Karnival "Mickey and The Roadster Racers "Super-Charged" di Mid Valley Memang Ohsem

Peminat kartun Mickey Mouse mesti teruja nak datang karnival ini. Mana tidaknya selain daripada dapat berjumpa dan bergambar bersama Mickey dan kawan-kawan, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Untuk pengetahuan semua, karnival yang bermula dari 8 sehingga 13 Januari 2018, 10am-10pm  di ruang legar Centre Court Mid Valley ini telah dianjurkan bersempena dengan tayangan musim terbaru Mickey Roadster Racers Super-Charged di saluran Disney Junior. 

Dan saya tidak mahu melepaskan peluang ini dan telah membawa anak-anak ke sini. Ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka beraktiviti di setiap booth yang telah disediakan oleh penganjur. Memang menarik semuanya tau!

Antara yang menarik, anak-anak boleh mewarna mengikut kreativiti di atas lukisan gambar kereta Mickey. Peralatan mewarna semua disediakan.

Kelihatan Ameer, Amani dan Afiq yang sedang tekun mewarna mengikut kreativiti. Walaupun tidaklah pakar mana dalam mewarna, namun mereka tetap bersungguh-sungguh menghasilkan gambar kereta yang telah diwarnakan dengan cantik.

Gambar kereta yang telah siap diwarna, di 'scan' diatas mesin khas.

Dan uniknya kita akan dapat lihat kereta kita yang telah diwarnakan akan muncul di skrin (Hotdog Hills).. Dan anak-anak adalah paling teruja kerana dapat bermain dengan permainan interaktif 3D ini.

Selain daripada gambar kita di 'scan', ianya juga dicetak di atas kertas khas. Ahah! Seterusnya anak-anak perlu melakukan satu lagi aktiviti menggunakan kertas yang yang telah dicetak.

Mereka perlu memotong objek yang dicetak dari kertas tersebut. Guntingan perlulah mengikut garisan putus-putus yang boleh lihat dengan jelas.

Seterusnya gam di tempat yang disediakan.

Tada!! Siap frame 3D gambar kereta yang diwarna :-)

 Terdapat juga permainan binaan lego Mickey dan Minnie Mouse.


Kebanyakan anak-anak yang berada di booth sini adalah umur lebih kurang Ameer dan ke bawah. Masing-masing teruja ingin menghasilkan kenderaan Mickey dan Minnie menggunakan LEGO..

 Terdapat juga booth yang menawarkan aktiviti kraf seperti membuat "Racer Helmet".

Untuk aktiviti seperti ini memang Amani sangat suka sertai. Tidak dinafikan Amani memang peminat bidang seni dan kraft.

Nampak kiut pula, bila Amani pakai helmet rekaan beliau sendiri, hehehe.

 Dalam perlumbaan kereta memang perlu disediakan pit stop. Biasanya di pit-stop, pemandu akan buat penyelenggaraan tayar dan mengisi minyak petrol kereta lumba.

 Di karnival ini, kanak-kanak akan merasai sendiri pengalaman untuk menukarkan tayar.


 Memang memerlukan tenaga dan kesabaran yang tinggi. Jadi melalui aktiviti ini dapat memberi pendedahan sedikit sebanyak cara menukar tayar kereta kepada anak-anak.

Di depan karnival turut ditawarkan pelbagai pilihan pakaian dan barangan Mickey Mouse dan rakan-rakannya.Semuanya cantik-cantik. Geram tengok.

Jangan lupa untuk tonton siri kartun "Mickey and The Roadster Racers "Super-Charged" di saluran Disney Junior (Astro CH 613) setiap hari Isnin jam 2.30 petang. Rancangan ini bermula pada 7 Januari 2019.

Pelbagai keletah yang mencuit hati antara Mickey dan kawan-kawannya seperti Donald Duck, Minnie, Daisy dan Goofy! Apatah lagi dengan kisah kereta baru dan berlumba di tempat baru yang lebih hebat,

Jom sama-sama menonton seisi keluarga,

Comments

CXopportunities said…
Wah! Bestnya! Dapat jumpa mickey dan minnie mouse dengan costume minnie yg super cute tu. Anak² pon happy dapat join activity yang sihat. Dulu pon cx suka sangat masuk pertandingan mewarna. Seronok sangat. Bagus aktiviti gini. Semua dapat manfaat.
The kids look so happy hehe. My girls also a fan of Mickey and The Roadster Racers. will catch the"Super-Charged" too of course. nice memory from the event yesterday hehe
Bonda Chanteq said…
Wahhhh bestnya ada karnival ni....pasti anak2 suka...dpt plak jumpa mikey mouse dan banyak aktiviti yg boleh anak2 lakukan disini utk menambah pengetahuan....terima kasih atas infor yg diberikan...BC pn nk bawak anak2 p jgk laaa...
Bestnya nampak event ni. Ada mickey dan Minnie mouse pulak tu. Cartoon favorite saya time sekolah rendah sebab comel, hahaha. Aktiviti untuk event ni banyak yang bermanfaat for kids. New exposure and learning curve for all of them. Berbaloi spend masa seharian kat situ kalau macam ni. Fun yet fruitful event
Bestnya nampak event ni. Ada mickey dan Minnie mouse pulak tu. Cartoon favorite saya time sekolah rendah sebab comel, hahaha. Aktiviti untuk event ni banyak yang bermanfaat for kids. New exposure and learning curve for all of them. Berbaloi spend masa seharian kat situ kalau macam ni. Fun yet fruitful event
Mek Onie said…
Wah, semoga ibubapa tidak terlepas untuk bawa anak-anak ke acara ini. Conel je Mickey dan Minnie pakai outfit racer tu 😍 dulu masa sekolah rendah memang kumpul patung minnie dan mickey, loni mana dah patung tu,haha
Rawlins GLAM said…
Rawlins pun teruja bila tengok Mickey & Minnie nie. Apatah lagi kanak-kanak kan. Dahla banyak interactive games tu. Kalau bawa anak saudara, mau tak balik sampai ke malam la jadinya hehe
Emilinda said…
Tak tahu pun ada event ni. Kalau tahu boleh bawak anak2 buah ke sini. Dorang mesti suka gila. Hehe
Halimah Muhiden said…
Enjoynya dorang dpt join aktiviti kat ksrnival Mickey & Minnie. Budak2 mmg sukalah dpt jumps and berselfie dg n mickey

Popular Posts