Jom Ke Karnival Cuti Sekolah di The Mines Shopping Mall

Waktu cuti persekolahan adalah waktu terbaik untuk kita menghabiskan masa bersama dengan anak-anak dengan aktivti yang bermanfaat dan menyeronokkan.  Salah satu aktiviti yang dilakukan adalah membawa anak-anak untuk menyertai Karnival Cuti Sekolah di The Mines Shopping Mall Selangor.


Terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan bermula daripada 15 Mac sehingga 31 Mac 2019. Antara aktiviti yang pasti ditunggu oleh pengunjung cilik seperti kemunculan karektor Upin Ipin pada 23 Mac, Sambutan Hari Bumi (Earth Hour Celebration) dan banyak lagi. Terdapat juga promosi penebusan hadiah menarik seperti tiket wayang TGV dan banyak lagi.

Seperti berada di fun-fair, namun ianya berada didalam pusat membeli belah. Di dalam kawasan tertutup dan lebih selesa terutama buat anak-anak kecil. Pelbagai permainan yang boleh dicuba disini dan jika bernasib baik kita juga berpeluang memenangi hadiah menarik.

Melihat kepada keterujaan Ameer membuat aktiviti memang memberi kegembiraan kepada saya. Biarpun beliau agak kecil dari segi saiz tubuh badan tetapi semangat untuk bermain memang tinggi.

Begitu juga dengan Amani, biarpun balingan tidak semua mengena namun beliau memang begitu gembira bermain di sini.

Bukan anak-anak sahaja bahkan ibubapa pun sama teruja bermain sama.


Ada pelbagai permainan di sini yang boleh dicuba. Dan ianya sesuai untuk semua peringkat umur ya!

Karousel antara permainan yang sangat dinantikan oleh kanak-kanak. Seperti berada di kota keriangan fantasi, menaiki kuda yang berpusing dengan diringi muzik memang memberi keseronokan kepada mereka.

Jom ke Karnival Cuti Sekolah di The Mines Shopping Mall. Sambil kita bershopping, keluar makan bersama keluarga, menonton wayang, kita juga boleh singgah di sini dan berikan anak keseronokan dengan beraktivti serta bermain permainan yang ada ditawarkan.

Sesuatu yang menarik untuk aktiviti cuti sekolah yang terbaik!

Comments

LizzaBella said…
Eh. Dah nak cuti sekolah ke? Haha tak perasan pun lah dah nak cuti sekolah. Mesti best untuk mak bapak yang ke Mines ni boleh bawak anak2 buat macam2 aktiviti. Tempat pun tak masuk KL nak tempuh jam semua bagai. Best jadi budak2! :D
yeay saya suka ada mini karnival funfair dalam the mines. eh siap ada maskot upin ipin lagi. confirm ramai family bawak anak-anak datang nanti waktu cuti sekolah. nak datang jugak la main games mana tahu menang hadiah bear
Kylie Cre8tone said…
so fun.. so fast wanna school holiday d... good one.. go enjoy in mines...
CXopportunities said…
Seronoknyaaaaa dok memain. Dah macam funfair pula tengok. Lama rasa tak maim mainan cenggini. Dahlah ada upin ipin ya? Alahai seronok dengan anak² noleh spend time. Ofcourse anak² seronok dan teruja.
Hanny Abdullah said…
Ada anak2 kecik bolehlah ajak main..tapi anak2 dh besar so tak ada peluang sis nak menempel. Nampak gayanya kena pinjam anak buah punya anak n bawak diaorg ke sini..heehe
Syamimi Saad said…
wow.. Bestnya ni.. Kalau anak anak dapat ke tempat macam ni,
silap silap susah nak ajak balik. Haha
Sebab ralit dengan keseronokan..
Kita pun dah lama tak pergi tempat macam ni.
Rasanya mak pun naik teruja sekali kalau macam ni kan..
Julia Mahir said…
Woww happening sangat ni! Tapi cuti sekolah nanti tak balik KL sobs. Kena carik aktiviti2 kat Penang gak la get ready utk anak.
Zharif Azis said…
Best nie kalau bawak budak2 ke sini. Mesti dorang suka. Macam2 permainan ada ya. Mahu satu hri berkampung kt sni. Dekat je dengan tempat sy the Mines nie. Nanti nak singgah
Cerita Huda said…
Wah best yer aktiviti cuti sekolah di Mines ni. Macam pergi funfair dalam shopping mall. Thanks sharing! Nanti nak bawa satu keluarga jalan2 The Mines.
Nadia Johari said…
Bestnyaa.. Seronok semua.. Permainan mcmni memg disukai kanak-kanak.. Datang sini mau semua dia nak mainnya.. Lama tak pergi the mines.. Hehehe
yay let's go beramai ramai ke The Mines Shopping Mall. I want to ride on the carousel again with my 2 girls hahaha. Nice experience in the mall
Rawlins GLAM said…
Lamanya tak melawat ke Mines nie. Bawa anak-anak beriadah time cuti sekolah memang best la kan. Enjoy uols.
tenku butang said…
wah.. the mines ni lama giler TB tak pi.. dulu masa mula2 mai KL je pi.. 6 tahun yang lalu.. huhu.. ada games macam ni budak-budak suka lah kan.. mau nya ditarik tarik tak mau balik rumah.. hahaha
Sunshine Kelly said…
Memang best lah kalau mall sediakan aktiviti khas for children during school holiday. Maka parents akan bring their kids to the mall also.
Wah menarik. Idea Yang bernas untuk bawa keluarga berjalan masa cuti sekolah nanti. Karnival ni macam fun fair pulak. Ada macam-macam jenis permainan kan. Seronokla anak-anak nanti.
Cik Min said…
Suka la anak-anak ye bila dapat peluang camni. Bagus la karnival camni atleast dapat eratkan hubungan keluarga

Popular Posts