Penjenamaan Semula Fareeda : FRDA by FAREEDA

Jenama label hijab FAREEDA sememangnya cukup dikenali dikalangan masuarakat tempatan. Ini adalah kerana jenama FAREEDA adalah antara yang sentiasa komited dan konsisten mengeluarkan tudung esklusif dengan 'trend' dan rekaan terkini. Jadi tidak hairanlah untuk setiap keluaran tudung FAREEDA sentiasa didaftarkan dengan cap dagangan (TM) dari MyIPO.

Setelah lebih 10 tahun berada di pasaran, kini jenama FAREEDA telah membuat penjenamaan semula iaitu FRDA by FAREEDA. Ianya adalah seiring dengan rekaan setiap koleksi tudung terkini FRDA yang lebih trendy, urban dan versatil.

Sejajar dengan penjenamaan semula jenama ini, pihak FAREEDA juga telah melantik Ketua Pegawai Eksekutifnya yang terbaru iaitu En. Andry Suhermanto bermula dari Januari 2019. Pelantikan ini adalah bertujuan bagi mengukuhkan lagi perancangan FRDA by FAREEDA untuk masa akan datang. Selain itu slogan terbaru turut diperkenalkan iaitu "Hatiku Tertawan" yang sememangnya sangat bertepatan dengan imej serta rekaan yang dikeluarkan. 

Saya juga berkesempatan melihat sendiri secara dekat koleksi terbaru FRDA by FAREEDA yang lebih menarik dan relevan dengan permintaan pasaran semasa. Antaranya 2 jenis rekaan tudung yang menggunakan Metal Hook (pinless). Rekaan ini sangat sesuai untuk golongan muda belia sehinggalah mereka yang sudah berkeluarga. 

Jenis metal hook yang dpilih memang yang terbaik dan berkualiti. Ianya dijahit kemas dan disediakan mengikut pilihan kesesuaian bentuk muka pengguna.

Memang sangat mudah Selendang Mawar Satin Exclusive digayakan. Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap terutama dalam menyarung hijab yang berfesyen.

Labuh tudung kita boleh 'adjust' sepertimana yang dikehendaki. Nampak begitu praktikal bukan?

Ini pula jika dilihat dari segi panjang dari pandangan belakang. Memang terletak kemas.

Selain itu FRDA bu FAREEDA juga memperkenalkan tudung yang 'ironless' dan juga sesuai untuk dibawa ketika melancong. Koleksi Aisya Satin Europe Design bukan sahaja didatangkan dengan rekaan fabrik yang cantik, paling penting dibahagian depan tudung tidak mudak kemek atau renyuk. 

Untuk pengetahuan semua, tudung FAREEDA sememangnya dijahit dan dihasilkan daripada  kilang mereka sendiri di Bangi. Segala proses dari pemotongan, jahitan dan kemasan dilakukan di Bangi Selangor Malaysia.

Saya difahamkan pengeluaran tudung yang dapat dihasilkan dalam masa sehari adalah bergantung kepada jenis rekaan tudung. Dan biasanya dianggarkan dalam 300 helai sehari.

Namun begitu, di bahagian kawalan kualiti adalah paling lama dilaksanakan. Ini kerana pekerja FAREEDA perlu melihat secara terperinci setiap tudung yang siap dijahit.

Kawalan kualiti adalah penting bagi memastikan setiap pelanggan/pengguna tudung FRDA by FAREEDA ini berpuas hati dengan kualiti yang ditawarkan.

Aksesori tudung esklusif dari FRDA by FAREEDA. Semuanya cantik!!!

Puan Mawar Abdul Karim (Pengarah), Puan Faridah Zakaria (Pengasas) dan tetamu kehormat,Puan Sri Dayang Normala Awang Tambi Naib Pengerusi Dewan perdagangan Islam Malaysia Kuala Lumpur bersama dengan salah satu pekerja bahagian jahitan FRDA by FAREEDA.

Seperti tahun-tahun sebelum ini. FRDA by FAREEDA turut mengadakan pencarian wajah baru FRDA. Untuk keterangan lanjut mengenai pencarian ini bolehlah layari laman sosial FB FAREEDA

Moga dengan penjenamaan semula ini, FRDA by FAREEDA mampu bergerak lebih jauh dan maju seiring dengan misi memartabatkan tudung buatan Malaysia ke pasaran global. Bersama imej bertudung sebagai Trendy Beauty Headgear,  kita akan dapat lihat hijabista hari ini semakin bergaya.

Comments

el said…
belum berkesempatan nak pakai tudung fareeda ni..tp tengok tudung terkini dari diorg tu cukup cantik dan insyallah raya nti boleh lah beli selai dua hihi..tahniah fareeda untuk 10 tahun dalam pasaran
Jenama ni kalau dulu memang ramai gila orang pakai. Now dah banyak dah tudung kat pasaran so kita sebagai pengguna boleh pilih dah mana yang sesuai dengan lifestyle kita. Dulu pun i terjebak dengan tudung ni juga. Hehe. Tapi i rasa awning keras tu maybe dah kurang orang pakai berbanding awning lembut tapi masih juga ada oeminatnya yang tersendiri.
AzianKhalil said…
Memang teringin sesangat nak beli fareeda...tp belum kesampaian lagi...hihihi
adianiez AIDA said…
viral dulu ni. now da tenggelam kot.
aida x pernah beli sebab tudungnya singkat yg amat!
yg paling labuh pun tak brape labuh. and so expensive :) ha ha ha ha...
dari segi warna, aida puji. mawar ada taste yg bagus.
pandai match warna. pandai buat colour blocking kat tudung nyer.
now, byk pilihan tudung yg lebih affordable.
murah tapi elegan.
Hanny Abdullah said…
Boleh lah beli untuk jadikan koleksi peribadi dan boleh juga dihadiahkan pada adik beradik or sedara mara. Memang jenama ni dah senonim dikalangan mereka yang bertudung. Sebut je freeda sure sume tau
Khai Artzfar said…
uishhh kemain nama dia eksklusif gitu! macam antarabangsa. diharap seleps ini jenama FRDA akan terus berkembang ke seluruh dunia.
Suria Amanda said…
pada yang minat tudung potongan yang ni boleh la buat koleksi kan..untung ayu dapat face to face ngan owner..selalunya ramai yang beli time sale kan..adik beradik SA pakai tudung lain..diorang x sesuai pakai tudung yang ni
Nadia Johari said…
Tudung fareeda memg cantik kan.. Verkenan juga tapi tak terfikir nak beli lagi.. Hehehe.. Cabtik juga yang ni ye.. Masihbtutup depan belkg
Nadia johari said…
Tudung fareeda memg cantik kan.. Verkenan juga tapi tak terfikir nak beli lagi.. Hehehe.. Cabtik juga yang ni ye.. Masihbtutup depan belkg
sheayang said…
Dulu pernah ikut my sis pergi Bangi semata2 nak beli tudung Fareeda ni. Memang meletup2 masa tu. Nak masuk pun kena gilir2. Dah rebrand balik ni harapnya perubahan mengikut trend. Tengok tudung pinless tu macam menarik je kan. Boleh la nanti order. Hihihi.
Cindyrina Rina said…
They all re brand ke? Not bad! Sebab lama I tak dengar pasal tudung Fareeda ni lepas kes yang org berebut rebut hari tu. Not bad la dia punya new design tu.
Mek Onie said…
WAHHHHHH! DAH TUKAR NAMA . APAPUN FAREEDA INI MEMANG MENJAGA KUALITI DAN TAK SANGKA RUPANYA DORANG ADA RUANG UNTUK MENJAHIT SENDIRI, INGAT SEBELUM INI HANTAR SECARA PUKAL DI LOKASI LAIN,HEEE
Mawardi Yunus said…
Dah lama rasanya xdengar khabar dari fareeda ni. Menyepi lepas controversikan. Baguslah kembali dengan benda baru
Kayathre Kay said…
Looks nice. The material looks good too.
Cik Min said…
Dah agak tenggelam kan fareeda ni. Bagus la bila dia buat penjenamaan semula ni so insyallah orang akan kenal semual cuma tu la hehe tudung dia cam singkat sikit kan? hahaha..tapi kain dia best la. Dulu kte pun banyak tudung fareeda ni
Syamimi Saad said…
Erm.. Tudung fareeda ni kita tak pernah lagi beli. Sebab ntah la..
Dulu tdung dia macam pendek sikit bahagian depan kan.
Tapi kalau sekarang dah boleh dilabuhkan okay sangat tu..
Ada sorang cousin kita memang minat dengan tudung fareeda.
Banyak koleksi dia.
Tengok lawa je dia pakai.
Maybe sebab dia pun bekerjaya kan..
Sunshine Kelly said…
Best nyer dapat lawat kilang tudung and update about their latest progress. Nowadays tudung is also a big business juga kan.
Julia Mahir said…
Lama tak dgr pasal jenama ni. Rupa nya buat rebranding ya. Biasalah bisnes kalau dah lama mmg kena bagi fresh look utk kejar market trend kan.
Bonda Chanteq said…
TUdung2 fareeda ni mmg eksklusif n eligents...sapa pakai mmg nampak anggun jelita...bagus dia bwt penjenamaan semula...seiring dgn perubahan dan permintaan pelanggan yg semakin meningkat...syabazz fareeda
Wah... Kita tak pernah ada. Tudung fareeda ni... Tgk shawl baru dia tu mcm lawa ja... Lain dari. Sebelum2 ni kan
Mama Zharfan said…
i'm one of fareeda's loyal customer..tp i cuma pakai design yg ada hard awning jer ;) muka i tak sesuai pakai soft awning/shawl sbb rasa mcm nampak penyek jer hahahah

Popular Posts