juga khas untuk rumah PKNS  yang telah siap dibina dan boleh diduduki.

Hajah Norita binti Mohd Sidek selaku pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS antara yang hadir di majlis sidang media bersempena promosi Mega Bonanza Tahun Baru Cina.

Sedikit informasi mengenai PKNS, ianya telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 dibawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangir 1964. Satu agensi pembangunan peringkat negeri bagi tujuan pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi Selangor. Ianya direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.



Saya sendiri begitu teruja apabila mendengar sendiri tawaran dan promosi yang diberikan oleh pihak PKNS. Antara yang boleh simpulkan :-

  • Insentif ini ditawarkan untuk rumah yang sedia siap dan boleh diduduki
Azhara
  • Diskaun sehingga 20 peratus bagi projek terpilih seperti Daffina 3, Daffina 2, Azhara, Menara U1 dan Menara U2. Diskaun 20 peratus ini bukan sahaja diberikan kepada pembeli Bumiputera, malah bukan Bumiputera sekali gus membuka peluang lebih besar kepada semua kaum untuk memiliki kediaman sendiri. Bestkan :-)
Opal Residensi
  • Rebat tunai bagi projek terpilih  (jumlah rebat secara keseluruhan sehingga 1 juta). Antaranya untuk projek seperti Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Melawati dan 10 Residensi.
Hijauan Enklaf
  • Insentif Dokumentasi bernilai sehingga RM15,000 bagi projek terpilih. (Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati, l0 Residensi).
l0 Residensi
  • Baucar barangan elektrik bernilai sehingga RM30,000 bagi projek terpilih. (Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Rasa Avenue). 
 Rasa Avenue
  • Smart Home Voucher bernilai sehingga RM15,000 bagi projek terpilih iaitu di Anggun Kirana & Vega Residensi 2. 
Estera

  • Diskaun Pembeli terawal bagi projek khas di Estera, Dillenia, Kamelia dan Violet di Bernam Jaya. 
Dillenia
  • Baucar hiasan dalaman bemilai sehingga RM10,000 bagi projek terpilih iaitu di Taman Bayu Malawati. 
Taman Bayu Malawati
  • Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Memorandum Penukaran (MOT) ditanggung bagi projek yang terpilih yang mana akan ditanggung oleh PKNS.
  • Skim Smart Ownership PKNS: 
  1. Insentif “First Ownership” iaitu pemberian diskaun 10 peratus untuk pembelian hananah PKNS kali pertama kepada bakal pembeli (Bumiputera dan Bukan Bumiputera). 
  2. Insentif “Loyalty Scheme” iaitu pemberian diskaun 12 peratus kepada pembeli hartanah PKNS untuk kali kedua atau lebih meliputi kediaman / komersial atau industri (Bumiputera dan bukan Bumiputera).

Memang menarikkan rebat dan tawaran yang diberikan. Oh ya! Pembeli juga berpeluang memenangi hadiah misteri dengan hanya bergambar secara kreatif di galeri-galeri perumahan terpilih dan peraduan ini berlangsung dari 1 Mac sehingga 31 Mac 2019.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:-

Projek di Wilayah Tengah
Encik Lee Chee Seng (016-2510113)
Puan Sarimah (019-3034342) 

Wilayah Utara 
Puan Nor Afisah (012-6595515) 
Puan Norlini (013-2504380).

Wilayah Selatan 
Puan Vimala (018-2051713) 
Encik Halim (017-3634821)

Rujukan mengenai tawaran dna rumah dibawah pembangunan PKNS boleh lajari:-



Comments

Kayathre Kay said…
This is good information. Thank you for sharing. I will share it with my friends too.
Illya LeYa said…
Memang berbaloi memiliki kediaman dengan PKNS. Ada yang mampu milik.. Dan tak kurang juga bagi yang berkemampuan, boleh memiliki yang besar-besar tu..
I dah cukup dah dengan rumah sekarang. Bagi mereka yang sedang mencari kena rebut la peluang ini. Bernam Jaya?. Macam jauh pula kan tapi rumahnya cecantik la.
Jia Shin Lee said…
Thanks for sharing, the layout looks good, so lucky for those who haven't purchase a house, should grab this chance and own one.
Anonymous said…
Cantiknya rumah yang ada.. Kena start plan utk beli rumah dah ni. Thanks for sharing!
Ann Noura said…
Thank you for sharing! Memang berbaloi rumah PKNS ni. Cantik pun memang cantik dah
Bonda Chanteq said…
Terima kasih atas perkongsian...cantik2 rumah kediaman developer PKNS ni...boleh p survery nanti..
danan wahyu said…
informasi yang sangat menarik , banyak sekali pilihan propreti di pkns
Halimah Muhiden said…
Skrg rumah semakin mahal,bg yg mampu dan bekerja tidak ada masalah
Lia Hasty said…
Wah memang berbaloi beli rumah under PKNS ni. Banyak betul pilihan rumah dengan diskaun dan rebat yang banyak. Pembeli pun beruntung maklumlah rumah sekarang semakin mahal.

Popular Posts