Buffet Ramadhan di Sime Darby Convention Centre (SDCC)Yang Memikat Hati

Kalau saya senaraikan 10 tempat menarik untuk berbuka puasa, pastinya buffet ramadhan di Sime Darby Convention Centre (SDCC) pasti salah satunya. Antara sebab kenapa ianya menjadi pilihan adalah kerana variasi pilihan hidangan yang ditawarkan begitu memikat selera. Dari sajian melayu, india, cina dan antarabangsa semuanya ada. Dan untuk sesi ramadhan tahun ini hidangan buffet akan dikendalikan serta disediakan oleh chef-chef yang berpengalaman dari SDCC yang diketahui oleh Chef  Pastri Mohd Nordin bin Abdullah.


Dan untuk tahun ini Buffet Ramadhan SDCC membawa tema "Jalan-Jalan Ramadhan Buffet". Di mana setiap lokasi hidangan yang ditempatkan dinamakan jalan-jalan yang cukup terkenal menjual hidangan buffet ramadhan. Antaranya seperti Jalan Lang Emas, Jalan Imbi, Jalan Dorasamy dan banyak lagi.

Ramadhan Buffet di SDCC seperti kebiasaannya akan diadakan di Restoran Halia. Apa yang menarik harga yang ditawarkan cukup berbaloi terutama jika kita membuat tempahan lebih awal.
Harga untuk 1 voucher adalah seperti berikut:-

RM69++ untuk bulan Mac 
RM79++  untuk bulan April sehingga 5 Mei 2019. Untuk pembelian 10  unit voucher, 1 voucher tambahan diberikan. (Kiranya beli 10 voucher PERCUMA 1 voucher).
Murah dan lebih jimat bukan?

Harga asal adalah RM99++ untuk 1 voucher yerpp. Dan untuk buffet Ramadhan ianya akan diadakan pada setiap hari jam 6:30 petang sehingga 10:30 malam dan ianya akan bermula dari 6 Mei sehingga 2 Jun 2019. Untuk kanak-kanak (berumur 5 sehingga 12 tahun) dan warga emas (untuk umur 60 tahun ke atas) akan mendapat potongan harga sebanyak 25%.  Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah adalah PERCUMA.

Untuk tempahan dan keterangan lanjut boleh hubungi 03 20893799 atau emel ke halia.sdcc@simedarbyproprety.com

Antara hidangan yang enak boleh dirasai sepanjang bulan puasa di buffet ramadhan SDCC seperti berikut :-

(Serius! Semuanya enak-enak tau)
Wok-fried Beef with Belacan

Roasted Duck in "Pi Pa" Style

Work Fried Chicken With Kung Pao Sauce

Stir-fried Squid in "Nyonya" Style

Stir-Fried Venison with Honey Pepper

Stir-Fried Fish Fillet with Kam Heong Sauce

Deep-fried Shimeiji Mushroom with Salted Egg Yolk & Chili Powder

Deep-fried Chicken with Salted Egg Yolk & Chili Powder

Roasted Whole Lamb

Deep Fried Tiger Prawns With Creamy Butter Sauce

Steamed Grass Carp With Minced Chili Soya Sauce

Paling mengujakan terdapat juga ikan segar yang dibakar secara panas-panas. Memang sedap dan puas hati. Dinikmati juga bersama pelbagai sos yang boleh dipilih memang superb!




Dan hidangan ini juga adalah antara yang menjadi kegemaran saya :-)

Braised Beancurd Puff woth Oyster Sauce

Selain itu terdapat juga pilihan sushi, spagehti, pasta bersama sos cabonara/Bolognese dan pelbagai lagi masakan Asia dan Barat. Tidak ketinggalan juga Kacang Pool istimewa, gulai kawah dan banyak lagi.

Tidak lengkap rasanya kalau tidak dihidangkan bersama manisan yang terdiri daripada kek, pastri dan kuih-muih tempatan. Begitu juga dengan air minuman yang pelbagai seperti Sirap Selasih, Guava Sam Boi, Cincau, Air Jagung, Nescafe Tarik, tebu dan banyak lagi.


Selain hidangan buffet di Restoran Halia SDCC, turut ditawarkan adalah Makan Malam Ramadhan di Restoran China Treasures – All you can eat 60 ala-minute dishes & 79 dim sum delicacies.

Harga untuk 1 voucher adalah seperti berikut:-

RM69++ untuk bulan Mac 
RM79++  untuk bulan April sehingga 5 Mei 2019. Untuk pembelian 10  unit voucher, 1 voucher tambahan diberikan. (Kiranya beli 10 voucher PERCUMA 1 voucher). Harga asal (biasa) voucher adalah RM99.

Untuk kanak-kanak (berumur 5 sehingga 12 tahun) dan warga emas (untuk umur 60 tahun ke atas) akan mendapat potongan harga sebanyak 25%.  Kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA.

Untuk tempahan boleh hubungi di talian 03-2089 3788 ataupun emel kepada chinatreasures.sdcc@simedarbyproperty.com

79 jenis dim sum yang menarik!

Dinikmati bersama sos yang hebat!

Vietnam rolls... :-)

Deep Fried Golden Money Bean in BBQ Chicken

Deep Fried Vegetarian Rolls in Avocado Filling

Banyak lagi sebenarnya hidangan yang enak-enak. Jadi kalau korang nak rasai sendiri, kenalah buat tempahan awal-awalnya. Lagi awal pembelian voucher lagi murah harga yang dapat dibeli.

Buffet Ramadhan hebat di SDCC,
Hidangan hebat bervariasi,
Kenyang perut senang hati!

Comments

Popular Posts