Kintry Jenama Kudapan Yang Sentiasa Di Hati

Saya memang jenis suka stock up makanan untuk famili. Terutama kudapan yang sedap dan berkhasiat. Kat pasaran memang banyak tapi dalam pelbagai pilihan antara yang paling saya suka adalah daripada jenama Kintry.

Ya ampunnnnn, saya memang dah cuba 4 jenis kudapan dari Kintry, semuanya sedap-sedap. Memang  sangat rekomen kat korang yang memang suka nikmati kudapan terutama waktu senggang samada secara berseorangan ataupun bersama orang tersayang.

Salted Egg Yolk Potato Crisps - Ni sebelum makan kena goncang dulu. Hehehehe. Kerepek ni memang ranggup giler lepas tu ada rasa lemak masin sikit. Memang sedap sebab ramuan utama dia telur asin.

Gambar dari laman web Kintry

Kudapan ni dihasilkan daripada kentang yang dihiris nipis. Paling best aromanya dia ada bau kari dan cili padi. Takde sabarang MSG. Memang makan tak berhenti.

Butter Oat Choc Chip Cookies. Ini memang feveret anak-anak saya. Kanak-kanak memang suka biskut coklat cip. Tapi yang menarik dari jenama Kintry ni ianya mempunyai oat. So memang sangat berkhasiat. Seimbang rasa dan khasiat memang sangat disyorkan untuk semua!

Gambar dari laman web Kintry

Dan biskut memang kenyang. Kiranya kalau berjalan jauh boleh jadikan kudapan sepanjang perjalanan memang mengenyangkan. Dan ianya tidak terlalu manis tau :-)

Salted Caramel Granola. Jarang sebenarnya jumpa granola yang mempunyai pelbagai rasa. Biasanya kita jumpa ianya didalam pek bersama buahan kering. Tapi dari jenama Kintry ada ditawarkan rasa salted caramel. Terus dijadikan kudapan untuk dimakan begitu sahaja. Sedap dan mengenyangkan. 

Pandan Gula Melaka Granola. Seperti rasa salted caramel cuma ianya lebih manis sikit (rasa macam cendol) dan level kesedapannya sama - sangat sedap juga. Aromanya wangi memang membuka selera. 

Sekarang ni memang saya didik anak saya untuk menikmati kudapan yang sihat dan pada yang sama mampu menarik selera makan mereka. Anak-anak memang adakalanya memilih (pilih makanan yang sadap sahaja). Dan sejak saya kenalkan kudapan dari Kintry ni memang ke semua ahli keluarga suka menikmatinya.

Produk 'homemade', tidada bahan terlarang dan msg dalam ramuan yang boleh membahayakan kesihatan. Paling penting 'rasa' itu memang terbaik.

Harga yang ditawarkan serendah RM5 tau! Boleh rujuk pada informasi dan sebarang tempahan boleh melalui https://kintry.co/ yerpp.

Ada promosi sempena Tahun Baru Cina. Dijual dalam bentuk set yang mengandungi 4 jenis kudapan (korang boleh pilih) samada Salted Egg Yolk Crisps, Pandan Gula Melaka Granola, Salted Caramel Granola dan Oat Choc Chip Cookies. Setiap pembelian set ini juga akan diberikan 5 Angpow yang sangat comel :-)

Ditawarkan secara esklusif untuk masa terhad tau, jangan lupa rebut peluang dapatkan kudapan ini pada harga yang cukup berbaloi.

Boleh dapatkan juga produk ini di Village Grocer dan  BIG (Ben's Independent Grocer).

Comments

Iza Ramli said…
Kita pun dapat snack ni. Sedap giler kot. Rasa macam nak beli untuk diri sendiri pulak. Yang granola tu xleh stop makan. Salted Egg Crips tu sekejap je dah habis. Nanti ingat nak beli la untuk diri sendiri. Makan depan tv sambil tgk citer pun best ni.
Hunny Kitty said…
nampak meyakinkan terutama yg salted egg yolk crisp potato tu..dah la suka betul benda2 yg ada salted egg ni tambah lagi kalau masin2 hahahaha.....nanti nak cuba la
Chris_Sella said…
First time dengar tentang produk ni. Nampak macam menarik sangat..Harga pun RM5 je sebungkus
Suria Amanda said…
First time dengar jenama ni..sayangnya SA takleh makan plak..kalau boleh makan mesti best beli ni..SA ada darah tinggi dan kena jaga gula jugak sebab family SA background darah tinggi dan kencing manis...payah dah kan...
Murni Alysa said…
Murni pon baru 1st time dengar nama produk ni..Bila kata Home made tu memang sedap dan diyakini tiada bahan terlarang..mcm yg kita buat sendiri laa..harga pon berpatutan.
Jane Chua said…
Salted Egg Yolk Potato Crisps nampak sedap. I want to order this for my children to eat coz' they love all food related to salted egg.
Syamimi Saad said…
Baru baca pun dah terbayang bayangkan kesedapannya.
Tapi kalau nak beli sekarang nampak gaya macam bukan kita yang makan.
Haha.. Suami la seronok ada kudapan tuk dia..
Kita masih tak boleh mengunyah lagi kesan dari operation haritu.
iffah hussin said…
Kadang tekak ni nak rasa makanan masin, kadang manis... bolehlah cuba makanan ini kalau ngantuk kat pejabat tu dapat kunyah-kuyah sedap jugakkan
Hanny Abdullah said…
Nampak cam sedap je snack ni. Kalau sis dapat le..sure tak cukup sepeket ni..kena beli berpeket peket terutama yang ada salted egg tu..memang gila sis makan nanti..hahaha
Mawardi Yunus said…
Ya Allah sedapnya kudap2 ni kak. Tengok pakaging pun cantik. Mufah nak bawa p mana2 tu. Nanti nak carilah hehe
Bonda Chanteq said…
Ni yg boleh tgk kudapan ni...mesti sedap sgt...harga pn berpatutan...mmg kena order nampaknya ni...
tenku butang said…
Wahh TB memang suka snek2 macam ni.. terutamanya kalau guna bahan2 yang natural tanpa pengawet dan pewarna ni.. boleh la try cari ni.. buat kudap2 petang2 kan
Sunshine Kelly said…
I love snacks and the salted eye yolk potato chips memang jadi kegilaan ramai. Sekali buka jer habis tak yah nak harap boleh simpan sampai esok.
Julia Tarmidi said…
Alamak nampak sedapla. Nak try carilahh huhu
AlongMurni said…
Flavor yg mengundang cetusan rasa nie.. AM pun berminat nak cuba rasa gak.. Dah hujung bulan nie leh la terjah BIG.. Kalu kena dgn tekak, leh la beli beban yak utk stock sebulan..
Kylie Cre8tone said…
can't resist snack.. once start eating cannot stop.. until the very last piece... hahahaa

Popular Posts