Underwater World Langkawi yang Ohsem!

Langkawi adalah salah satu daripada common Malaysia tourist Places yang sentiasa menjadi tumpuan samada pelancong dari dalam mahupun luar negara. Boleh dikatakan dalam senarai 'check list' tempat nak bercuti wajib diletakkan Langkawi salah satunya. Bak kata orang perlu datang sekurangnya sekali dalam seumur hidup. Apa yang famousnya di Langkawi tentulah tentang shopping coklat secara beria-ia sebab ianya adalah produk di bawah kategori free duty. Saya selalunya shopping coklat macam pembelian stok untuk setahun. Ini belum diambil kira belikan coklat sebagai ole-ole untuk keluarga dan rakan-rakan. Sebab murahkan, haruslah sakan shopping! Untuk perempuan macam saya yang cukup gilakan pinggan mangkuk yang diimport berkualiti tinggi dan paling penting dijual pada harga yang cukup berbaloi haruslah tidak melepaskan peluang untuk memborong pinggan mangkuk di Langkawi.

Gambar sumber dari  Google

Banyak yang bestnya pasal Langkawi ni tau. Selain daripada shopping, banyak giler tempat menarik yang boleh korang terjah.Dalam banyak-banyak tempat pelancongan yang boleh dilawati di Langkawi dan sentiasa menjadi feveret saya serta famili ialah yang berdekatan dengan Pantai Cenang, tempat tu ialah Underwater World Langkawi. Biarpun namanya underwater tapi takdelah bermakna ianya terletak di bawah laut. Cuma di sini korang pasti akan terkesima apabila dapat melihat sendiri begitu banyak spesies haiwan di dalam laut yang jarang korang tengok kat luar. Serius! Korang boleh tengok spesies ikan yang panjangnya dalam lebih kurang 8 kaki lebih besar dari kita. Dan ianya adalah spesis ikan Tapah. Lepastu kalau nak tengok stringray pun ada tapi tak boleh la berenang sekali, iyolah nanti tak pasal-pasal kena sengat. Saper yang susah, hehehe.

Gambar sumber dari  Google

Spesies ikan sungai pun banyak sebab kat sini diorang buat sistem sungai dan memang ada ikan dari setiap pelusuk dunia. Jangan terkejutsebab ikan dari amazon pun ada. Antara ikan- ikan yang biasa kita jumpa di kawasan sungai seperti Leopard Gecko, Chinese Water Dragon, African Fat Tail Gecko dan ular-ular kecil. Mesti korang gelikan dengan jenis reptilia macam ni. Tapi terus terang, inilah masanya kalau kita nak tengok secara dekat. Confirm! Kalau jumpa kat luar mesti dah marathon berlari minta pertolangan bomba. Kehkeh. Tapi untuk yang ini memang selamat punya, apatah ianya diletak dibawah pengurusan Underwater World Langkawi. So, bolehlah nak explore lebih lanjut tentang haiwan di sini.

Gambar sumber dari  Google

Kat sini juga ada Tropical Rainforest tau, ala-ala macam dalam hutan yang sebenar. Paling menarik, haiwan didalam hutan ni akan 'greet' pengunjung yang datang. Haa'aaa takut tak? Hahaha jangan risau, kalau nak tahu binatang apa yang akan 'greet' korang kat situ, korang kenalah pergi tengok sendiri. Ada burung-burung dari pelbagai spesies yang berlainan di sini juga. Sambil tu korang boleh tengok ikan-ikan yang sedia maklum memang harganya dia mahal seperti ikan Arowana. Anak-anak pasti teruja bila dapat lalu di bawah satu 'tunnel' kat sini, kita boleh tengok habitat Anjing laut dan penguin. Kat Malaysia ada Penguin tau yang macam dalam animasi "happy Feet" tu. Keningnya kaler kuning. Menarikkan. Banyak spesies penguin kat sini yang kita boleh  tengok secara dekat. Antaranya seperti Rockhopper.

Gambar sumber dari  Google

Anak-anak saya sebenarnya sangat teruja bila dapat jumpa 'shark' a.k.a jerung. Bila tengok 'shark' ni terus teringat filem dia yang kalau dengar latarbelakang muziknya memang seram dan suspen. Tapi untuk pengetahuan semua 'shark' sebenarnya tak akan serang manusia melainkan jika mereka bau darah. Dan mengikut kajian berdasarkan statistik manusia mati diserang shark ni sangatlah rendah.Kesimpulannya korang janganlah risau sangat kalau mandi laut pastikan tidak berdarah. kalau tidak memang menjadi habuan makanan untuk 'shark' yang memang kelaparan di lautan. Gituhhhh.

Gambar sumber dari  Google


Hokeh korang!! Alang-alang dah datang bercuti di langkawi jangan lupa untuk masukkan dalam itinery korang tu untuk melawat Underwater World Langkawi nanti. Harga tiket masuk sangat berbaloi dengan pengalaman dan pengetahuan yang bakal korang perolehi.  Ada harga istimewa untuk senior citizen dan staf kerajaan tau. So jangan lupa bawak ID (kad pengenalan) kalau nak dapat harga istimewa tu. Kalau dah berusia pun tak salah datang ke sini untuk melihat sendiri spesies haiwan yang rare. Sangat sesuai bawak anak-anak and sememangnya tempat ini sangat senang nak cari sebab ianya betul-betul bersebelahan dengan jalan utama berhampirann dengan pantai cenang. Jangan lupa untuk melihat sendiri 'feeding time' haiwan di sini. Jadinya korang kenalah 'alert' dengan melihat pada jadual 'feeding time' sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Anak-anak pasti teruja. Segala info yang korang nak tau lebih lanjut bolehlah lawati laman web Underwater World Langkawi. Ada jugak no telefon  yang boleh dhubungi sekiranya ada pertanyaan dan sebagainya.

Have fun dehhh!!

Comments

Hawa Ramli said…
best jugak alang sapa nak g dating tu boleh lah tukar tempat takselah bosan kan
Airah Syahirah said…
dah lama sangat tak pergi langkawi. last year ada jugak buat plan nak datang lagkawi lepastu ada halangan pulak terus postpone sampai bila tak tau la hahah
CXopportunities said…
Wah! Bestnyaaa!! Cx tak pernah pergi ke Underwaterworld Langkawi. Hahah last pergj langkawi pon masa tu tahun 2006. Sekarang dah 2019. Hahaha mesti banyak benda yg berubah. Lagi² ini ha, memang tak pernah tahu. Hahahha sadiskan? Okaylah atleast now i know. Hahaha! Thanks for sharing!
Maha Mahu said…
Underwater sini kita pernah pergi tak ingat tahun 2016 kot hehehehe memang best banyak ikan dan hidupan kat sini tapi haraga tak silap kita boleh tahan juga hehehehe cuma best dapat tengok Penguin secara dekat tu yang syok tu.....
Julia Mahir said…
Dah berapa kali pergi Langkawi, tiap kali tu pun mesti masuk Underwater World ni. Sbb mme sejenis suka tgk haiwan2. Haha. Dah la ada penguin kiut pulak tu.
Jane Chua said…
I pernah pergi to the Underwater World at Langkawi but my children yet to go. Will bring them there on our next school holiday trip to know more about the life under the water.
Dah lama dah tak bertandang ke Langkawi. Penguin tu macam dalam Happy Feet je i tengok. Hehe....Harap2 boleh repeat balik ke sini dalam masa terdekat.
Cindyrina Rina said…
Yeay!!! I pun dah pernah visit sini. Memang best. Rasa macam tak cukup datang sekali. Comel and tengok haiwan laut memang meleka kan. So mesmerized with them. I would love to go again.
Nadia Johari said…
lama tak bercuti ke langkawi..memang ada plan nak pergi sna.banyak tempat menarik ada dan ini salah satu tempat nad nak pergi..bawa anak-anak mesti diaornag suka
Tekkaus said…
Saya ada pergi kat sini semasa melawat langkawi dengan anak-anak. Memang best betul semasa berada kat sini. :) Banyak hidupan laut yang exotik terdapat di sini.
Hanny Abdullah said…
Sis memang dah masuk kat sis masa anak-anak kecik dulu, memang seronok lah diaorang. Ni bila anak-anak dah besar..tak nak pulak diorang masuk sini lagi, tapi sure sekarang dah banyak perubahan kan?
Nina Mirza said…
Menarik ni bawak anak-anak. Tentu sakan depa dok tengok ikan yang pelbagai. Lagi pun dah lama sungguh tak pi langkawi. Boleh laaa next trip datang sini. Terima kasih kongsi info
MiaZain said…
Serius, memang best pergi sini. Memang berbaloi dengan harga tiket masuk. Kalau bawak anak-anak memang diorg happy la.
Emilinda said…
Emi kalau pergi langkawi tak pernah pun masuk underwater world ni. Asyik duk buat aktiviti lain. Lagi suka buat aktivitu pantai. Tapi kalau bawak budak2 memang sesuai la pergi tempat ni
Mimi Azirah said…
Last saya pergi langkawi anak sulung baru berapa bulan. Ada rezeki nak pergi langkawi lagi bawa anak anak pula. Boleh singgah datang sini bagi anak anak kenal dengan hkdulan laut. Anak anak memang suka kalau bawak jalan jalan tempat macam ni.
JMR said…
Last dtg ke sini semasa anak pertama masih kecil,lebih kurang 4 thun lepas. Bila baca post, macam nak kena pergi ke sana lagi bawa anak kedua plak..
sya mimie said…
Kita dah lama sangat nak terjah langkawi. Haha
Tapi ntah bila la akan sampai ke sana.
Adik pun dah pergi dah jalan jalan kat sana.
Kena plan juga ni janji dapat ke sana sekali seumur hidup pun takpe.
Hehe
danan wahyu said…
salah setmpat wisata yang akan dikunjungi tahun ini langkawi, wah bisa jadi referensi perjalanan dan tarevling , terimakasih untuk informasi

Popular Posts