Kehebatan Hidangan Daging Wagyu di Tony Roma's


WAGYU kini ada ditawarkan di Tony Roma's, sememangnya sangat dinantikan oleh semua peminat daging ini. Apatah lagi hidangan yang dimasak dengan penuh teliti  di dapur Tony Roma's yang cukup mementingkan tahap kualiti yang terbaik dan konsisten

Daging lembu Wagyu sememangnya daging yang sentiasa diinginkan oleh peminat-peminat stik. Kelembutan dan jus dagingnya antara faktor utama mengapa ianya sentiasa menjadi pilihan. Apatah lagi jika ianya dibakar dan dimasak sempurna, maka bertambah hebatlah kejadian hidangan yang dihasilkan.

Untuk tempoh waktu terhad, korang boleh rasai sendiri hidangan Wagyu di 12 cawangan Tony Roma's di Malaysia bermula  dari 1 Mac sehingga 30 April 2019. Antara hidanagn yang boleh dinikmati seperti Wagyu Ribeye, Wagyu NY Strip, Wagyu Burger dan  Wagyu Steak & Wild Mushroom Flatbread.

Tony Roma's Wagyu NY Strip | RM164.05

Untuk set daging wagyu ini, variasi side dish kita boleh pilih  untuk dinikmati bersama daging wagyu tersebut. Saya difahamkan daging lembu wagyu NY Strip ini perlu dipotong dengan teliti bagi mengekalkan saiz variannya secara natural. Selain itu setiap ketebalan NY Strip juga memberi rasa tekstur daging yang hebat. Nah! Tidak hairanlah mengapa saya begitu teruja ketika menikmati Wagyu NY Strip ini, walaupun dagingnya agak tebal tetapi tetap berjus. Makan begitu sahaja tanpa sebarang sos, sudah begitu enak!

Tony Roma's Wagyu Ribeye | RM164.05

Every ribeye is a steak, but not all steaks are ribeyes!
Tetapi di Tony Roma's ianya adalah benar-benar wagyu ribeye. Tidak dinafikan wagyu ribeye merupakan gabungan sempurna antara rasa dan kelembutan daging lembu. Keenakan lebih ketara jika kita memilih cara masakan panggang 'medium' yang masih mengekalkan kemerahan dan kelembutan daging.
Kesempurnaan rasanya menjadikan setiap gigitan pada daging tidak harus saya sia-siakan. Antara hidangan stik hebat yang saya pernah rasa. Benarlah seperti apa yang dikata, mutu dan kualiti masakan dari dapur Tony Roma's sentiasa yang terbaik.

Tony Roma's Wagyu Burger | RM55.00

Kepelbagaian daging wagyu bukan hanya masakan stik sahaja. Bahkan ianya juga enak dijadikan sebagai daging burger. Kawan saya yang pernah merasai hidangan ini memilih Tony Roma's Wagyu Burger paling digemari dalam pilihan menu wagyu. Tapi saya telah meilih stik! Heheh. Tapi saya tidak nafikan Wagyu Burger ini sangat enak apabila dikombinasikan secara bersama sayuran (hirisan salad, tomato dan mayo),  keju dan roti.Umpama menu pemakanan lengkap dan berkhasiat.  Mana tidaknya dengan ada gabungan protein, sayuran dan karbo! Namun kunci kesedapan sebenarnya terletak kepada daging wagyu yang begitu tebal dan berjus. Memang sedap!


Tony Roma's Wagyu Steak and Wild Mushroom Flatbread | RM55.00

Ini bukanlah pizza ya! Tapi adunan roti bersama hirisan daging stik wagyu di atasnya, Dilengkapkan lagi dengan keju (meleleh), cendawan dan tomato menghasilkan satu hidangan yang menarik dan sempurna.

Keranggupan di hujung roti antara kenapa saya nikmatinya tanpa henti. Apatah di atasnya terdapat stik daging wagyu yang tebal-tebal isinya. Haruslah menikmati repeat berkali-kali tanpa disedari.

Tony Roma's Premium Carrot Walnut | RM12.00

Tidak lengkap rasanya jika hidangan enak tidak dinikmati bersama pencuci mulut. Saya sangat rekomen kek Premium Carrot Walnut. Rasa kek yang begitu lembut dari atas sehingga bawah, bersama gabungan rasa zesty keju krim dan  keranggupan walnut memang terbaik. Dan paling penting diatasnya ditaburi dengan hirisan lobak merah segar.
Tony Roma's Rich Double Chocolate Treat | RM12.00

Bagi yang meminati rasa coklat, bolehlah mencuba Rich Double Chocolate Treat. Kaya kemewahan coklat yang sebenar yang kemanisannya cukup sederhana. Lihat sahaja pada coklat diantara lapisan dan serbuk oreo di permukaaan di atas, memang cukup mempersonakan mata. Apatah bila dapat menikmatinya sendiri, haruslah hati semakin berbunga-bunga. Ok, serius sedap tak tipu! Hiks.

Untuk minuman pula bolehlah mencuba minuman bersoda ala Rom di Tony Roma's. Dan untuk menu wagyu ini turut direkomenkan 3 jenis minuman bersoda dengan rasa buah-buahan seperti buah pic dan delima.
Tony Roma's Fruits Tale |RM19.80

Tony Roma's Peach Sunset | RM19.80

Tony Roma's Pomegranate Pop | RM19.80

Nampak menarik semuanya. So, korang kenalah mencubanya sendiri di restoran Tony Roma's.

Umpama memberi 'reward' kepada diri sendiri. Menikmati wagyu di sini memberi kepuasan pada penggemar daging stik seperti saya.

Paling meriah jika dinikmati bersama rakan mahupun famili. Sememangnya sesuatu yang hebat haruslah dikongsi :-)

Jom ke Tony Roma's untuk merasai hidangan wagyu terbaik dengan pelbagai hidangan menarik!

Comments

tenku butang said…
Unik nama dia.. Daging Wagyu .. tengok pada gambar macam kamb chop chicken chop je.. mesti sedap tu kan.. daging tu nampak macam lembut je..
Chris_Sella said…
nyummmm.. nampak sedap sangat gambar tu.
Hunny Kitty said…
tempat lunch fav ai nih..hahahhaa. mmg rasa dia dari dulu tak pernah lari sentiasa kena dengan halwa tekak nih. Baru p last week..hehe
Zandra said…
Ha bawah dua ratus je, berbaloi kalau makan wagyu gini. Tengok pun saiz besar kan. Kalau rasa nak splurge sekali sekala boleh cuba ni. Nampak sedap sangat Tony Romas ni.
Nampak sedap dan cantik je gambar u Ayu cuma i kurang sikit makan daging ni. Kalau ada menu lain I order menu lain. Air dia nampak mengancam!
Rawlins GLAM said…
Kengkawan Rawlins suka buat reunion kat sini sebab portion dia besar. Nie dah bertambah menu, mau lagi kerap diorang buat reunion kelak. Haha
Fadzi Razak said…
Tebal gila daging dia kak ayu. Ni kalau makan memang confirm puas hati puas perut.
Mimi Azirah said…
Kalau steak macam ni punya tebal lepas tu jyicy memang kenyang sampai esok jawabnya. Dapat makan daging wagyu ni memang tak pandang kiri kanan dah sebab nak memikmati kesedapannya punya pasal. Makanan yang lain pun omg nampak sedap dan menggugat iman betul rasa nak terbang ke sana juga tau nak makan steak ni.
Nadia Johari said…
Teringin sangat makan daging wagyu ni. Tapi tak oernah kesempatan nak makan lagi.. Tengok dagingnya memg nampak sedap da lembut.. Wah ade dlm burger.. Boleh cuba nnati ni
Maha Mahu said…
Akak sajakan nak buat kita terliur tengok malam buta macam ni hehehe terutama makan steak macam ni hehehe susah nak dapat yang betul-betul sedap dan masa mengikut kehendak kita hurrmmmm....
Mrs Liez said…
ala.... liez tak pernah cuba daging waghyu tau.. terliur tengok menu-menu dekat tony romas ni.. lagi pun dah lama tak makan dekat TR ni.. tak boleh jadi ni.. mmg nak kena serbu jugak TR tau..
Syamimi Saad said…
Aduhai.. Sedapnya daging tu..
Nampak berjus dan menyelerakan gitu.
Dan harganya pun boleh tahan. Hehe
Kalau la boleh makan seperti biasa, rasa nak terkam daging tu dulu
Wawa Ashihara said…
Daging wagyu mmg plhn bg yg gemar stick sbb lbh juicy . Tp harganya mahal sgt xmmpu lg nk try..haha.. Menu air pon leh thn harga.. Tp okla dkli skala mkn sini kan.. Takdelah rasa tertekan klo mkn hari2. Hihi
Emme Marina said…
daging waghyu ni memang the best kan? boleh tahan jugak harganya tu. Hehe. bertuah tuan badan dapat makan stik memahal gitu. nice picture and sharing sis :)
Julia Mahir said…
Tony Roma's ni kalau utk steak mmg tak menghampakan. Lagi lagi kalau dapat wagyu adoi laaa mau nak makan slow2 sbb takut habis, Hahaha
azni said…
laaa tak tau pun tony romas pun dah dish daging wagyu... nampak sangat dah lama tak p sana kan .. hahaha... kalau tau smlm masa i punya aniversary ajak abam makan sini ...
Cerita Huda said…
Tak pernah makan kat Tony Romas ni, tak pernah juga makan daging wagyu.. huhu, lama dah teringin, tapi tengok harganya..menangis bucu katil jer la nak bawa family makan sini..
Juicy ye wagyu ni! Saiz tu pun besar dan berbaloi nak makan ni. Promosi ni sampai bila ya?
Lia Hasty said…
Aduhai bila tengok semua menu wagyu beef rasa nk makan semua je. Sedapnya. Rasa nak gi je. Sebab kt penang rasanya takde.

Popular Posts