Sentuhan kreativiti dan keunikan Produk Dari DG Studio


Selain daripada menjadi hab membeli-belah dan pembikinan drama TV yang menjadi tontonan ramai, Hong Kong juga merupakan salah satu tempat kelahiran bagi banyak jenama tempatan dan produk gaya hidup yang inovatif. Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) merupakan satu badan yang bertanggungjawab dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan dari Hong Kong ini di arena antarabangsa. Kini, DG Studio mengambil inisiatif membawa hadiah serta cenderamata-cenderamata gaya terkini dan premium dari Hong Kong kepada pembeli-pembeli di Malaysia. Sebanyak 12 jenama terkenal akan ditampilkan kepada orang ramai di pusat beli-belah 1 Utama (Sayap Baru Tingkat LG Highstreet) dari 20 hingga 24 Februari 2019 dan di Da Men Mall (LGB1,Tingkat LG ) dari 20 hingga 26 Februari 2019.

Dua belas jenama DG Studio adalah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab and Team Green. Kesemua 12 jenama berkenaan mengkhusus kepada produk-produk gaya hidup tertentu, biasanya ditawarkan sebagai hadiah peribadi atau korporat dan premium. Apa yang menjadikan produk-produk ini berbeza adalah dari segi kreativiti, keunikan dan gaya terkini bagi produk harian pengguna.

“Kami berbangga menampilkan produk-produk gaya hidup Hong Kong kepada rakyat Malaysia, kerana kami percaya pasaran di Malaysia sudah bersiap sedia untuk menerima produk-produk yang bukan saja menepati fungsinya, bahkan mampu mencuit emosi. Kami yakin bahawa sesetengah produk yang anda nampak hari ini mampu menceriakan hati anda,” kata Hoh Jee Eng, Pengarah, Malaysia, HKTDC.

Artiart merupakan jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan-bisnes dengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup, dengan cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor, produk yang dikatakan dihantar dari ‘syurga’ untuk individu yang kerap ditimpa ‘kemalangan’ dan menjadi produk yang paling laris bagi syarikat itu.
Konstar pula mengutamakan kepada peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah RedDot Design.

“Saya masih sukar untuk mempercayai bahawa betapa pantas saya dapat mengupas epal dengan hanya menggunakan pengupas Super Apple Peeler ini. Produk ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja pada kerja yang biasanya mengambil beberapa minit untuk menyiapkan. Super Apple Peeler ini menerima anugerah kehormatan Reddot 2014. Rekaan Salad Master yang turut meraih anugerah Reddot 2014 juga tidak kurang pintarnya. Apa yang saya pasti adalah saya tidak akan kembali kepada kaedah-kaedah lama yang konvensional!” kata Pengacara dan Personaliti TV, Dahlia Shazwan yang berkesempatan menunjukkan kaedah penggunaan produk tersebut.

“Bagi yang mengutamakan kesedaran alam sekitar, permainan puzzle mesra-alam rekaan Green Team ini diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika. Hadiah ini yang sudah tentu akan mampu mencetuskan kesedaran,” kata Eyka Farhanna, aktres popular Malaysia yang hadir pada majlis memperkenalkan produk-produk tersebut.

Bagi pejuang alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau bukan bermakna sesuatu yang bosan.

Bercakap mengenai cintakan hijau, Paris Garden menampilkan dengan kit berkebun di rumah untuk mereka yang baru berjinak-jinak mencucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah. Sesiapa sahaja boleh melakukkannya dengan panduan langkah-demi-langkah yang terdapat pada kit berkebun tersebut. Kit bagi menanam pokok herba daripada jenama tersebut cukup popular terutamanya dalam kalangan chef-chef yang berharap mempunyai tanaman herba sendiri.

Produk isi rumah oleh Hoobbe pula direka dengan cukup kreatif dan pintar, memadai untuk menjadi tajuk pembuka perbualan yang menarik ketika menjadi tuan rumah kepada tetamu yang mengunjungi. Disuntik dengan elemen-elemen unik dan menyeronokkan, peralatan seperti Wooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thanks Giving Salad Server, sememangnya direka bagi membangkitkan minat dan mencetuskan senyuman pada sesiapa pun yang melihatnya.

Mereka yang menyukai perkara-perkara halus dan berseni pula, Tea Lab, mungkin merupakan jenama paling tepat untuk anda. Bersesuaian dengan namanya, ia membawa pengguna menerokai sebarang perkara mengenai teh. Pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran dalam kalangan penggemar teh.

Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai rangkaian produk Hyone. Ia memasarkan rekaan yang pintar dan bergaya untuk semua acara, dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori eklektronik. Kekunci, Chic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang cawan bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris.

“Mini Selfie Stick Hyone dengan kawalan jauh bluetooth dan tripod mini ini banyak membantu bagi personaliti-personaliti Instagram seperti saya,” kata Venice Mini, seorang influencer media sosial. Penggemar teknologi juga akan menyukai jenama Cardhoda, rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab

Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri. Bas HK Kowlloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur, adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai.

SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal b.wing bagi melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira dan mengagumkan mereka.
Bagi mereka yang tercari-cari helah-helah unik dalam barang-barang harian mereka, Kilovest menghasilkan pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport, kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya.


“Produk-produk daripada 12 jenama di bawah DG Studio ini sangat menarik. Saya berbangga dapat berkerjasama dengan jenama-jenama ini dan saya yakin bahawa rakyat Malaysia akan banyak menghargai kreativiti sesuatu produk itu, selainnya dibuat daripada bahan-bahan terbaik dan kerja tangan yang berkualiti,” kata Jee Eng.

Produk-produk DG Studio boleh terus diperoleh di kedai-kedai berikut.

• Parkson Elite di Pavilion KL
• Parkson di 1 Utama Shopping Centre
• CM3 di Sunway Pyramid
• Times Bookstore di Pavilion KL
• Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
• Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang

Sentuhan kreativiti dan keunikan Produk Dari DG Studio Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 24, 2019 Rating: 5

20 comments:

CikLily Putih said...

ciut miut barang-barangnyer lah jelesss plak aku tengok.. rugi tak pi huahauhua

el said...

wooden puzzle tu menariklah..cantik..household product diorang pun sgtlah comel..harga mcm mn yea..hihi

Lily S. said...

comel nyer barang2 dia sume... rasa nak collect je sume bende tu!

adianiez AIDA said...

oic. Brg dari hong kong.
Menambahkan lagi brgn bagus uyk pengguna malaysia.
Warna yg ditampilkan tu, menarik perhatian.
Warna warni. Tak boring, kan :-)

Mohamad Faris said...

Amboi comel-comel belaka produk dri DG Studio ni. Mak-mak suka lah ni. Warna pun berwarna warni so tak bosan. Leh guna hari-hari.hehehe

Hunny Kitty said...

Pernah dengar dg studio ni tp x tau apa bendanya...bila tgk mcm best je. Mmg siapa yg suka lepak dapur mmg a must have la...

Syamimi Saad said...

Comel comel semua barangnya.
Kiut miut..
Warna pun colourfull. Tak boring tengok. Hehe

Tekkaus said...

Branag-barang kat DG studio ini semuanya cantik-cantik belaka kan? COmel sekali patung transformer ini. :D

Maha Mahu said...

Suka tengok barang dapur itu memang cantik sangat nampak menarik warna juga ada warna-warni hehehehehe kita rasa macam nak dapatkan juga produk-produk ni menarik,..

Hanny Abdullah said...

Unik n comel je barangan diorg. Sure banyak peminat barangan kecik2 macam ni. Kalau sis sure mata tertumpu kat barangan dapur dia..:D

Nadia Johari said...

oh my god, semua barang dia unik2 la..nanti aklau pergi salah satu tempat shopping mall ni nak pegi terjah la..macm comel je smeua

Sunshine Kelly said...

Nice to see you there too and i memang spotted a few products that i really like and innovative too.

Lia Hasty said...

Comel je koleksi barang kat sini. Kalau nak beli barang Hong Kong tak payah pergi jauh2 terus pergi beli kat DG studio je kan.

Rawlins GLAM said...

Cantik la wooden puzzle tu. Ada sorang rakan Rawlins memang menggemari wooden puzzle nie - perhaps boleh la nak carikan as hadiah dia kan

Julia Mahir said...

Menarik nya produk2 yg dikeluarkan. Lain dari yg lain. mesti leka tgk barang2 ni kan. barang2 dr HK ni sama jugak ngan Jepun, inovatif & kreatif sungguh.

Mimi Azirah said...

Semua koleksi yanga da comel comel dan unik. Suka tengok. Wooden puzzle tuh memang favourite saya. Ajar kita lebih jreatif dan inovatif

Emilinda said...

Menarik sungguh koleksi2 yang ada.wooden puzzle tu memang menarik perhatian emi. dah la emi ni penggemar puzzle.

Murni Alysa said...

wah macam2 koleksi ada disini. Jadi semua ahli keluarga boleh dapatkan barang kegemaran masing2..ehh, kat Gurney plaza penang pon ada DGstudio ni..nanti weekend ni nak ajak suami pergi laa

Nik Khazami Nik aziz said...

saya pun dapat invitation ke event ni. tapi tak dapat pergi sebab dok di kelantan.. anyways, event nampak gembak sbab banyak barang kat sana

JMR said...

puzzle tu nmpk best..eh semualah best2..macam macam ada rupanya

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.