Hidangan Fusion Dari Anggun Chef Memang Memikat Selera

Pertama kali menjejakkan kaki di sini, sudah terbit rasa kagum di hati. Bayangkan satu jenama lokal dari industri F&B sudah mula menapak bukan sahaja di pasaran tempatan bahkan di peringkat antarabangsa. Kenalkan Anggun Chef by Anggun Fusion yang telah menyertai pelbagai acara antaranya seperti KL Big Kitchen Setia City, Food Hall, Tour Jelajah Ramadhan dan MITEC Sea Games Food Kiosk.

Melalui penyertaannya di acara-acara besar, tidak hairanlah Anggun Chef pernah muncul di rangkaian televisyen tempatan seperti Jalan-Jalan cari Makan (TV3), Havoc Warna (Astro), Romantikan Ramadhan (Astro), Jelajah Ramadhan (RTM) dan AF Megastar Syamel (Astro)

Anggun Chef sebenarnya cukup popular dengan hidangan fusion yang mempertengahkan selera tempatan. Dan saya sendiri begitu teruja untuk melihat dan merasai sendiri hidangan-hidangan yang ada ditawarkan. Jadinya saya telah ke kafe Anggun Chef yang terletak di South Entrance MITEC Kuala Lumpur untuk mencubanya sendiri. Kafe ini dibuka dari Isnin sehingga Jumaat bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Dan tutup untuk hari Sabtu dan Ahad. Namun sekiranya ada acara tertentu kafe ini juga akan dibuka operasinya pada hujung minggu Sabtu dan Ahad ya. 💗

Untuk pengetahuan semua, bahan-bahan masakan yang digunakan adalah daripada jenis premium dan terbaik. Setiap masakan yang dihasilkan tidak mengandungi sebarang perasa tambahan (seperti MSG), pengawet dan gula artificial. Ianya dimasak secara 'fresh' setelah pesanan diperolehi. Paling penting ianya disediakan dalam persekitaran yang cukup bersih. Sangat mementingkan tahap kebersihan woiii. Serius kalau korang datang sini, memang nampak bagaimana penyediaan hidangan masakan itu disediakan. Sangat 'transparent' tau!
Ada promosi tau sekarang, cikedaut gaisss..

Anggun Chef by Anggun Fusion ini bukan sekadar menyediakan hidangan yang kita boleh nikmati di kafe mereka. Bahkan turut disediakan adalah perkhidmatan makanan yang sedia 'on-the-go' untuk dinikmati terus. Ianya memang didatangkan dengan pembungkusan yang kemas dan pratikal. So, bagi mereka yang berdekatan Mont Kiara da Hartamas, Kuala Lumpur (kawasan tertentu) bolehlah membuat tempahan melalui aplikasi GrabFood.

Hidangan ni bukannya beshe-beshe korang...Nampak jer biasa tapi sebenarnya agak luar biasa... Kenapa saya katakan hidangan di sini agak super enak... Ini kerana ianya adalah hidangan fusion. Dengan menyediakan hidangan tipikal barat mahupun asia tetapi diberi sedikit sentuhan citarasa masyarakat tempatan.

Anggun Burger Beef Rendang

Patties agak tebal dan ianya homemade. Kelainannya kita akan rasa hidangan rendang daging di dalam burger ini. Memang sedap ber-juicy dan untuk mereka yang cukup rindukan masakan rendang yang biasanya kita nikmati bersama lemang dan ketupat, haruslah mencuba hidangan ini. 

Rendang Peanut Butter Chicken Burger

Agak unik jika dilihat pada nama hidangan. Tapi saya suka kombinasi rasa kuah kacang dan rendang. Apabila digabungkan bersama 'patties' isi daging yang cukup segar dan empuk memang sangat serasi rasanya. Tidak perlu tambahan sos cili yang kebiasaannya kita nikmati bersama hidangan burger.

Nasi Goreng Daging

Tipikal orang Malaysia yang memang gemarkan nasi. Jadi di Anggun Chef turut menawarkan hidangan nasi seperti nasi goreng, nasi briyani dan juga nasi lemak. Namun begitu saya tertarik untuk mencuba nasi goreng ini kerana ianya mewah dengan hirisan daging yang menjadi salah satu bahan utamanya.

Bihun Goreng Singapura

Bagi saya hidangan ini sudah cukup popular dari segi namanya. Namun istimewa di Anggun Chef bukan sahaja sedap tetapi ianya juga mewah dengan bahan-bahan lain didalamnya. Dan paling penting rasanya agak pedas yang memang cukup kena dengan selera tekak saya orang Asia yang memang gemarkan hidangan pedas-pedas.

Spaghetti White Sauce with Chicken

Kalau korang tidak gemarkan masakan pedas, bolehlah mencuba hidangan ini. Sos putih dia agak creamy dan dimasak bersama dengan hirisan daging ayam dan cendawan. Boleh rekomenkan untuk kanak-kanak yang gemarkan hidangan spaghetti.

Ketiga-tiga ini memang makanan feveret saya.

Parmigiana Chicken

Hidangan ni memang saya balun sorang, hakhak. Sedap hoiii. Saya suka giler dengan keenakan rasa ayam ranggup yang diletakkan keju di atasnya. Tambahan pula ada salad sebagai hidangan sampingan. So marvelous!

Spaghetti Asam Pedas Lamb Grill

Biasanya kita makan lamb grill bersama sos blackpepper kan? So kelainan hidangan ini ialah ianya menggunakan sos asam pedas. Dan yang bestnya dinikmati bersama spagetthi. Saya dah cuba memang sedap dan korang patut kena 'try' juga.

Spaghetti Bolognese With Meatballs

Sekiranya korang tidak berminat hidangan fusion, bolehlah mencuba hidangan ini. Rasai sendiri  meatball (bebola daging) homemade yang disediakan menggunakan bahan premium yang berkualiti tinggi.

Saya cukup suka juga dengan persekitaran kafe yang agak tenang. Apatah lagi dapat menikmati hidangan hebat yang memenuhi citarasa selera tempatan. Memang memuaskan. Tapi jangan risau jika korang tidak berkesempatan ke sini, seperti saya katakan di awal entri tadi, korang boleh juga membuat tempahan melalui aplikasi GrabFood.

Nasi bukhara Chicken Briyani

Ini kerana Anggun Cafe cukup terkenal dengan hidangan 'grab and go', untuk setiap pesanan atau tempahan makanan memang akan dimasak 'fresh' dan juga dimasukkan di dalam pembungkusan yang cukup praktikal.

Orange Juice dan jus buah-buahan yang lain

Air jus buah-buahan memang menggunakan buahan sebenar. Tiada tambahan perasa atau pemanis. Memang kita akan rasa sendiri kesegaran air buahan yang dikisar. 

Selain jus buahan, Anggun Cafe juga cuku terkenal dengan air kopinya. Ini kerana ianya disediakan oleh barista yang terlatih dan berpengalaman.

Hazelnut Latte

Antara feveret saya ialah Hazelnut Latte. Ini adalah antara minuman latte yang sangat saya suka siap repeat order dua kali tau. Aroma kopinya memang memikat jiwa! Kemanisan dan susu memang seimbang :-)

Cappucino

Kawan saya telah mencuba minuma Cappucino dari Anggun Cafe. Sedap juga rasanya setanding dengan rasa minuman cappucino yang biasanya kita boleh dapati di kedai-kedai kopi elit.

Redcino

Secara jujurnya, ini adalah pertama kali saya muncuba minuma redcino. Kalau korang memang minat susu..so kena cuba minuman ini. Sedap dan berkhasiat, hiks.


Kuih Sagu

Pencuci mulut yang cukup popular di Malaysia iaitu kuih sagu. Memang sedap dan yang bestnya kita order baru dia buat, hokeh. Bukan jenis buat siap-siap dan simpan dalam peti ais, heheheh. Santan memang power pekat, gabungan lemak-lemak masin bersama manisan gula melaka dan juga sagu. Penutup untuk hidangan utama, memang kuih sagu adalah yang terbaik

Kek Buah

Kek buah kalau kita nak buat sendiri memang ambil masa yang begitu lama. Sesuai dengan rasa dan tekstur kek yang perlu dikukus berjam-jam bagi menghasilkan kek buah yang cukup lembap dan enak. Namun begitu adalah penting bahan yang digunakan iaitu buahan kering perlulah yang terbaik. Bagi memastikan kepuasan pelanggan tercapai ketika menikmatinya sehingga ke gigitan terakhir. Dan kek buah di Anggun Cafe korang akan rasa ianya adalah kek buah premium terbaik. Makan dengan ais krim vanilla, lagi best tau!

Anggun Cafe by Anggun Fusion juga menawarkan pes-pes homemade (ready-to-cook gravy) yang sangat membantu kita untuk menyediakan hidangan enak, bernutrisi dan cepat. Antara produk pes Anggun Chef adalah seperti gambar di bawah ya...

Pes-pes ini bukan sahaja mendapat permintaan di kalangan masyarakat tempatan. Bahkan ianya juga telah memasuki pasaran antarabangsa. Dengan pembungkusan botol yang kemas memudahkan kita dari segi penyimpanan di dapur. Paling penting penyediaan pes ini tidak menggunakan sebarang msg bahkan memilih ramuan dari bahan-bahan premium berkualiti. Ianya juga disediakan mengikut prosedur dan proses kebersihan yang terbaik.

Saya memang suka pes macam ini, ianya memudahkan kerja dalam penyediaan hidangan untuk keluarga. Apatah lagi pes-pes ramuan untuk hidangan fusion yang mana saya boleh berfikir secara kreatif dalam menyediakan masakan yang menarik dan hebat untuk keluarga tercinta.

Terdapat juga air minuam segera yang ditawarkan di anggun Cafe iaitu Teh Tarik dan Honey Lemon Tea. Boleh dinikmati samada secara sejuk atau panas.

Saya bersama Puan Mimi pengasas kepada Anggun Chef by Anggun Fusion. Bertemu depan mata dan mengenali dengan lebih dekat dengan figura yang cukup meminati dunia masakan begitu mengagumkan saya. Seorang yang begitu optimis dan sentiasa mahu membawa kelainan dalam dunia masakan terutama menghasilkan hidangan yang berkualiti serta mampu memberi kegembiraan pada mereka yang menikmatinya.




“There is no love sincerer than the love of food.”

xoxo,
Hidangan Fusion Dari Anggun Chef Memang Memikat Selera Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 11, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. Redcino tu air apa? Coffee strawbery ke? Huhu. Makanan Anggun Fussion ni nampak menyelerakan sungguh. Buat lapar je waktu2 lunch camni. haha

    ReplyDelete
  2. x pernah dgn anggup chef ni.
    tapi, tak disangkal la, dari gambar, makanan nyer menarik yg amat!
    then, ada buat pes tu. lebih menarik.
    wajib dipasarkan secara meluas pes tu.
    boleh try.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap semua menu tu. best juga menu untuk promotion yang ditawarkan. Siap boleh guna Grab food lagi

    ReplyDelete
  4. Banyak yer menu2 unik dan menarik! Serius teringin nak cuba. western dish dengan ada unsur masakan melayu, sure gempak dan sedap ni!

    ReplyDelete
  5. Menarik dengan pelbagai menu yang buat SA rasa teruja nak cuba...bagus concept fusion dia..kena terjah ni kalau nak explore kan...

    ReplyDelete
  6. I would like to try the burger which looks really delicious. The Mushroom white spaghetti looks equally creamy and scrumptious as well. :)

    ReplyDelete
  7. Apaa niii..
    Semuanya menggoda perut ni. Hihihi
    Sedapnya menu menu dia..
    Pelbagai pilihan. So tak perlu risau la kan nak makan apa.
    Cuma mesti jenuh pikir apa yang nak dimakan sebab semua best best.

    ReplyDelete
  8. Rendang Peanut Butter?. Itu sangat baru tu. Maybe rasanya akan lebih berlemak krim kan?...Redcino tak pernah lak minum. Hazelnut Latte tu my hubby suka la sangat. I minum teh sebab i kurang ngan kopi.

    ReplyDelete
  9. Kita suka mereka punya produk Ready-To-Eat tu memang terbaik dan juga mudah sangat hehehehehe tak sabar nak menggunakan semua produk makanan daripada Anggun Chef. Kat kafe ini kita pun suka makanan mereka banyak pilihan dan menarik...

    ReplyDelete
  10. alamak terliur tengok pes chili crab tu. mcm best lah pulak. selalu beli kat grocery mmg version chinese sikit.. tapi mcm tak jadi sis buat hahah. tak mencapai tahap yang diinginkan. mmg mcm2 jenama dah try. nnt boleh test yang ni pulak

    ReplyDelete
  11. Amboii menu!! Kebabommmm benor.. Terliur AM nak mencuba setiap menu.. Menu yg fusion yg lain dr yg lain.. AM nak cuba la menjamu selera di Anggun Chef nie..

    ReplyDelete
  12. Amboii menu!! Kebabommmm benor.. Terliur AM nak mencuba setiap menu.. Menu yg fusion yg lain dr yg lain.. AM nak cuba la menjamu selera di Anggun Chef nie..

    ReplyDelete
  13. Wowww sunguh sungguh membuat ku tergoda melihat makanan kat sini..:D. Serius tau..nampak sedap,tak ada perasa tambahan pulak tu, bolehlah nanti sis kesana cuba hidangan diaorg

    ReplyDelete
  14. Price untuk set tu not bad pa kak ayu untuk makam 2 orang. Dalam banyak banyak ni, menu yang betul betul tarik perhatian saya adalah redcino. Huhuhu. Nampak rare habis

    ReplyDelete
  15. Wahhh banyak masuk rancangan tv, mesti sedap nie. First time dgr reccino, ingatkan kopi warna merah to susu rupanya. Kalau susu sy x minum sgt tp menarik kaler dia

    ReplyDelete
  16. Alahaiiiii.....tercabar betul selera pagi2 ni...hahahahaha...sedap2 semuanya...yg penting semua tu bonda suka!!...ni yg rasa nk kena p jgk makan kt cafe ni...

    ReplyDelete
  17. Redcino tu! Rawlins nak try la kelak. Dan Rawlins memang suka open kitchen concept - memang rasa tenang je nak makan sebab kiata boleh tengok kebersihan penyediaan makanan.

    ReplyDelete
  18. Anggun Chef? Macam familiar je nama ni..
    Nampak menarik semua menu tu. siap boleh guna Grabfood lagi ye. Bolehlah nak try food diorg minggu ni

    ReplyDelete
  19. Wah not bad! Dah la dalam makanan tu takde MSG, siap ada sediakan makanan on the go lagi kan,memang mudah la kalau dapat makanan macam ni. Moga terus dikenali suatu hari nantikan 😊

    ReplyDelete
  20. Ala, comelnya nama Anggun tu. Sesuai dangat nak pakai untuk pengasas dia yang nampak anngun.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.