Keseronokan Beraktiviti di The Adventures' Web AEON MALL Nilai Seremban

AEON MALL yang terletak di Nilai Seremban cukup terkenal dengan keluasan yang cukup besar dan mempunyai pelbagai jenis kedai yang menawarkan variasi produk dan servis kepada pengunjungnya. Sentiasa komited mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggannya AEON MALL Nilai Seremban telah memperkenalkan konsep "THE ACTIVE MALL".

Dan saya memang rekomen pada korang untuk datang ke Adventurers' Web berkeluasan 2440 kaki persegi yang terletak di tingkat 2 betul-betul bersebelahan dengan Restoran Pizza Hut. Pusat interaktif ini menyediakan pelbagai permainan serta aktiviti dan pameran yang menarik, bukan sahaja memberi keseronokan bahkan memberi satu pengalaman yang baru yang pasti tidak dilupakan.

Terdapat 3 zon  yang korang tidak boleh lepaskan untuk masuk dan rasai pengalaman beraktiviti, iaitu:-

  • Mini Science Discovery Centre
  • The Dinosaur Rangers
  • Monster House

Mini Science Discovery Centre

 Bagi mereka yang meminati dunia sains, pasti teruja apabila berada di sini.  Semua aktiviti di sini adalah dibawah kendalian Tech Dome Penang yang sememangnya cukup terkenal dikalangan penduduk dan pengunjung yang pernah melawati Tech Dome di  Penang. Walaupun Mini Science Discovery Centre di AEON MALL Nilai Seremban ini tidak sebesar jika dibandingkan di Pulau Pinang, namun aktiviti dan permainan yang disediakan sudah cukup berbaloi untuk anak-anak menerokai dan merasai pengalaman mereka dengan dunia sains yang mereka minati.

Muka mak lebih teruja daripada Yara apabila dapat bergambar dengan Robot UBTECH.  Melihat kepada replika robot ini tiba-tiba teringat Baymax dari Big Hero 6. Hiks.

Contohnya seperti permainan Reverse Bungee, bukan hanya kita boleh melompat, melambungkan diri  bahkan sebenarnya ianya berkait dengan konsep grafiti dan tenaga. Sepertimana yang kita ketahui graviti menentuka berat sesuatu objek daripada jisimnya.

Seperti mini lab sains, kita boleh mengkaji sesuatu perkara yang kadang-kala di luar jangkaan. Contohnya seperti eksperimen ini yang mana kita boleh melihat dengan jelas apa yang ada tertulis di atas duit kertas. Didapati terdapat nama Agong tertera di atas duit tersebut. Jadi kita boleh beza jika duit tersebut palsu atau sebaliknya (contoh).

AR SAND BOX. Jika kita lihat permukaan bumi ini kelihatan seperti terdapat 4 jenis gunung. Dan jika kita ubah gunung ini kepada permukaan rata akan kelihatan bentuk tanah yang berbeza dan mempunyai bunga-bunga dan lain-lain sepertimana yang biasa kita dapat lihat di tanah landai.

Robot UBTECH ini dapat menggembirakan sesiapa sahaja memandangnya. Bukan setakat comel bahkan robot ini juga boleh membuat aksi menari, senaman dan pelbagai lain.

Terdapat juga aktiviti yang menghubungkan konsep sains seperti angular momentum, generation of electricity, electromagnets dan magnetic force.


Terdapat juga kawasan untuk diadakan aktiviti seperti bengkel sains dan banyak lagi. Terdapat lebih 100 modul yang disediakan dan boleh disertai oleh pengunjung cilik.

Ini antara aktiviti yang hubungkait dengan heat from light, laser maze dan optical illusion. Bagus aktiviti seperti ini kerana anak-anak dapat membuat pemerhatian dan pengamatan dan kita boleh kaitkan dunia sains yang berlaku di persekitaran dalam kehidupan. "Learn Life Journey!!"

 Jom belajar mengenai planet di Bee Bots. Lama saya melayan Yara bermain permainan ini. Sambil bermian kita boleh menyebut dan menunjukkan jenis planet yang terdapat di galaksi.

Interactive Ball Wall. Permainan yang pasti menjadi kegemaran anak-anak yang aktif. Mereka akan lontarkan bola tersebut dan setiap balingan yang terkena pada sasaran tepat akan mendapat mata. Fokus dan balingan tepat penetu kejayaan pengumpulan mata yang tinggi.


 Pullery Seats. Cubaan menarik bebanan berat diri sendiri. Ianya juga berkait dengan grativiti dan jisim.

Circuit Wall. Konsep bebanan dikaitkan dengan jarak menjadi penentu samada ianya bersifat ringgan atau berat. Konsep try and error, perhati dan kita boleh paham konsep sains ini dengan mudah sebenarnya.

Lever Litters. Ujian pengamatan sebenarnya. Ianya juga berkait dengan pengaruh warna.

Banyak lagi sebenarnya dan korang kena masuk zon ini untuk menyelamai dan menerokai dunia sains yang semenagnya penuh dengan teka teki.

The Dino Rangers

DINOSAUR!! Kank-kanak mana yang tidak sukakannya. Dari dunia sains kita beralih kepada penerokaan haiwan purbakala. Zon The Dino Rangers yang berluasan 1700 kaki persegi ini menawarkan pengalaman baru kepada anak-anak untuk meneroka dunia dinosaur yang penuh misteri. Selain daripada perkongsian informasi mengenai dinosaur, pelabagi aktiviti yang memerlukan anak-anak berfikir secara kritis dan juga aktiviti yang melibatkan fizikal.

Suasana di dalam The Dino Rangers.

Nak lihat sendiri replika fossil dinosaur, jom datang sini. Begitu spesifik setiap rekaannya. Memang real hokeh!

Pelbagai spesis dinosaur yang boleh kita pelajari fakta tentang mereka. Terutama dari segi rupa fizikal, habitat dan cara pemakanannya serta banyak lagi.

Antara yang bakal mencuri perhatian adalah Education Hub. Berada di dalam suasana mini teater. Kita akan dapat lihat kemunculan Dinosaur (saya dah lupa nama spesis dino ini, heheh)

Penerangan yang jelas dan baik tentang dinasour tersebut. Terdapat juga aktiviti interaktif yang mana pengunjung cilik berpeluang terlibat aktiviti bersama dengan dinosaur.

Agak melucukan. Tetapi di sini kita dapat pelajari bagaimana seekor dinosaur ini menikmati makanan terutama yang jenis karnivor atau pemakan daging.

Jenis-jenis telur dinosaur yang pernah wujud. Biarpun hanya replika namun kita boleh rasai sendiri tekstur dan melihat juga jensi-jenis saiz telur yang ada.

Seperti bermain treasure hunt. Kita perlu melalui pelbagai cabaran dan dugaan bagi mendapatkan 9 biji telur dinosaur yang disorokkan di kawasan ini.

 Menjerit-jerit dengan meriah bukan sahaja kanak-kanak bahkan golongan dewasa pun teruja sama mencari 9 telur yang disembunyikan di sini. Part paling kelakar apabila kemunculan dinosaur secara tiba-tiba, semuanya mengelabah lari menyelamatkan diri, hahahahaha.


Banyak soft toy dinosaur yang boleh kita dapatkan di sini juga tau!

Kart Ride! Ni memang aktiviti yang sangat digemari anak-anak saya. Apatah lagi kalau mereka dapat berlumba antara satu sama lain.

Monster House

Uji ketahanan mental dan kekuatan minda anda dengan dunia mistik serta misteri. Zon Monster House berkeluasan 250 kaki persegi ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu :-
  1. Family base - cute & cheeky Little Monster
  2. Extreme base - Creepy and Scary Experience


Terdapat 13 bilik yang menakutkan iaitu :-
  • Monster Room
  • Portal
  • Alive Forest
  • Door of Choice
  • Burial Narrow Walk
  • Clown Room
  • Creepy Corridor
  • MORGUE
  • Slaughter House
  • Infinity Monster Cage
  • Photo room
  • Zombie Hands
  • Hanging Head










Percayalah! Ketiga-tiga zon ini mempunyai fungsi dan aktiviti yang unik tersendiri merangkumi sains futuristik, teknologi ke dunia zaman batu dan memberi pengalaman yang menyeramkan serta mengerikan.Bukan hanya dapat memberi keseronokan semata-mata bahkan dapat meningkatkan pengetahuan serta kemahiran berfikir, menggalakkan pembelajaran dan paling penting kuta boleh meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang!


 Harga tiket yang ditawarkan :-)



Oh ya! Korang saya nak war-warkan bersempena dengan pembukaan Adventurers' Web pada 23 Mac 2019 ini, dianggarkan dalam 200 tiket akan diberikan secara PERCUMA dan pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Promosi jualan harga tiket kombo dengan harga diskaun sebanyak  20% daripada harga asal iaitu RM49. Untuk ahli kad kredit AEON juga akan menikmati diskaun sehingga 30% . Memang berbaloi, lebih murah dan menjimatkan untuk keseronokan yang tiada bandingan!


Jom pakat ramai-ramai kita ke :

The Adventures Web
Tingkat 2 – Entertainment Hall
AEON Mall Nilai
No 2, Persiaran Pusat Bandar,
Putra Point, Putra Nilai, Nilai
Negeri Sembilan


Jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW media sosial untuk lebih informasi tentang aktiviti dan promosi:-

Website: 

Facebook : 


Instagram :


Cikedaut nanti ya!!

xoxo,
Keseronokan Beraktiviti di The Adventures' Web AEON MALL Nilai Seremban Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 21, 2019 Rating: 5

16 comments:

Kak Su said...

Bestnya , dinosaur akak memang suka dinosaur dulu masa kekecik ada citer pasal dinosaur tiap petang disiarkan entah apa tajuk citernya, lupa dah, time tu tv masih hitam putih lagi hihi, tapi tetap terhibur

Jom Belajar Buat Blog Untuk Jana Pendapatan

Murni Alysa said...

menariknya tempat ni..macam2 ada..bukan setakat anak seronok..mak pak pon seronok juga..

Nadratul Syazwana said...

Wahh awal dah sampai Aeon Nilai yee. Nampak macam lebih upgrade dari Aeon yang lain. Dah macam Petrosains pun ada ehehe. Senang orang jauh-jauh dah takpayah turun KL. Dekat Nilai pun dah boleh jumpa dinosaur! Tempat camni kalau bawa budak seronok lah dia.

Emilinda said...

Banyak jugak benda menarik kat aeon mall seremban ye. Emi belum sempat ke sana. Nanti bila2 kalau pergi bermalam kat rumah akak emi, nak ajak dia ke sana la. Tak jauh dari rumah dia.

Fadzi Razak said...

Banyaknya aktiviti dekat sini. Nampak macam best best pulak tu. Harga promosi die pun not bad. Tak mahal sangat. Berbaloi dengan aktiviti yang ada. Tapi tu lah, jauh nau

budakbandunglaici said...

ambloi nampak gaya mak yang lebih excited dari anak-anak nie. rumah hantu tu macam best je kalu try masuk. mau menjerit je dalam tu nanti. ha boleh la jalan-jalan ke Nilai singgah ke Aeon Nilai jugak nanti

Mahamahu said...

Anak akak tu mesti suka masuk yang Dinosaur tu kan hehehe kita suka juga kat situ ada interaksi yang aktif antara penonton dan juga dino dalam tu hehehehe best lah rasa nak datang lagi ada tiket lagi ni wakakakkaka...

Zandra @ Siti said...

Bestnyaaaa. Paling suka lah ada bendalah Dinosaur robot segala macam ni. Tu lah sekarang dah dewasa, nanti kita pergi, kita pulak yg over dari bebudak hehe.

Rodiah Amir said...

EH menarik la. harga pon not bad. Anak-anak mesti suka sebab banyak benda menarik. MAcam-macam ada. Tapi yang pastinya yang last sekali memang tak akan masuk la. dengan berdarah nya seram. Anak-anak pun penakut macam mak nya.

Nadia Johari said...

Bestnya tengok.. Banyak temlat menarik.. Ada sains, ada donasour ade pulk tempat seram.. Haishh.. Tengok tempat serm tu walaupun hntu tak bergerak tapi meyeramkan.. Menarik2

Zharif Azis said...

wahhhh ada tarikan terbarulah dekat AEON Mall Nilai. nanti nak datanglah dengan family. siap ada dinosaur lagi. mesti budak-budak suka kalau bawak dorang ke sini. Cuma ada di AEON Nilai je yer ? Nasib baik dekat dengan rumah.

Nina Mirza said...

Wahhh.... Menariknya tempat ni. Bagus ni bawak anak anak, depa memang suka tambahan ada dinasour! Aktivti lain pun ada banyak pilihan. Nak bawak anak anak laaa.... Thanks info

Hanny Abdullah said...

Kat AEON ada tarikan menarik cam ni?? Serius best ni..sure anak2 suka nak ikut mak2 bershopping kat sana sb ada peluang nak masuk kat tempat ni. Nanti nak gitau gan anak2 kakak yg duduk kat sana lah..biar diaorg gi

Wai Yee aka Rane said...

I have yet to check out THE ADVENTURES' WEB. As AEON MALL NILAI SEREMBAN really far for us haha. but it's good for people staying around that area for a fun day out.

AlongMurni said...

Wah!! Best nie.. Leh la AM bw anak2 AM ke sana juga nnti masa cuti sekolah.. Bagus utk dedahkan diaorg pd aktiviti seperti nie.. Terima kasih atas perkongsian informasi ini yea..

dr-Life said...

So much to see, do much to learn. Don't say children, adult's will learn and have fun too... The robot dance and so interesting and cute!! I wish to be there now... Hahaha

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.