Dinosaurs Alive! di Paradigm Mall

Wohooooooo!!!!! Teruja betul bila cuti persekolahan sudah bermula. Inilah masa terbaik dapat saya luangkan masa dengan anak-anak. Sebenarnya terdapat banyak program dan aktiviti yang menarik boleh kita sertai sepanjang cuti sekolah. Antaranya seperti berkunjung ke pusat membeli-belah yang ada menyediakan pelbagai program yang boleh diikuti khas untuk pengunjung mereka.

Dan saya telah memilih Paradigm Mall untuk membawa anak-anak saya beraktivti. Ini kerana di Paradigm Mall telah diadakan program Dinosaurs Alive! Anak saya terutama Ameer memang sangat sukakan dunia dinosaur. Dan saya tidak melepaskan peluang ini untuk membawa Ameer ke sini bagi melihat sendiri haiwan yang hidup sejak zaman pra-sejarah secara esklusif. Dan apa yang menarik pengunjung juga dapat menyelami dan mengenali haiwan ini lebih dekat lagi melalui aktiviti dan informasi yang ada dikongsikan. 

Untuk acara Dinosaurs Alive di Upper Atrium Level UG Paradigm Mall Petaling Jaya akan berlangsung bermula dari 22 Mac sehingga 7hb April 2019. (take note that, gaisss)

Terdapat tujuh dinosaur animatronik bersaiz sebenar dan ini termasuklah spesies ikonik seperti Tyrannosaurus (T-Rex), Memenchisaurus, Ankylosaurus, Velociraptor, Parasaurolophus dan Protoceratop. Memang serius nampak 'real', apatah lagi dinosaur ini bukan hanya sekadar patung ianya juga bergerak dan mengeluarkan bunyi seperti haiwan sebenar berada di dunia realiti pra-sejarah.




Saya juga tertarik dengan segala informasi mengenai dinosaur yang terlah dikongsikan di sini. Banyak yang menarik yang di luar jangkaan kotak pemikiran saya. Apa yang penting bukan kanak-kanak sahaja dapat belajar tentang dinosaur bahkan golongan dewasa juga!



Sepanjang kempen berlangsung di sini pihak pengurusan juga menyediakan beberapa siri bengkel yang boleh disertai oleh anak-anak. Antaranya seperti Fossil Dive, Bengkel Origami Dinosaur, Button Badge Colouring, Ark Park, Dinosaur Reality Dinosaur, Dino Run, dan Dino Ride. 

Begitu ramai yang menyertai Button Badge Colouring!

Amani dan Ameer yang begitu bersungguh mewarna dan menghiaskan button mereka.

Proses membuat button

Tada!!! Siap sorang satu button khas yang diwarnakan sendiri oleh mereka :-)

Terdapat juga Dinosaurs Origami Workhop yang akan menawarkan 24 tempat bagi kanak-kanak yang berminat menyertainya untuk setiap sesi.

Bersungguh dua beradik ini menyiapkan origami dinosaur! Ianya perlu berpandukan kepada kertas rujukan yang telah disediakan.

 Anak-anak lelaki khasnya pasti gemarkan permainan atas talian seperti ini. Terutamanya yang menggunakan teknologi VR yang nampak lebih realistik dan seronok.
 


Terdapat juga permainan atas talian (games on-line) khas untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun ke bawah.  Dan memang jelas anak-anak memang seronok berada di sini kerana begitu banyak pilihan permainan dan aktivti yang mereka boleh sertai :-)

Untuk Yara memang aktivti berada di dalam Fossil Dive kolam penuh bola kecil berwarna-warni menjadi tempat feveret beliau. Keterujaan bertambah apabila adik-beradik yang lain datang menyertai sama. Sebenarnya ada cabaran tau. Untuk mereka yang dapat mencari aphabet tertentu dalam masa yang diberikan akan memenangi voucher.

Antara yang bakal mencuri perhatian pengunjung (highlight) sepanjang kempen Dinosaurs Alive di Paradigm Mall adalah pertunjukan 25 minit "The Living Dinosaurs Live Show". Kisahnya agak menarik melibatkan rangers dan orang jahat serta kemunculan Triceratops, T-Rex dan Velociraptor yang pastinya menghidupkan lagi perjalanan cerita persembahan. Dan ianya akan diadakan setiap minggu pada masa tertentu ya!


Aktiviti yang disediakan sememangnya semua mesra kanak-kanak dan keluarga. Anak-anak boleh merasai bagaimana peranan seorang ahli paleontologi melalui penemuan menarik haiwan di pra-sejarah. Sekaligus meninggalkan kenangan manis buat mereka.


Penebusan Dino Riders Eksklusif (* Tertakluk kepada terma & syarat, first come first serve)

Anak-anak berpeluang untuk menunggang Spinosaurus dan T-Rex bayi. Caranya dengan hanya berbelanja sebanyak RM50 (min) dalam resit tunggal di  mana-mana outlet di Paradigm Mall PJ. Penebusannya boleh dilakukan di booth Dino Riders pada hari pembelian yang sama. Untuk ahli program ganjaran WCT Buddy boleh menikmati faedah eksklusif ini dengan hanya perbelanjaan minimum sebanyak RM20 dalam satu resit tunggal. 


Jurassic World di Paradigm Mall Johor Bahru

Untuk pengunjung Paradigm Mall Johor Bahru korang juga boleh menyaksikan reptilia prasejarah termasuk Velociraptor biru, ini kerana pusat membeli belah Paradigm Mall Johor akan membawakan Dunia Jurassic ke kehidupan bermula dari 20 Mac hingga 10 April 2019! So, orang Johor jangan lepaskan peluang ini ya.

Semasa tempoh kempen juga pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut mengenai adaptasi evolusi dinosaur melalui sesi Meet & Greet dengan Triceratops dan T-Rex Baby Dinosaur. Terdapat juga sesi interaktif, yang mana anak-anak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti bertemakan dinosaur. Antaranya seperti Dunia Mewarna Jurassic, Camp 5 Rock Climbing, Permainan Karnival Kanak-kanak & Kiddie Rides dengan Funland Coklat Beryl. Jangan lupa untuk nikmati promosi istimewa dengan setiap pembelian edisi terhad barangan jurassic.

Oh ya! Terdapat Promosi Cuti Sekolah Parkson di Paradigm JB, dengan setiap pembelian min RM80 (atau RM50 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) * kanak-kanak boleh menyertai aktiviti Camp 5 Rock Climbing. Bagi peminat Jurassic World bolehlah menebus Bag Tote Dunia Jurassic secara PERCUMA dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM280 (atau RM200 untuk Pemegang Kad Kredit HSBC) *.

* Terma & syarat dikenakan dan ianya bergantung kepada sementara stok masih ada


Jom bawa saeisi famili ke Paradigm Mall di Petaling Jaya dan Johor Bahru bersempena dengan cuti sekolah ini. Terdapat banyak aktiviti menarik dan hebat yang boleh disertai. 

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi, sila lawati di pautan berikut:-

PARADIGM MALL PJ

PARADIGM MALL JB

Comments

Chris_Sella said…
wahhhh menarik, siap boleh naik atas Dinosaurs pula. memang seharian la dalam mall tu kalau ada benda macam ni.
Kylie Cre8tone said…
wow! the dinasour looks nice and real.. great to hv such event during school holiday for the kids..
Comel Azhar said…
Iyer kak. Memang best. Cuma sy mmg cuak ngn dinasour tu.. rase gerun.. nmpak real pun yer. Tapi bagus lah budak2 suka. Lagipun banyak games juga
Wah..mesti seronok anak-anak akak kan pergi ke sini. Pulak-pulak kalo memang yang peminat dinosaur
wu bukan main seronok la kalu mak ayah bawak anak-anak datang belajar pasal dinasor kat Paradigm Mall ni. Kebetulan sekarang musim cuti sekolah memang spot terbaik untuk dorang bersuka ria sambil hang out dengan family
Hanny Abdullah said…
Kita tak ada anak kecik nak bawak ke sini, nanti nak gitau gan adik beradik le suh diorg bawak cucu2 diorg datang sini..sure budak2 suka punya tengok banyak dinasor
Fadzi Razak said…
Dah lama tak jejak kaki ke paradigm mall ni. Nak bawak Aneeq pergi sini nanti Aneeq takut pulak. Pernah bawak Aneeq tengok Karnival Upin Ipin time tu ada dinasour. Bila lalu tepi dinasour tu, menangis dia takut. Time tu die umur 2 tahun hahaha
Mimi Azirah said…
Nasib baik paradigm mall ni jauh kalau dekat dah lama bawa anak anak enjoy main kat sini. Diorang memang suka. Bagus juga ada program macam ni kat paradigm mall. Anak anak enjoy main game dan berwarna. Terluang masa mereka dengan aktiviti berfaedah
Nadia Johari said…
Best ni kalau dapat pergi.. Fariza mesti suka.. Bnyak aktivoti dia buat ye.. Buat button tu menarik.. Siap tunggang dinasour lgi.. Yang cerita tu dia buat pukul brp kak..
Nina Mirza said…
Wah.... Dah lama tak pegi sini. Menarik ada dinosaur ni. Macam real tengok tu. Anak anak suka, ai yang cuak ngeri. Hehee....
Cuti sekolah boleh bawak depa jalan sini, tak yah pi jauh jauh
Thanks sharing
Tekkaus said…
Wow...kids will surely love to visit this exhibition whereby they can get to know more about the dinosaurs. Moreover there is a 25 minutes show that'll surely entertain them a lot.😁
Emilinda said…
Eh actually kan paradigm mall ni tak jauh pun dari ofis emi. Tapi tak syok la kalau pergi tak bawak budak. Kena tunggu anak2 buah emi datang KL la baru bawak dorang ke sini.
Sunshine Kelly said…
Wow this is fun and good to bring the kids out during school holiday.
Syafiera Yamin said…
hahahaha bukan budak budak je parent pun teruja tengok dinosaurs lagi satu dinosaurs pun nampak realistik je dah la comel memasing.. i suka gila tengok paling best orang dewasa pun boleh tunggang dinosaurs wehooo ! ;)
Tengkubutang said…
Dinosaur ni adalah antara yang budak-budak suka tengok.. lately ni TB perasan banyak mall-mall suka sediakan mainan tunggangan dinosaur ni.. ada kat taman melati tu pun .. suka TB tengok.. besarrr
Bestnya bwk anak2 lakukan aktiviti2 macam ni, bg minda dorang terbuka dgn lakukan aktiviti kegemaran dorang
Rawlins GLAM said…
Eh. Banyak rupanya pasal dinosour yang Rawlins pun tak tau. Bagusnya ada pameran sebegini, mak pak boleh tambah ilmu sekali ye tak.
Ni kalau anak sedara tau ni mesti dia ajak parents dia pi.. Dia minat sgt dino2 ni..
Semua nama dino dia hapai

Popular Posts