DUTCH LADY +PROTEIN BAHARU DENGAN PROTEIN BERKUALITI DAN KALSIUM YANG TINGGI

Kini, kebanyakan keluarga di bandar dengan gaya hidup yang sibuk sukar untuk meluangkan masa untuk menyediakan dan menikmati sarapan yang bernutrisi pada waktu pagi. Jangan risau – susu Dutch Lady +Protein BAHARU yang penuh dengan nutrisi lagi lazat dapat memberikan keluarga anda permulaan pagi yang lebih kuat dengan protein berkualiti tinggi dan kandungan kalsium yang tinggi! "Memang banyak kelebihan minum susu untuk anak & seisi keluarga. Tak kira jenama apa pun yang kita pilih. Kenali pelbagai jenis susu formula di pasaran. "

Protein merupakan asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ kita 2 . Nutrien tersebut bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat yang kita perlukan untuk setiap aktiviti rutin dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting untuk memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.


Sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi, atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan. Akan tetapi, makanan tersebut memerlukan masa untuk disediakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk. Daging dan ikan yang terlebih masak boleh memusnahkan nutrien penting sekaligus menghalang penyerapan nutrien untuk badan.

Garis Panduan Pemakanan Malaysia mengesyorkan dua hingga tiga hidangan susu dan tenusu dalam sehari satu hidangan susu bersamaan dengan 250 ml segelas. Malah, pengambilan protein yang tidak mencukupi, bukan sahaja boleh membantutkan peningkatan berat badan dan ketinggian malah kita boleh mengalami kehilangan berat dan jisim badan tanpa lemak yang tidak sihat.

Susu Dutch Lady +Protein mengandungi protein berkualiti tinggi untuk pembinaan otot. Ia juga mengandungi kalsium yang tinggi, yang penting untuk tumbesaran tulang yang kuat untuk kanak-kanak di samping membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk menyokong gaya hidup yang sibuk dan aktif. Selain itu, susu juga mengandungi nutrien penting seperti Vitamin A, Vitamin B2, dan Vitamin D yang penting untuk menjaga badan kita berfungsi dalam keadaan yang terbaik.

Oleh itu, tingkatkan pengambilan protein dan kalsium keluarga anda semasa sarapan untuk otot dan tulang yang kuat dengan susu Dutch Lady +protein mulai hari ini untuk permulaan hari yang lebih kuat! Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.


Untuk maklumat lanjut :

Website : www.dutchlady.com.my/plusprotein
Facebook Dutch Lady Malaysia : www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk

Comments

Popular Posts