Buffet Ramadhan di Best Western i-City Shah Alam Bertemakan 'Aladdin and The Malaysian Treasures'

Hotel Best Western i-City Shah Alam antara hotel yang sering menerima kunjungan tidak kira daripada pengunjung tempatan mahupun luar negara. Lokasi hotel yang terletak di dalam kawasan taman tema i-City sememangnya sentiasa menjadi tarikan terutama bagi mereka yang datang bercuti ke taman tema ini. Dan untuk pengetahuan semua, sepanjang bulan ramadhan juga View Cafe Hotel Best Western i-City turut menyediakan juadah berbuka puasa.


Buffet Ramadhan di Best Western i-City Shah Alam Selangor untuk tahun 2019 adalah bertemakan 'Aladdin and The Malaysian Treasures' . Dengan mempertengahkan pelbagai masakan tradisi, arab dan pelbagai lagi yang mampu memenuhi citarasa pengunjungnya. Untuk pembelian awal (early bird) harga voucher yang ditawarkan adalah RM99nett setiap seorang. Harga biasa (normal) adalah RM119. Manakala untuk warga emas dan kanak-kanak adalah RM69nett . 


Kambing Bakar perapan Ala Arab antara hidangan yang menjadi tarikan yang pengunjung di sini. Selain itu terdapat juga udang, ayam, ikan, sotong, daging dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat juga nasi beriani,  nasi arab dan dan nasi minyak (rotation basis) ditawarkan setiap hari.

Perapan daging memang sedap. Terutama di bahagian kulit yang memang ranggup dan lembut.


Udang-udangnya memang agak besar dan manis. Memang terbaik!

Hidangan tradisi seperti sate juga ada ditawarkan kepaxa penganjung. Nikmatinya panas-panas dengan kuah kacang memang sedap betul :-)

Pelbagai masakan tradisi dan moden yang ditawarkan di View Cafe Best Western i-City Shah Alam. Kalau disenaraikan memang banyak dan menyelerakan. Dan ianya akan bertukar setiap hari jadi memberi peluang kepada pengunjung bertukar selera setiap kali menikmati hidangan di sini,

Antaranya seperti Sup Kambing Berempah Mamak, Tomyam Seafood, Nasi Kukus, Kari Kepala Ikan, Rendang Daging, Daging Masak Hitam, Ayam Masak Berempah, Ikan Tenggiri Masak Pindang Berbendir, Sayur Goreng Campur, Sotong Goreng Bercili, Udang Sambal Tumis Petai, Mutton Varueal, Keladi Tumis Cili, Sayur Campur & Cendawan Sos Tiram, Kentang Goreng Ikan Bilis, Ketam Bercili, Tahu Sambal, Ikan Goreng Berempah, Herb Baked Potato, Fish with Dill Creamy,Sauce Chicken Casserole, Stew Vegetables, Teriyaki Honey Beef, Ayam Masak Rendang, Telur Masak Lemak Cili Api, Kambing Lada Hitam, Keli Masak Berlada, Daging Dendeng, Ayam Kapitan, Ikan Tenggiri Goreng Berempah, Udang Goreng Pegaga, Ketam Masak Nenas, Ikan Bilis, Tempe, Tahu Sambal, Kacang Panjang Goreng Belacan, Kambing Kuzi, Sotong Goreng Cili, Braised Tofu with Chicken Meat, Braised Roasted Carrot with Herbs, Grilled Dory with Tomato and Olive
Broccoli with Butter, Garlic Irish Lamb Stew, Okonomiyaki, Teppanyaki, Roti John Berinti, Shawarma, Rojak Campur, Rojak Sotong, Cucur Udang, Yong Tau Foo, Keropok Lekor, Keledek Goreng Cendawan, Cucur Kurma, Keladi Goreng, Pisang Goreng dan banyak lagi.

 Daging Masak Cili Api

Ayam Masak Cili Api

Rendang Daging


 Pepahat Bercili















Kanak-kanak pasti menyukai apabila terdapat banyak pilihan hidangan Spaghetti, Macaroni dan Penne yang boleh dinikmati samada bersama sos Bolognaise mahupun Carbonara. Begitu juga masakan gaya Aglio Olio, memang sedap!

Di gerai mee ada ditawarkan hidangan seperti Laksa Sarawak, Laksa Penang, Laksa Johor, Mee Belacan. Mee Kari, Kuey Tiaw Tomato dan Mee Rebus.

Memang power giler rasa Laksa Penang di sini. Kuahnya yang pekat dan agak pedas memang kena dengan citarasa saya. Korang harus cuba hidangan Laksa Penang di sini :-)

Peminat ulaman, sambal, acar pasti teruja dengan pilihan yang ditawarkan di View Cafe Best Western i-City Shah Alam. Ada begitu banyak pilihan yang menggiurkan.

Puding dan agak-agar laici, longan dan pelbagai lagi. Puding roti, kek coklat, ais krim dan juga pastri french. Selain itu terdapat juga buah-buahan, jelly, tapai, dodol, wajik, dodol, baklova, kunafa dan bertih jagung!

"chocolate fountain" in the house. Bosleh nikmati bersama buahan seperti anggur dan strawberi dan juga mashmallow.

Manisan sepeti kek dan puding memang menjadi feveret sebagai pencuci mulut.



Untuk kuih muih tradisi setiap hari akan ditawarkan 5 jenis kuih yang boleh dinikmati.

Penggemar bubur, bolrhlah mencuba burbur di sini iatu Bubur Lambuk dan Bubur Berempah. Terdapat juga 2 jenis bubur manisan seperti bubur cha cha dan bubur kacang hijau.

Manakala untuk kurma akan ditawarkan 8 jenis varian kurma yang boleh dinikmati oleh pelanggan.

Paling mengujakan saya, disediakan juga buahan seperti buah durian dan nangka yang boleh dinikmati di luar (kawasan balkoni).

Buah durian kampung sememangnya mempunyai isi padat dengan rasa lemak manis. Memang feveret saya dan keluarga.

Untuk minuman disediakan minuman panas dan sejuk. Untuk air panas disediakan 4 jenis minuman iaitu milo, teh tarik, nescafe dan teh 'o'.

Hidangan secara buffet membolehkan kita menikmati makanan sebanyak mana yang kita mahu. Walaubagaimanapun ianya perlu tidak sampai pembaziran. Ini kerana setiap lebihan untuk 100gram akan dikenakan caj RM20. 

Kita boleh memilih samada untuk menikmati hidangan didalam mahupun di luar premis. Jika berbuka di kawasan luar, kita akan dapat menikmati pemandangan yang begitu cantik terutamanya cahaya dari lampu-lampu di i-City.


So, korang kalau hendak berbuka puasa di sini di bulan ramadhan boleh membuat tempahan di talian 03-55219000 atau emel ke enquiries@bestwestern-icity.my
Buffet Ramadhan di Best Western i-City Shah Alam Bertemakan 'Aladdin and The Malaysian Treasures' Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 31, 2019 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.